Assalamualaikum. Hi semua. Aku harap admin sudi siar kan kisah aku. Korang… Aku terlalu buntu. Hmmmmm.
Serba sedikit tentang aku. Nama aku Amelia. Umur aku awal 30an. Aku menetap di utara. Sudah berkahwin & mempunyai seorang anak.
Aku ada 4 penyakit yang disahkan oleh pakar psikiatri. PTSD (Post Traumatic Stress Disorder). Vaginismus. Anxiety Disorder. Depression.
Maaf kalau penulisan aku kurang di fahami atau tunggang langgang. Aku nak mula daripada mana pun aku bingung.
Kisah aku agak panjang. Aku tiada tempat untuk mengadu & meluahkan. Aku buntu.
Aku ringkas kan….
Kisah ni bermula semasa aku nak melahir kan anak aku. Biasa lah kan, mungkin anak sulong. Aku pun tak tau proses proses tu semua. Tiba untuk proses “cek jalan”, Allahu… alangkah terkejut nya aku masa tuh! Dia seluk jari masuk ke dalam! Dan, pertama kali nya doc lelaki.
Ya. Aku faham. Mungkin itu memang proses nya. Tapi aku terkejut! Allahu… Aku jadi takut & rasa sakit. Aku jadi trauma. Dan proses tu bukan sekali, tapi berkali kali. Ibu ibu mesti tahu kan? Nak menangis rasa nya. Benda tu sentiasa segar dalam ingatan aku hingga ke hari ni.
Dan di sebabkan itu lah aku ada PTSD. Aku jadi sangat trauma sampai sekarang. Aku teringat ingat, aku geli, aku sakit, ngeri, pedih, ngilu, smua aku rasa! Aku tak tau macam mana nak buang perasaan tu!
Dan di sebabkan PTSD tu lah, aku menghidap penyakit Vaginismus. Dan di sebabkan penyakit Vaginismus tu pulak, aku ada 2 penyakit lain. Anxiety Disorder & Depression.
Benda ni terjadi serentak! Aku bingung! Aku stress!
Walaupun aku sudah berkahwin & ada anak, tapi sejak aku bersalin aku tak pernah bersama dengan suami aku. 4 tahun! Ya. Anak aku dah 4 tahun. Tahun depan 5 tahun.
Sebab utama nya, aku trauma. Trauma proses “cek jalan” & “seluk” tu sampai aku trauma untuk bersama dengan suami aku sendiri. Aku bukan tak mahu tapi aku tak boleh!
Aku teringat ingat tentang tu. Aku trauma! Aku sakit, aku ngeri, ngilu, aku takut! Takut untuk bersama. Aku tak boleh nak bersama. Dan, doc sah kan aku ada penyakit Vaginismus kesan daripada trauma yang aku alami.
Dan yang membuat kan aku ada anxiety & depression pula adalah, suami aku tak dapat nak memahami aku sepenuh nya. Ya. Aku rasa diri aku tak berguna. Terutama sangat tak berguna untuk suami aku. Aku selalu menangis.
Sebelum aku jumpa psikiatri, aku sendiri tak tau kenapa dengan diri aku. Aku rasa useless! Aku menangis tiap malam takde siapa yang tahu, takde siapa yang faham apa yang aku rasa termasuk suami aku sendiri.
Aku pernah terasa nak pergi jauh jauh dari sini. Nak tinggal kan semua orang. Nak hidup sorang sorang tak nak jumpa dengan orang lain.
Paling teruk pernah aku rasa, aku pernah rasa nak bunuh orang orang sekeliling aku termasuk suami & anak aku. Sebab aku rasa aku menyusah kan dia orang.
Masa tu aku gaduh besar dengan suami aku. Aku selalu tolak ajakan dia. Dia marah, dia kecewa. Aku faham apa yang dia rasa. Tapi apa yang aku boleh buat?
Dia marah, dia kecewa. Aku jadi stress! Stress & marah dengan diri aku sendiri! Bukan kehendak aku untuk jadi macam ni. Bukan aku yang minta.
Aku sedih & menangis berhari hari sampai time aku bawak kereta aku rasa aku nak excident kan diri aku sendiri. Aku nak bawak laju laju nak langgar pokok, nak langgar penghadang jalan. Aku rasa aku tak berguna! Baik aku mati aje!
Takde siapa yang sayang kan aku. Takde siapa yang faham aku. Suami aku sendiri pun tak boleh nak faham aku. Apa yang aku boleh buat?
Aku pernah berbincang dengan suami aku selepas kami jumpa dengan pakar. Dia sendiri bingung & takde jawapan. Aku cakap terus pada dia. Aku suruh dia kahwin lain, dia jawab dia tak mampu. Aku suruh dia lepas kan aku & kahwin lain, dia diam. Lepas tu dia kata dia buntu. Hmmm.
Aku tahu dia ingin kan belaian. Tapi, aku tak boleh! Sebelum jumpa pakar, dia kerap memaksa & marah. Aku jadi bertambah takut & trauma untuk bersama & aku jadi takut dengan suami aku sndiri. yang menyebab kan, dia nak sentuh aku pun aku jadi takut! Sampai sekarang!
Aku jadi susah tidur malam. Badan aku kadang menggigil. Aku jadi takut mati. Aku takut aku mati dalam keadaan aku berdosa dengan suami aku sebab selalu menolak ajakannya. Padahal aku bukan tak mahu tapi aku tak boleh!
Fikiran aku jadi terlalu negatif. Bberapa bulan aku jadi takut nak naik kereta. Aku bayang kan aku akan excident, mati, kena langgar treller & macam macam lagi! Aku nak tidur aku bayang kan esok aku akan mati tak bangun lagi dah. Aku terlalu stress!
Aku jadi takde mood nak buat apa apa. Aku terperap duduk dalam bilik buat hal aku. Baring tido baring tido. Badan rasa lemah, lesu, takde semangat setiap pagi. Hari hari aku terasa kosong takde apa apa. Aku dah jarang berborak dengan kluarga aku. Aku jadi pendiam.
Aku jadi rendah diri. Aku rasa aku tak berguna langsung pada semua orang. Bila suami aku tarik muka, marah aku sebab aku tak dapat layan dia, aku jadi stress, sedih, marah dengan diri aku sendiri!
Dan, anak aku yang jadi mangsa. Dia buat hal sikit, habis kena marah kena pukul! Aku sedih! Aku tak nak pukul anak aku tapi aku stress sangatttt! Aku menangis, aku sedih. Aku mak yang tak berguna untuk anak aku!
Kesian anak aku kan… dapat mak pun mental. Dapat mak pun tak dapat layan ayah dia. Dapat mak pun tak boleh bagi dia adik. Kesian anak aku! Aku memang tak berguna & tak layak jadi mak dia!
Aku jadi sangat sensitif bila orang tanya bila aku nak tambah anak lagi. Automatik aku sedih, aku nangis. Bukan aku tak nak, tapi aku tak boleh!
Sejak aku jumpa pakar, doc ada terang kan sedikit tntg penyakit yang aku alami pada suami aku. Dia ambil masa sikit untuk faham. Tapi lama lama suami aku faham alhamdulillah…
Dia mula bagi support & slow slow ikut flow yang doc cadang kan untuk kami. Alhamdulillah aku rasa aku makin better drpada sebelum nih & makin pulih. Emosi aku pun makin stabil.
Aku rasa bersemangat & berkobar brkobar untuk pulih! nak tidur pun dah mula senang. Kadang kadang saja susah tidur. Tapi sejak akhir akhir ni, mungkin suami aku nmpak progress aku makin ok. Dia macam nak memaksa aku semula macam dulu.
Aku jadi takut balik macam dulu! Aku jadi takut untuk dekat dengan suami aku. Waktu tidur, seboleh nya aku nak tidur jauh dengan dia sebab aku takut bila dia sentuh aku. Trauma & takut tuh datang smula.
Dia dah mula brkeras & tarik muka & marah. Aku??? Dah mula rasa stress, sedih & rasa tak berguna macam dulu. Aku down. Aku rasa aku takde harapan nak pulih. Kalau suami aku sndiri tak support aku, macam mana aku nak pulih???
Doc penah kata, penyakit aku boleh pulih bergantung pada diri aku sndiri & suami aku yang menentu kan tahap emosi aku.
Sebelum nih pesakit lain ada yang pulih amik masa tak smpai setahun, ada yang 2 tahun, 8 tahun, berbelas tahun pun ada! yang penting, suami kena bagi support & jangan memaksa.
Kena sabar. Suami memain kan peranan yang sangat penting untuk memastikan keadaan isteri semakin ok sebalik nya.
Tapi… Bila aku fikir fikir, sampai bila suami aku nak bertahan? Boleh ke dia bertahan? Boleh ke dia tunggu aku??? Boleh ke dia tak dapat “layanan” tu?
Aku faham, dia nak. Tapi aku tak boleh! Aku sendiri buntu. Aku selalu berfikir, biar lah dia lepas kan aku & kahwin lain. Aku tak nak dia terseksa.
Biar lah aku dengan penyakit penyakit aku ni. In shaa Allah suatu masa boleh sembuh. Cuma perlu kan masa. Aku tak boleh stress & banyak berfikir. Biar lah dia bahagia dengan yang lain. Aku tak mampu nak bahagia kan dia.
Kadang aku cemburu dengan pasangan lain. Romantik saja. Sweet saja. Mesti dia orang ok kan untuk hubungan intim? Hubungan tu kan merapat kan lagi kasih sayang suami isteri.
Macam aku ni, agak agak macam mana??? 4 tahun wehhhhh! nak tunggu berapa lama lagi????? Sampai bila dia nak bertahan dengan aku?
PTSD, Vaginismus, Anxiety Disorder, Depression. In shaa Allah semua penyakit aku ni boleh pulih kalau dia sentiasa beri support & sanggup bertahan. Tapi sanggup ke dia? Sampai bila dia mampu bertahan?
Macam mana aku nak pulih kalau dia selalu memaksa tapi aku tolak prmintaan dia (sebab aku takut yang teramat sangat!) and then dia tarik muka?
Aku pulak jadi stress, sedih, nak pergi jauh jauh! Terus rasa bersalah, terasa diri tak berguna & macam macam lagi benda yang negatif!
Sampai bila semua ni akan berakhir? Apa pengakhiran nya?
Aku buntu. Bingung. Sedih! Stress!
Aku serah kan semua nya pada Dia. Banyak kali aku bangkit, tapi jatuh. Bangkit & jatuh semula berkali kali. Aku dah putus asa! Aku down!
Takde siapa sayang aku & faham aku. Aku sedih. Aku tak berguna langsung pada semua orang. Aku nak pergi jauh jauh dari sini. Hmmm.
Banyak lagi yang aku tak dapat nak cerita kan. Kisah aku terlalu panjang. Banyak perkara yang berlaku. 4 tahun aku tanggung. Aku sendiri buntu dengan keadaan aku.
Korang please doa kan aku… Aku tak kuat sangat! Aku buntu!
– Amelia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit