Pakar Perubatan vs Netizen

Assalamualaikum korang semua entah komer ingat lagi ke penulisan Mama K. Aha kali ni mari mengulas tentang Pakar Perubatan vs Netizen.

Dah lama dah aku usha bende ni, now zaman socmed banyak je Pakar Perubatan (PP) yang out to the surface dengan good intention to educate the public , but sometimes tergelincir dan ada glitch and lepas tu kene bash dengan netizen. Moh kite kupas.

Ada PP yang kata, wey jangan makan suplemen ABC ni, si polan2 mati kegagalan buah pinggang sebab suplemen ABC ni tau.

Helok lepas buat statement gitu, maka agen-agen yang menjual suplemen ABC dan DEF terus merusuh tanda tak puas hati, “eh PP ni main tuduh je” katanya.

Okay. This is my frank opinion… ubat ubat, yes tak di nafikan back up by science but please mind still ada side effect because nothing perfect,

And supplemen ni sebenarnya dia ada healing value cuma tak di backup by science. Aku bagi contoh lah, sape je tak makan Pil Chi Kit Teck Aun kalau cirit birit?

Lagi pulak, berbalik pada suplemen ABC tu, PP jangan main bedal je tulis di socmed sebab makan tu buah pinggang rosak.. bukan ke kekadang orang tu sakit dah berbelas tahun, baru makan suplemen ABC 2 bulan, takkan la ko nak salahkan suplemen tu 100% kan?

Aku faham sangat apa yang nak di sampaikan, but as a profesional, be profesional, nak tegur tentang suplemen tu, guna bahasa indah dan tidak memberatkan mana-mana pihak.

Guna bahasa tak elok nak menasihat ni nampak macam you ada limited view and knowledge tentang both world (dunia suplemen dan dunia ubatan).

Ada pulak PP lain yang tegur, siapa kata tak pakai stokin lepas pantang boleh masuk angin lepas tu luka lambat baik? Cuba bagi bukti.

Yes, kalau minta bukti kat netizen, apa je yang diorang boleh argue yong?

To be honest, dari limited knowledge aku ni aku boleh nyatakan di sini bahawa jika kaki tu sejuk, saluran darah kamu semua akan mengecil dan lepas tu banyak enzyme dan hormon pembaikan luka tak akan sampai ke luka tu. Sebab tu jadi lambat baik.

Even kalau kamu semua cuci luka dalam keadaan sejuk, luka tu akan jadi hypothermia dan berdasarkan sains, proses penyembuhan akan jadi lambat lagi 8 hari.

Lagi pulak, sejuk tu akan melambatkan semua bende. Bukan ke Captain America muda tampan sebab tebenam dalam ais berpuluh tahun? Hahahaha.

Bahan yang ketiga, ada PP to be kata, “sape kata makan laksa lepas bersalin tu atau tak makan laksa setahun lepas bersalin nanti bentan” (lebih kurang macam tu la ayat dia).

Bila aku baca statement tu, aku macam, eh, bole tak guna ayat Dewan Bahasa jangan la kau gelakkan makcik ni macam ni.. dia bagitahu ikut limited knowledge dia je kan, memang la conversation tu akan nampak macam Spongebob borak dengan Einstein.

Tu satu hal. Satu hal lagi, aku memang tahu dalam laksa ni dia banyak phenolic compound, and dalam tu ada banyak pro-oxidant compound, in which kesan dia terbalik from anti oxidant.

Kat situ aku dah boleh bayang dah macam mana pro-oxidant tu bole introduce kan sakit sakit sendi di badan.

So macam make sense je laksa tu boleh menyebabkan sakit badan, but then again, lack of scientific evidence.

Dah tu korang rasa mat saleh ni nak sangat ke mengkaji kesan laksa ni into this depth? (Interest of doing research)

So in summary nya, to all docs and PP, jika nak menegur di socmed tu kita fahami dulu glitch and situation on the other side, supaya kita boleh susun ayat yang profesional untuk address and defense, buat dulu analysis..

biar ayat yang di tulis tu tidak berbunyi bashing nor supporting (balance statement). Jangan main tulis je lepas tu jadi kontroversi huhuhu buang masa je nanti.

Ikhlas dan yang benar,

– Mama K (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *