Assalammualaikum pembaca semua. Terima kasih sudi baca tapi saya nak meluahkan perasaan saya. Saya grad tahun 2017 alhamdulillah tak sampai beberapa bulan kemudian saya merasa rezeki dapat kerja awal. Saya diterima masuk 1 syarikat ni bermula Disember 2017.
Tak perlu saya beritahu syarikat apa tapi kami kerja dalam suasana formal di pejabat. Agak besar juga berlokasi di Selangor. Mula2 saya struggle nak biasakan diri dengan sekeliling. Biasalah kan pressure apa semua.
Tapi sebabkan ini kerja idaman saya, (sejajar dengan course universiti) saya willing belajar banyak benda dari bawah. By the way setiap bulan majikan pentingkan KPI. Jadi saya workhard to make everything perfect.
Dipendekkan cerita dalam masa setahun lebih, saya dapat rezeki naik pangkat asbab performance saya bagus selama tempoh bekerja.
Tapi saya hadap pressure baru iaitu kena berurusan dengan orang atasan dalam setiap proses kerja. Masa jadi staff biasa dulu takyah pening kepala. Kita sibukkan kerja sendiri. Bila dah naik sikit, kena handle orang bawah pula. Di sinilah masalah bermula.
Dalam kerja biasalah kan kalau kita tak puas hati dengan orang atasan. Tapi jenis saya, saya suka duduk berbincang supaya ada jalan penyelesaian. Walaupun dulu pernah kena maki, saya sabar je.
Adat jadi kuli kerja bawah orang. Sabar, saya tanam sabar tu. Bila saya dah kat atas, saya layan orang bawa saya baik2. Sebab saya taknak diaorang rasa apa yang saya rasa sebelum ni.
Saya buat mereka macam kawan. Kalau ada masalah boleh datang bincang baik2. Malangnya makin hari semua orang naik lemak.
Kadang2 saya rasa mereka ambil kesempatan di atas kelembutan saya. Setiap hari macam2 kecuaian berlaku mcm sengaja pun ada. Sampaikan saya pula kena marah dengan bos.
Tapi saya sabar. Saya duduk dan fikir baik2 macam mana nak perbetulkan semua. Saya slowtalk dan simpan harapan mereka akan berubah jadi profesional. Tapi saya terkilan semuanya jadi tak terkawal.
Walaupun saya dah cuba sehabis baik, saya rasa mereka tak suka pada saya. Mana silapnya?
Saya cuma mula bertegas balik sebab masing2 naik lemak. Kerja sambil lewa sampaikan saya kena betulkan semua. Penat saya ajar dan nasihat baik2. Tapi semua tak kisah dan tak pentingkan nilai kesungguhan dalam kerja.
Saya cuba bercakap tapi masing-masing tarik muka. Kadang saya pelik. Saya atau mereka yang leader sebenarnya? Mungkin sebab saya jenis penyabar, mereka buat macam ni.
Saya pernah terfikir nak resign sebab fedup. Bukan fedup dengan kerja, tapi dengan kawan kerja. Yele mungkin leadership saya lemah juga. Tapi saya syukur dengan jawatan baru, gaji saya naik. Boleh bagi mak ayah duit belanja lebih. Itu la sebab saya terus bertahan di posisi tersebut.
Sampailah 1 tahap, ada seorang staf ni dipecat. Ohh ya, sebelum ni dia memang ada masalah disiplin dan berada di bawah pantauan bos sendiri. Jadi bila disiplin & prestasinya teruk tanpa perubahan, bos tiada pilihan lain dan nekad singkirkan dia.
Walaupun saya sedih hilang rakan kerja, tapi saya anggap je mungkin Allah nak jauhkan saya dari orang macam tu. Dia memang antara staf yang sedikit bermasalah.
Ingatkan bila dia takde, beban saya makin kurang. Rupanya tidak. Kami follow sesama sendiri di Twitter. Beberapa hari selepas dia berhenti, saya nampak dia muat naik tweet pasal syarikat kami.
Dia burukkan ramai orang terutamanya saya. Segalanya buruk. Komen penuh dengan kawan2 dia sokong cakap baguslah dia berhenti. Padahal ramai tak tahu dia bukan resign, tetapi dipecat sebenarnya. Saya sabar. Saya abaikan saja.
Saya cuba elak main Twitter. Tak habis lagi. Lepas beberapa bulan dia muat naik benda sama di Facebook pula. Masa tu dia dapat kerja baru. Saya siap wish goodluck dan tahniah.
Tahu apa dia buat? Dia upload gambar dengan kawan2 office dengan caption bersyukur dapat tempat kerja lagi baik. Dapat bos lagi bagus.. dapat leader lagi bagus.
Saya terkilan jugalah. Sebab gaya dia cakap macamlah syarikat lama ttiada kebaikan langsung. Saya masatu rasa nak komen saja tegue. Tapi saya sabar. Okey saya terima jela apa dia nak cakap. Mungkin bagi dia saya bukan leader yang baik walaupun saya dah cuba jadi sebaik2nya.
Tak habis di FB, dia suka perli2 saya di status Whatsaap. Kadang2 saya suka luah stress/ penat balik kerja di status WS, simple saja. Tapi dia akan perli dengan ayat pedas. Sampai saya rasa kenapalah dia ni macam toxic sangat. Dia siap burukkan kerja saya.
Saya nak block rasa macam tak manis pula sebab kami berkawan. Ayat2 dia buatkan saya rasa tak berguna langsung. Sampaikan kat tempat kerja saya terfikir2 pasal dia.
Sejak tu saya selalu migrain dan rasa stress. Kerap muntah pun ada. Saya ke klinik and doktor suruh pergi ke klinik kesihatan. Doktor diagnosis saya Depression.
Saya tak percaya. Saya rasa saya okey saja. Datang kerja ketawa2 dengan pekerja lain. Tapi saya akui bila balik rumah, saya rasa sunyi. Menangis seorang diri. Saya terfikir2 kataw bekas staff tu. Saya dapat arahan untuk pergi ke unit psikologi. Saya perlu dapatkan kaunseling, kata doktor.
Dulu saya ceria tapi sejak bekas staff tu ganggu hidup saya, saya rasa macam sangat tertekan. Cuba positif tapi gagal. Depan pakar psikiatri saya nangis macam orang gila cerita macam2.
Gaji saya ok. Kerja saya ok. Tapi takde ketenangan sebab asyik diganggu oleh kawan yang toxic.
Saya pernah minta maaf pada bekas staff tu andai saya ada silap. Tapi dia kata takde. Tapi entah kenapa dia macam tu. Doktor pesan suruh saya putuskan hubungan kejap dengan dia.
Misalalnya kalau perlu, cuba unfollow dan block. Doktor kata saya layak dapat kebahagiaan yang dulu. Tak perlu fikirkan orang lain yang penting mental health sendiri. Allahu susahnya sakit emosi ni.
Kalau saya tahu… dari dulu saya tolak kenaikan pangkat ni. Kalau saya jadi staff bawahan tak perlu deal dengan semua isu ni. Susah nak puaskan hati semua orang. Saya cuba jadi leader yang baik tetapi ini yang saya dapat. Orangnya dah takde depan mata tapi toksid sampai sekarang.
Ya Allah. Moga saya kuat. Kalau korang, apa yang kalian buat?
– Naim Hamid (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit