Online Learning

Salam Sejahtera. Saya hanya ingin luahkan sedikit luahan yang terpendam semenjak online learning ini berjalan. Perkara2 ini membuatkan saya sentiasa serba salah.

1. Tak membantu di rumah.

Sepanjang pembelajaran maya, saya banyak tak dapat membantu mengemas atau memasak sekalipun.

Kebanyakan rutin saya akan sentiasa menghadap laptop dari pagi sampai malam.

Ditambah dengan sem ni perlu membuat fyp lagi. Benda ini buat saya rasa tak selesa belajar di rumah.

2. Stress sebab masalah teknikal.

Melalui pengalaman online learning ini, apa yang saya perasan banyak spend masa dengan perkara teknikal saja.

Atau bahasa lainnya kalau kita sedang ujian, kita tak boleh tumpukan sepenuh perhatian sebab perkara lain nak kena fikir adalah scan kertas, save to pdf then upload.

Kalau menulis guna words, kena spend masa menaip, masukkan equation etc.

Paling tak boleh lupa adalah bila saya spend 1 jam untuk isu teknikal ini sebab perlu kumpulkan jawapan dahulu dari kawan2.

Ada yang dah siap dalam pdf, jadi kita perlu tranform ke Words dahulu baru boleh combine dll.

3. Waktu tidur berubah.

Apa yang saya perasan, apabila kelas di siang hari habis, saya rasa kepenatan dek menghadap laptop.

Efeknya pada mata dan ini buatkan saya letih tapi tak mengantuk.

Jadi kadang bila saya tak tidur sebentar dalam kira2 antara waktu zohor, malam tu saya akan ngantuk sangat dan ini buatkan segala tugasan yang hendak dibuat tertangguh lagi.

Sebenarnya ada lagi tapi cukup sekadar itu. Luahan ini saya harap tidak dikecam kerana kita masing-masing sedang struggle, cuma situasi saja berbeza.

Bagi saya, waktu zaman belajar ini ada rintangannya seiring dengan waktu zaman bekerja.

Jika bekerja biasanya struggle banyak untuk bayar bil dsb, masa belajar pula struggle nya adalah berjaga malam ketika semua orang boleh tidur hanya untuk siapkan assignment.

Penutup, saya harap saya dipermudahkan urusan untuk menyiapkan 2 lagi sem sebelum tamat belajar, begitu juga dengan insan lain. Semoga kita semua kuat.

– Malaysia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *