Salam confessor ‘Suami Terlalu Sibuk Bekerja’ (https://iiumc.com/suami-terlalu-sibuk-bekerja/) dan pengecam-pengecam confession TT.
Bila saya baca confession tersebut, saya rasa EMPATI. Faham tak apa itu EMPATI? Hah pergi Google dan belajar. Tambah ilmu kemanusiaan masing-masing. Jangan tahu dalil lelaki boleh kahwin empat dan sibuk suruh confessor ‘bersyukur’ je.
Confessor, awak yang almost setahun kahwin pun dah start rasa depressed dapat suami macam tu. And well, you’re not alone.
Saya dah 3 tahun kahwin (dengan non-engineer) tapi sejenis manusia yang sama; yang taktau nak balance kan kehidupan pekerjaan & personal life.
Kayanya tidak pun. Sewa rumah & segala perbelanjaan di bahagi dua, nafkah tak diberi dengan cukup (both zahir & batin)
Tapi saya tak pernah bising di mulut sampai lah saya di diagnosed dengan depression dan itulah titik di mana saya sedar kesabaran saya dah sampai batasnya.
Saya ni dah lah macam the female version of Han Jipyeong. Kalau sape yang tengok Start Up akan faham lah karakter dia macamana.
Tak membesar dengan kasih-sayang, tak pernah ada tempat bergantung, bahu untuk bersandar bila penat dengan ujian kehidupan.
Tiba- tiba datang sorang mamat ni menjanjikan bahawa saya tidak akan lagi kesunyian dalam menjalani hidup di dunia ni dan harapnya hingga ke Jannah. Tapi tu semua akhirnya menjadi satu penipuan. Men being men.
Saya depressed teruk sebab toxic boss and toxic working environment dengan ketiadaan support system di rumah.
Saya sakit dan depress depan mata dia pun dia teruskan hidup macam takde apa-apa berlaku. Ada suami serupa takde suami. Lebih baik saya tak payah berkahwin bukan?
Dan saya faham perasaan confessor bila ada perasaan takut nak ada anak dengan keadaan rumahtangga confessor macam tu. Kalau confessor yang sorang ini pun suami tak boleh ada emotionally, macamana bila nak kena handle anak nanti?
Jangan dengar cakap-cakap yang suruh ada anak untuk mengubat kesunyian confessor. Niat dah salah tu.
Saya ni adalah produk ibu bapa yang tak berfikir panjang untuk ada anak dan macam-macam psychological effect ada pada saya dan adik-beradik saya.
Saya pun cakap dekat suami untuk tidak ada anak selagi fundamental perkahwinan kami tidak betul dan tidak kukuh. True enough, my decision was right melihatkan keadaan sekarang suami memang takkan mampu menjadi ayah & suami yang baik.
Takde inisiatif untuk mengubah diri sendiri menjadi lebih baik. Kita ni bukannya pokok bonsai, takkan perlu untuk berubah betul tak?
Sape je yang nak kahwin dengan dinding? Dengan tunggul kayu? Ada ke? Bukankah perkahwinan ini adalah perkongsian di antara 2 manusia untuk saling melengkapi?
Kalau dah serupa kahwin dengan tunggul kayu, perkahwinan apa tu? Rasulullah SAW yang merupakan seorang pemimpin pun ada masa untuk keluarga, ada masa untuk isteri.
Dr. Sheikh Muszaphar dan isteri pun ada masa untuk each other, untuk anak-anak dalam kesibukan in which their life filled with activities untuk kejayaan dunia akhirat.
Apa alasan untuk lelaki & perempuan yang kononnya terlalu sibuk dengan kerja sampai takde masa untuk letak effort dalam perkahwinan sendiri?
Pada saya, ini adalah alasan orang-orang yang MALAS dan mereka inilah orang-orang yang TAK BERSYUKUR. Dah berkahwin dah ada pasangan, kenapa tak letak usaha untuk mengekalkan?
Siapa yang tak bersyukur sebenarnya? Confessor ke suaminya? Saya nampak confessor dah usaha yang terdaya dalam perkahwinannya. Takkan usaha suami confessor setakat nafkah zahir je?
Rasanya kalau confessor tak kahwin pun, wali confessor elok je bagi nafkah zahir kepada confessor atau dia boleh cari sendiri.
Jadi saya nak ajak pengecam-pengecam untuk BERFIKIR sikit sebelum mengecam.
Saya rasa nak cili je perempuan-perempuan yang konon nak beratur dan cakap ramai akan beratur nak jadi isteri suami confessor bagai, korang ni lah enablers suami-suami LOW QUALITY di kalangan lelaki Melayu tau.
Tu belum lagi yang ‘Aku pun macam ni blablabla tapi boleh je tahan blablabla.’ Psikiatris saya cakap orang-orang macam ni lah sebenarnya orang-orang yang GILA. Sebab apa?
Sebab dia tak bahagia dan dia nak orang lain turut sama tak bahagia macam dia. Kecaman lelaki-lelaki yang toxic terus abaikan masuk dalam tong sampah.
Benda kalau boleh diubah menjadi lebih baik, kenapa tidak? Hidup ini untuk apa sebenarnya? Untuk duit je ke?
Bila dah di atas katil nazak nanti apa yang akan dicari? Paperwork kerja atau isteri & keluarga? Do you want to be remembered as a good engineer or a good husband?
Paperwork dia tu ke yang akan mendoakan dia kalau tiba-tiba ajal menjemput? Saya cadangkan confessor luah sehabis baik dekat suami confessor.
Kalau dia tak faham jugak, tunjuk confession saya ni suruh dia baca. Confessor akan tahu di mana letaknya confessor di dalam hidup suami confessor.
Islam tak pernah kejam. Islam tak pernah taknak penganutnya bahagia. Islam itu SEIMBANG. Jangan takut untuk amik tindakan yang berlandaskan syarak untuk diri confessor.
Kita semua berhak untuk bahagia. Allah dah bagi akal fikiran untuk kita berfikir. Saya harap confessor buat sesuatu sebelum depressed teruk macam saya. Seek for marriage counselling.
Emotional and intelligence loneliness is a disease in today’s marriages. Para suami dan isteri harus STEP UP and BE BETTER supaya institusi perkahwinan lebih kukuh dan melahirkan generasi yang lebih sihat emotionally. Don’t be part of the problem and don’t be an enabler.
– Female Han Jipyeong (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit