“Bersyukur” Suami Terlalu Sibuk

Assalamualaikum semua pembaca dan admin yang menyiarkan coretan saya ini…

Saya ada terbaca confession bertajuk “Suami terlalu sibuk bekerja” (https://iiumc.com/suami-terlalu-sibuk-bekerja/).

Alhamdulilah satu coretan yang menjelaskan tentang perasaan, hati, dan impian dari seorang isteri.

Mungkin tidak semua isteri mengharapkan semua seperti yang digambarkan itu, untuk memiliki seorang suami yang dapat memberi perhatian dan kasih sayang, belaian manja sepenuhnya kepada isteri..

Tetapi itulah harapan dan impian saya, 22 tahun yang lalu… tetapi sebaliknya yang saya alami….

22 tahun saya berkahwin dengan seorang suami yang amat mementingkan kerjaya. Selama 365 hari, mungkin 10 hari sahaja beliau dapat bercuti. MC, pun sukar untuk dia perolehi, kerana enggan ke clinic, walaupun sakit.

Banyak kali beliau memperolehi anugerah pekerja cemerlang tanpa cuti sakit dan sebagai pekerja terbaik.

Mungkin itulah “anugerah” dan “nikmat” yang ingin dikejar beliau pada masa itu… Tetapi, mungkin dia lupa, ada perkara yang beliau belum jalankan tanggungjawab sebagai anak lelaki, suami, dan menantu lelaki….

Dalam kesibukkan suami mengejar kerjaya beliau, saya amat rasa terpinggir pada masa itu. Tambahan kami kesunyiaan tanpa zuriat selama lebih 7 tahun…

Malah rumahtangga mula goyah, apabila keluarga mertua menuduh saya punca anak lelaki mereka iaitu suami saya tidak pulang ke kampung dalam tempoh yang lama..

Saya juga dilemparkan fitnah tidak pedulikan keluarga sendiri, apabila sukar untuk balik ke kampung, kerana suami enggan mengambil cuti untuk pulang ke kampung.

Malah urusan infertility treatment (rawatan kesuburan untuk mendapat zuriat), juga saya sendirian berulangalik ke hospital…

Pernah saya bertanya kepada suami, antara saya dan kerjaya beliau, mana lebih penting?

Jawapan yang beliau berikan adalah kerjaya beliau… jawapan yang tidak membuatkan saya marah, tetapi hanya mampu senyum…

Alhamdulillah, setelah 7 tahun berkahwin, kami dikurniakan zuriat sulung. Sejak ada anak, nampak ada sedikit masa yang beliau luangkan untuk kami.

Beliau dah mula “tahu” bagaimana untuk mengisi borang cuti tahunan, dan telah mula berani to say no, jika beliau diarahkan untuk bertugas, di luar waktu jadual bertugas beliau. Alhamdulillah, itulah rezeki kurniaan zuriat dari Allah…

Tetapi nikmat tersebut tidak lama….. Semua urusan menghantar dan menjemput anak ke rumah pengasuh, tetap saya lakukan sendirian, sehingga kami dikurniakan anak kedua…

Saya terpaksa kendong anak sulung dan kedua di kiri kanan dengan beg keperluan anak2, sendirian… rasa memang nak menangis masa tu…

Penat turun naik tangga untuk kereta, kalau hujan, lecun kami 3 beranak, dari parking ke rumah.

Bila minta tolong dengan suami untuk beliau pulang on time, beliau menolak, alasan masih ada tugasan… urusan anak yang kerap masuk wad, juga saya sendirian, tanpa bantuan suami dan keluarga…

Tetapi, kuasa Allah Maha Besar, pada usia anak sekolah tadika, suami mengalami accident kritikal dan koma beberapa hari. Semua tu berlaku dalam perjalanan beliau ke tempat kerja… 4 bulan beliau lumpuh sementara.

Urusan untuk keperluan suami pada masa itu, saya uruskan sendirian, seperti menjaga baby yang kecil…

Pada waktu itu, tempat kerja beliau mengalami masalah yang kritikal, kerana suami masih bercuti sakit.

Berulangkali pihak pengurusan tertinggi menelefon suami untuk mohon bantuan guide secara online, kerana kepakaran dan data sulit syarikat, hanya suami yang tahu.

Akhirnya suami mencadangkan syarikat beliau untuk mengupah pakar dari luar, untuk tidak mengganggu beliau dalam tempoh beliau masih perlukan rawatan selepas accident itu.

Dalam tempoh beliau lumpuh, suami banyak diamkan diri. Lebih banyak ucapkan terima kasih kepada saya dan anak2…

Selepas 4 bulan, Alhamdulillah, beliau pulih dan boleh berjalan dan bekerja seperti biasa. Malah beliau turut dinaikkan pangkat yang lebih tinggi…

Langit tidak selalu cerah, kesibukkan suami tetap sama walaupun baru pulih dari accident. Tetap pulang lewat malam, malah pernah 48 jam tidak pulang ke rumah. Beliau tidur di pejabat sementara waktu..

Sehingga sekarang, kesibukkan suami masih sama. Situasi yang sama selama 22 tahun saya berkahwin dengan lelaki yang mengejar kerjaya…

Tetapi, bila semakin lama saya dan anak2 alami begitu, kami dah terbiasa untuk berdikari dan bersyukur.

Walaupun suami sibuk, nafkah dan kasih sayang beliau tetap sama untuk saya dan anak2. Masih memberi didikan agama kepada kami. Jika ada masa, itulah masa untuk kami sekeluarga bersama for quality time.

Saya pun dah tak reti untuk menuntut dari suami. Tambahan bila melihat kawan2 yang kematian suami, yang diceraikan suami, mereka lebih perit menanggung derita, berbanding saya yang ada suami yang sibuk bekerjaya.

Kesibukkan suami mengajar untuk saya berdikari dan mendidik hati untuk bersedia, jika suami “diambil” oleh Allah swt, pada masa yang ditetapkan nanti.

Banyak perkara yang mengajar diri saya untuk terus bersyukur dengan semua yang berlaku. Apa yang tidak inginkan, itulah ujian untuk diri kita sebagai hamba Allah.

Kekurangan diri tidak bermakna kita tidak memiliki kelebihan yang lain. Syukurilah nikmat yang kita milik, tanpa melihat kekurangan diri.

Kelebihan orang lain, tidak semestinya ia suatu nikmat untuk kita, jika dimiliki….

Saya mohon maaf, jika nukilan ini, tidak menyenangkan hati pembaca yang lain…

Yang buruk datang dari diri saya sebagai hamba Allah.. dan yang baik, hanya datang dari Allah swt sahaja…

– Bakal Jenazah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *