Solat Itu Indah

Assalamualaikum w.b.t. Salam dan selawat untuk junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan sahabat baginda. Semoga Allah s.w.t merahmati kita semua.

Saya tertarik dengan confession sahabat kita, (https://iiumc.com/tentang-solat/).

Untuk pengetahuan puan, kita lebih kurang saje. Latar belakang kita lebih kurang sama. Bertahun² saya nak berubah, tapi mengulangi tabiat yang sama selalu lewatkan solat walaupun saya menutup aurat (pakai stokin dan tudung, baju yang labuh).

Tapi Allah dengar doa saya, dan Allah bantu saya bila saya betul² nak berubah. Bertahun² puan, saya mula nak berubah sejak 5@6 tahun yang lepas tapi baru sekarang saya rasa penghijrahan ni.

Memang agak payah dan susah untuk istiqomah, saya dah macam kecelaruan identiti lepas pakai labuh , lepas tu tak labuh… Nampak fesyen dekat fb ig semua terdetik nak pakai jugsk sebab nak nampak cantik depan mata semua orang.

Detik saya betul² berhijrah bila satu hari saya tiba² rasa nak nangis. Rasa sebak dalam hati saya, tapi saya tak tau nak nangis sebab apa.

Allahuakbar, tak tau saya nak describe perasaan tu. Lebih kurang seminggu saya rasa sebak nak nangis tapi tak tau punca.

Masa tu saya tak de masalah atau sulit pasal kewangan. Allah permudahkan rezeki saya lancar sejak kebelakangan ni Alhamdulillah. Allahuakbar. Tapi sebak nak nangis tu tak hilang, dan masa ni saya solat masih on off begitu.

Sehingga la saya terdetik dalam hati nak solat malam (tahajud dan taubat) nak nangis depan Allah dan nak bercakap² dengan Allah, nak luah rasa sebak ni kenapa?

Masa ni saya pun tak nak cakap dengan suami sebab pada saya cakap dengan sesiapa sekalipun rasa sebak ni tak hilang.

Tak de sapa yang akan faham. Dan saya bangun dalam pukul 2-3 pagi saya solat saya nangis saya luah dekat Allah apa yang saya rasa. Saya bangun malam lebih kurang seminggu setiap malam nangis² dalam solat saya kenapa rasa sebak ni masih ada.

Saya minta ampun depan Allah atas dosa² lalu saya. Saya betul² tertunduk dalam doa setiap malam. Selepas tu saya mula jaga solat wajib 5 waktu, dan setiap kali lepas solat isyak saya terus buat solat sunat taubat. Nangis² saya tiap malam lepas solat.

Anak² dan suami agak pelik tengok saya asyik merah mata nangis lepas solat tapi saya teruskan je buat solat tu semua.

Dan selepas beberapa waktu, lebih kurang dalam 2 minggu rasa sebak tu mula hilang dan saya rasa mula tenang dan dada saya lapang selapang lapangnya. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. Subhanallah.

Sungguh puan, saya rasa keajaiban tu. Allahuakbar. Hilang segala resah dalam hati saya hilang segala masalah saya sungguh saya rasa aman dan lapang.

Dan untuk pengetahuan puan dan pembaca sekalian, sewaktu saya rasa sebak dan tercari² apa yang saya rasa ketika itu,

Saya jugak terdetik dalam hati, “kalaulah tiba² Allah tarik nyawa aku? Apa amalan yang boleh aku persembahkan pada Allah? apa amalan yang boleh tolong aku di alam kubur nanti?”

Selepas rasa ketenangan yang saya rasa sekarang ni, saya paksa diri bangun malam untuk solat malam. Sehari saya tak buat saya rasa rugi sangat. Dan apa yang saya fikir dalam hati ialah saya buat semua ni kerana Allah swt dan saya nak redha Allah swt pada saya dan keluarga.

Setiap malam saya bangun malam saya terus mandi . Saya buat solat tahajjud, taubat, witir. Saya Istighfar banyak², baca Al Quran, Solat Qabliyah subuh, baca Al mathurat, 5 waktu jangan lewatkan. Sebelum azan saya dah ambik wudhu siap² nak solat.

Solat Dhuha buatlah berapa rakaat yang mampu. 4 surah ni memang dah jadi amalan saya. Surah Yasin, Surah Al Waqiah, Surah Ar Rahman, Surah Al Mulk. Niatkan dalam hati buat semua semua ni sebab nak pahala nak redha Allah, nak masuk syurga.

Sungguh pembaca sekalian, rasa ajaibnya kuasa Allah swt. Allah swt bagi saya tenang dan banyak urusan² kehidupan saya dipermudahkan. Allahuakbar.

Dan satu lagi, suami dan anak² saya tak paksa dorang solat tapi Allah swt gerakkan hati mereka solat sama. Sujud syukur saya. Itu doa saya dalam setiap sujud. Allahuakbar.

Puan dan para pembaca sekalian, dalam kita berdoa kita kena bertindak. Dalam setiap doa, jangan lupa doakan semua muslimin dan muslimat apatah lagi paling utama doa untuk kedua ibubapa kita.

Paksa diri dan ingat tentang kematian. Niatkan dalam hati untuk lunaskan hutang² dengan sesiapa kita berhutang dan selesaikan apa² permasalahan sesama manusia. Kita buat kerana Allah dan insyaallah, Allah akan buka jalan untuk kita. Insyaallah.

Saya mohon doa semua agar saya terus istiqomah dan saya juga doakan puan dan pembaca sekalian diterima segala amal ibadah kita. Sungguh, selangkah kita dekati Allah swt 1000 langkah Allah swt mendekati kita. Allahuakbar.

Maaf bahasa coretan ni tak seindah mana dan panjang. Semoga ada manfaat untuk semua. Assalamualaikum wbt.

Salam Ukhwah,

– Ummi Hana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *