Ujian Ipar Duai

Saya berkahwin sudah hampir 5 tahun. Saya berkahwin atas permintaan arwah mertua. Awal perkahwinan suami tinggal dengan kakak beliau yang masih bujang. Saya dan suami bersetuju untuk tinggal berasingan memandangkan saya ada rumah sendiri.

Suami saya sangat sayang kakak dia jadi bila ibu mertua meninggal kami berbincang dan setuju suami jaga kakak dia kerana kakak sulung umpama pengganti ibu. Ayah suami adik bongsu yang jaga sebab arwah emak mertua pesan adik jaga ayah.

Jadi suami tiap-tiap bulan bayar RM500 dan duit makan minum kakaknya. Saya diberikan nafkah 500 kerana masih berkerja. Tapi semua berubah ketika saya mengandung.

Awal-awal mengandung kebetulan adik ipar pun mengandung. Satu hari ketika dirumah kakak ipar semua adik beradik ipar berkumpul mereka bawa durian.

Kakak ipar saya beria2 menyuruh saya makan durian, Tapi bila adik dia yang sama mengandung datang kedapur dipesan jangan makan durian tu sebab tengah mengandung, Saya terpinga-pinga sambil gosok perut sebab saya pun mengandung. Mula hari itu hati saya rasa tak sedap.

Hari berganti saya bersalin dan berpantang di rumah kakak ipar, Suami saya bersangka bila berpantang di rumah kakak adalah yang menjaga walau kakak dia bekerja. Sekurang-kurang waktu malam bila suami kerja shift malam ada yang jaga.

Tapi semua itu tidak terjadi, malahan makan, jaga anak, pakaian semua saya urus sendiri. Pernah satu malam suami shift malam anak kecil saya menangis sepanjang malam dan saya nyaris-nyaris mencampakkan anak saya sebab meroyan, mujur saya tersedar dan istighfar.

Kakak ipar saya dibilik sebelah langsung tak peduli. Malahan keesokan pagi dia kata ada dengar budak nangis tapi lupa yang dalam rumah ada budak kecil. Saya yang dalam pantang rasa sangat sedih. Kakak ipar ni secara terang memang lebih sayangkan anak adik perempuan dia.

Sekolah ditanggung, susu, pampers semua la senang cerita. Malah suami beli susu mahal untuk anak saya pun disuruh tukar susu. Dalam hati saya kata bukan kakak ipar yang tanggung kami.

Pada ketika anak saya berusia 3 bulan suami saya excident motor. Saya ambil keputusan berhenti kerja untuk menjaga suami di hospital. Anak saya diawal minggu adik ipar minta untuk jaga sebab dia belum kawin.

Satu hari adik ipar bawa anak ke hospital dia drive dari utara ke Kuala Lumpur. Bila saya ambil anak saya menangis keras, saya pelik kenapa?? bila ditanya mana botol susu rupanya botol susu masih didalam stoller dan susu dah berkerak basi.

Saya terfikir sejak bila anak saya last menyusu. Lepas dibuat susu rupanya anak saya kelaparan. Saya maklumkan suami saya tak mahu adik dia jaga anak saya. Kemudian di jaga makcik dia barulah elok.

Tapi selepas 2 minggu kakak dan adik dia datang lagi ke hospital. Tapi waktu di bawah tempat menunggu kakak dia beritahu saya suruh tinggalkan suami saya biar suami jaga diri sendiri.

Saya kata tengok la keadaan suami saya mana mungkin dia boleh jaga diri sendiri. Kaki patah dipasang besi. Kencing dan berak pun saya urus.

Kakak ipar kata biar je suami urus sendiri dan terus berlalu naik ke wad. Saya menangis semau-maunya di situ tapi rupanya ayah mertua nampak saya. Tapi kerana jarak yang agak jauh tidak pasti ayah mertua dengar atau tak apa yang kakak ipar cakap.

Kemudian saya pun naik wad nak ambil beg baju. Suami saya pelik dan tanya kenapa. Saya kata saya malas nak gaduh dengan adik beradik dia. Mujur suami tak izin saya pergi. Sebaliknya dia suruh kakak dia yang beredar.

Tapi semua tak berakhir disitu, selang beberapa hari abang suami pula datang menyatakan hal yang sama supaya saya tak payah jaga suami saya.

Kemudian istri pakcik suami pulak menyatakan hal yang sama seolah-olah mereka bersekongkol pula. Di hari yang lain di hospital suami kata dia nak beli tongkat nanti senang nak bergerak. Kakak dia kata bagi kad bank kat dia biar dia pegang. Saya dengar cuma diam saja.

Tapi suami tak bagi pun kad bank dia. Cuma suami minta kakak dia belikan tongkat tapi pakai duit saya.

Sepanjang suami excident ketika tu tahun 2018 pelik sebab saudara mara belah ayah mertua tak seorang pun menziarah. Sebelah ibu mertua yang datang pakcik dan bininya tu pun ayat macam suruh saya jadi isteri derhaka.

Mujurlah adik saya banyak membantu, dari segi kewangan dan kenderaan tapi tu la adik saya stay johor. Masa suami nak discharge pun kakak ipar suruh suami naik grab padahal sepupu semua pakai kereta. Kakak ipar seolah tak mahu kami dapat atau meminta bantuan sesiapa.

Tapi Allah Maha Kaya dengan suami kaki keliling besi ķami ditumpangkan wakil insuran sampai kerumah. Sepanjang suami MC dan saya tak kerja, selain duit socso kawan-kawan suami dan adik dan kawan-kawan saya yang membantu dari segi kewangan.

Adik beradik suami langsung tak membantu. Malahan bil-bil rumah, sewa RM500 dan makan minum kakak ipar suami dan saya yang tanggung. Mana nak bayar hutang kereta dan kad kredit suami lagi. Untuk makluman saya tak ada lesen dan suami tak benarkan saya drive.

Selepas dari peristiwa di hospital memang sikap ipar duai pelik la kan. Kak ipar balik kerja bentak-bentak macam tak puas hati saya ada dirumah dia. Semua ipar seolah sengaja menunjuk-nunjuk sayang mereka pada biras saya. Sindiran-sindiran pedas dah jadi makanan saya.

Memang sekarang masih sama. Tapi Alhamdulillah lidah saya Allah tak izinkan menjawab. Maka tiadalah pernah berlaku perang mulut. Hari-hari saya menangis dalam solat. Doa saya jadi kuat untuk anak dan suami.

Rupanya bila saya slow talk dengan suami baru dia buka cerita bahawa adik beradik dia memang tak suka suami saya sebab arwah mertua sayang dia.

Dulu masa suami balik kampung dan mak dia masak atau terlebih sikit dengan suami adik beradik dia ada je yang membentak kat mak mertua.

Alhamdulillah sekarang suami dan saya dah pindah keluar dan tinggal di rumah sendiri. Suami dapat duit pampasan sokso dan insuran pun saya tak ambil walau sesen.

Cuma suami beli baju dan peralatan rumah atas kerelaan dia. Bagi kat ayah dia dan selebihnya repair kereta dan simpan. Cuma bila nak balik kampung saya susah hati. Maklumlah mental fizikal kena kuat nak tahan peel ipar duai dan biras kan.

Tapi sebab saya fikir ayah mertua tu tanggungjawab suami. Kesian juga ayah mertua dengan perangai anak-anak dia. Bila suami minta adik dia hantar infaq ke tahfiz adalah yang kata tolong adik beradik dulu baru tolong orang luar. Dan kata-kata tu masih berterusan sekarang.

Cuma saya berkata-kata dalam hati masa saya dan suami susah dan sedang Allah uji adik beradik suami dimana? Kenapa tak tolong kami. Banyak perkara saya boleh cerita tapi sebab saya fikir orang beriman tak akan buka keaiban orang lain.

Selebihnya biarlah antara mereka dan Allah saja. Panjang lagi perjalanan hidup ini, doakan saya kuat nak hadap sikap ipar duai saya ni. Kesian suami kalau saya bercerai sebab adik beradik dia. Suami saya baik dan jenis tak melawan.

Doakan kami ye semua… Terima kasih.

– Isteri Duka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *