Assalamu’alaikum semua pembaca. Aku Muhammad, masih belajar di universiti dan berusia 22 tahun. Apa yang ingin aku ceritakan adalah tentang nenek aku. Ibu kepada emakku.
Nenek, atok dan aku mempunyai hubungan yang sangat rapat. Kalau boleh bagi ranking, nenek dan atok ialah best friend kedua aku, selepas ibu dan ayahku.
Semasa aku membesar, ayah aku selalu kerja luar kawasan, jadi early years aku selalu bersama emak. Ibu aku berasal dari seberang tambak dan semua ahli keluarganya tinggal di sana. Ibuku berhijrah ke Kuala Lumpur selepas berkahwin dengan ayahku.
Nenek dan atok selalu berkunjung ke KL semasa aku membesar jadi kami sangat rapat. Setiap kali mereka datang, mesti ada buah tangan.
Sampai sekarang pun, nenek dan atok mesti bagi duit, dan rasa sayang nak spend duit tu, sentimental value sangat tinggi. Aku masih simpan lagi hadiah hadiah yang nenek dan atok berikan, walaupun aku dah outgrow benda tu. Macam Thomas & Friends punya keretapi.
Benda tu membuatkan aku rasa aku masih ada bersama mereka. Dan aku selalu fikir, my grandparents play a big role in my religious upbringing.
Emak dan ayah aku juga menitikberatkan ajaran agama, tetapi aku rasa nenek dan atok aku mempunyai special connection dalam menerapkan religious values.
Aku masih ingat lagi masa kecil, kalau ambil wudhu aku main renjis2 je, nenek nampak dan akan ugut untuk bagitahu ustazah. Ustazah aku garang macam singa, jadi lepas tu terus takut nak ambil wudhu main main.
Sampai sekarang pun, kalau ambil wudhu, mesti terngiang-ngiang kata2 nenek. Nenek juga ajar aku mengaji betul betul. Kalau aku pulang ke Singapura, nenek la yang akan mengejutkan aku sampai aku bangun subuh, sebab kami tidur sebilik, sampai sekarang.
Kalau cuti sekolah dan kami berkunjung ke Singapura, nenek dan atok akan bawak kami pergi Geylang, pergi pasar, makan ice cream. Aku ingat time tu dekat kedai mainan, playdoh ada bagi voucher dekat Swensen’s. Nenek aku belikan sebab dia tahu kitaorang suka makan ice cream.
Time tu jugak makan ice cream. Itu childhood memories aku. Sampai sekarang pun, kalau aku ke Geylang dan nampak kedai2 yang kami makan dulu, aku akan jadi sayu, sebab aku tahu benda tu dah berlalu. Nenek tahu kedai nasi ayam mana yang aku suka.
Bila aku lalu kedai nasi padang yang kami selalu makan, flashback time aku selalu duduk sebelah nenek. Kalau makan siput sedut dekat Hajah Maimunah, nenek yang akan sedutkan siput tu untuk aku. Nenek tahu sangat kami adik beradik suka makan dan minum apa.
Rindu time nenek suap makan. Kadang2 rasa sedih gila, sebab rasa macam tak seep in the moment dan enjoy betul betul. Aku rasa macam enjoy betul2, tapi tak terfikir benda akan berubah. Naïve betul. Lumrah kehidupan kan? Haha
Beberapa tahun lepas, nenek aku disahkan menghidap dementia/ Alzheimer’s. Hati aku memang betul betul luluh time tu. Rasa takut, sedih, sayu sebab takut nenek aku lupa aku.
I know it’s good to research more on how to be a caretaker for an Alzheimer’s patient, but the more I know, the more it terrifies me. Kadang2 bila aku baca, aku terpaksa berhenti sebab taknak fikir panjang2. Rasa takut tu overwhelming.
Alhamdulilah nenek aku masih boleh ingat banyak benda, but she has memory lapse. Benda 2 minit lepas dia takkan ingat, melainkan benda tu betul2 penting.
Jadi, kalau dia ingat benda yang kau buat, maknanya benda tu bermakna dan penting la. Pernah satu raya, dia nampak orang siap2, dia tanya makcik aku, yang tinggal bersamanya, kenapa tak pergi kerja?
Makcik aku kata “mak, harini kan raya, nanti mak pakai baju yang kita beli ok”. Dia jawab “oooh” dengan muka innocent. Time tu memang sedih gila, aku rasa nak peluk dia kuat kuat, cakap “rindu nenek!!! nenek janganla lupa!!”.
Alhamdulilah, aku cukup bersyukur atok cukup bersabar dengan nenek. Atok is really a gem. May Allaah preserve both of them.
Baru baru ini aku ada mimpi, aku bertemu dengan nenek, dan dia peluk aku jadi aku cakap, “rindu nenek time kecil kecil”, dia peluk aku kuat kuat, macam dia selalu buat kalau aku balik jumpa dia. Sayu gila time tu, aku bangun aku nangis.
Aku kini berada di UK dan aku rasa takut sangat kalau kalau nenek aku pergi. Setiap pagi aku akan bangun mesti check phone, takut ada message dari rumah.
Lagi lagi sekarang, tak nak langsung bayangkan kalau apa apa jadi. Dengan quarantine la itu la ini la. Harap harap nenek dan atok sihat sampai pandemic ni habis.
Semasa UK tengah lockdown, atok kawan baikku meninggal dunia. Dia tinggal di London tapi atoknya tinggal di Essex dan ibu bapanya tinggal di Saudi. Atok kawan aku ada dementia jugak dan dia struggle nak ingat kawan aku. Kalau kawan aku ada, dia ingat kawan aku orang luar.
Time tu, Saudi masih block international flight jadi parents dia tak boleh datang. I still cannot imagine the grief his parents were struggling with, but Allaah wouldn’t burden us with something we cannot bear. I don’t know how I would have handled.
Banyak kali dekat sini aku selalu mimpi pasal dia, aku selalu terbangun nangis ingatkan dia. Padahal bukan mimpi buruk pun, cuma rasa sayu tu terlampau. Rasa kalau boleh mimpi yang best tu lama lama sikit. Sebab betul betul rasa time macam kecil kecil dengan nenek dan atok.
March lepas, sebelum lockdown, keluarga ibuku dari Singapura berkunjung ke sini untuk melawat. Itulah kali terakhir aku berjumpa dengan nenek dengan atok.
Untuk penghidap penyakit dementia, mereka cukup tidak suka berada di luar comfort zone, jadi nenek cukup tidak selesa apabila menaiki kapal terbang selama 13 jam dan berada di tempat baru.
Dia bertenang selepas makcik aku berkata, “kita kan nak tengok cucu2 Mak”, sebab adik beradikku juga berada di sini. Semasa aku jumpa dia, dia peluk kami kuat2. Sayu betul. Gembira betul dia dapat jumpa kami semua. Sampai sekarang dia ulang, dia bersyukur dapat jumpa kami di sini.
Walaupun benda tu dah berbulan bulan. Dia dekat sini masih dengan cara dia, baju kelawar dan atok dengan tshirt and kain pelikat. Kelakar tengok mereka sempoi je. Yang dia tahu, cukup time solat. Keluargaku cukup bersyukur sebab walaupun dia sakit, dia masih ingat nak solat.
Keluargaku cuba untuk trace macam mana nenek boleh kena dementia. Semestinya itu qadr Allaah, tapi kami cuba fikir kadang2, untuk pastikan tak terjadi dekat atok.
Nenek dulu mempunyai jadual yang sangat aktif, pagi nenek bangun, lepas atok pergi kerja, dia pergi pasar dan uruskan kain, masak, lepastu pergi ngaji.
Lepas zuhur dia akan balik, tunggu atuk balik kerja. Kalau bulan puasa, mereka akan tarawih dekat masjid dari mula sampai habis.
Ingat lagi dulu mereka pukul 10 baru balik. Kalau atok dapat cuti, mereka akan datang KL. Dalam masa setahun, boleh kata setiap cuti sekolah nenek dan atok datang.
Sebelum aku pindah ke UK, aku ingat lagi nenek nak aku buat A-level di Singapura, dia cakap dia sanggup bayar fees. Dulu aku rasa menyesal tak ikut cakap dia, tapi qadarAllaahi wa masha’a fa’al. It is the Qadr of Allaah and He does whatever He wills to.
My mum used to have an active schedule too, she used to start the day with sending off my sisters to school, then the market, cook and go about the day with errands.
Now that most of us are in college/uni and we have people sending my sister to school, her routine is more flexible, but she isn’t used to it and we are trying to get her busy. May Allah protect her from illnesses.
Ramai orang ingat, jadi housewife, duduk rumah goyang kaki, tapi cuba tanya ibu2. Yang kerja pun akan cakap, house chores are never ending and very tiring. Especially when you have small kids around.
Maybe thats why some of them struggle when their kids grow older, they are left with fewer things to do and that is a shock to themselves. Maybe that’s why some develop dementia/alzheimer’s. May Allaah protect our mothers.
Ingat lagi time ibuku melahirkan adik ku yang kedua, nenek dan atok duduk KL sebulan, best betul, sebab nenek tahu aku suka makan. Time tu bulan puasa, dan aku akan puasa sebab excited nenek masak.
Nenek masak memang sedap. Sampai sekarang aku ingat. Time dia awal2 sakit pun dia ajar adik aku buat cekodok bawang, Alhamdulillah adik dan ibuku boleh buat hampir sebiji sama, terubat rindu.
Kalau kami balik Singapura pun, kami akan minta nenek buatkan. Alhamdulilah nenek ingat. Kadang2 kita rasa benda tu kecil, tapi bila dah jadi macamni, it is really meaningful. Macam bila kita tengok baby belajar jalan, macam tu la.
Sebelum nenek sakit, nenek kena rompak dalam lift balik pasar, perompak tu sapu habis. Time tu dia trauma sikit nak pergi pasar, atau share lift dengan orang tak kenal.
Dia sanggup biar orang tu naik lift dulu dia naik kemudian. Sebab dia ingat time kena rompak, dia tunggu bukakkan pintu lift tu untuk perompak tu.
Alhamdulillah dah kena tangkap. Dia suka cerita part perompak tu nak ambil jam yang atok belikan untuk dia, dia cakap “pasar malam”. Time tu nenek masih ok lagi, cuma traumatised. Nenek lemah semangat jadi tragedi tu menakutkan dia.
Beberapa tahun lepas tu, nenek jatuh katil dan affected her nerves. Bila dia pergi masjid, dia selalu kena pergi toilet dan kawan2 dia ejek dia. Her self-esteem was ruptured so she stopped going to the masjid. Sebab malu.
Sebab tu la penting, untuk fikir sebelum cakap, kadang2 kita ingat benda tu kelakar untuk persendakan orang, tahu tahu impak dia sangat besar.
Kami rasa start time tu, nenek mula lupa lupa, sebab routine dia dah terganggu. Tapi Alhamdulillah ala kulli hal, semua benda ada hikmahnya. Cuma aku masih tercari2 apa hikmahnya. Aku ada baca satu hadith ni dan it puts my heart at rest
“Indeed amazing are the affairs of a believer ! They are all for his benefit; If he is granted ease of living he is thankful; and this is best for him. And if he is afflicted with a hardship, he perseveres; and this is best or him.” [ Muslim ]
dan aku ada dengar satu talk ni, mengenai sunnah Nabi dalam menghadapi perkara2 mencabar dalam hidup. I invite you to listen too.
Ada seorang wanita bertanya, macam mana dia nak make peace/reconcile dengan realiti yang dia pernah didera oleh ibu bapanya. Jawapan ustadh Moosa Richardson sangat profound, bagi aku jawapan dia fulfil pursuit aku nak tahu apa hikmah nenek aku sakit macam ni.
Alhamdulilah kita sebagai orang Muslim percaya ada kehidupan lepas mati. Aku doa agar ujian yang terjadi kepada nenek ini ialah kifarah untuk dia.
Semoga Allah mengampunkan dosa nenek dan menempatkan dia di Jannah. May Allah reunite us in jannah. Nenek sangat baik kepada semua orang. Nenek banyak ajar aku sabar.
Semasa aku baru menginjak ke usia remaja, aku sangat rebellious dan selalu rasa nak keluar dari rumah, nenek aku selalu nasihat sabar dan sabar. Nenek tak pernah buat aku rasa yang opinion aku invalid apabila aku mengadu, dia sentiasa dengar dan nasihat.
Nenek tak pernah suruh aku buat benda bukan-bukan, walaupun kadangkala dia tak bersetuju dengan ibu dan ayahku. Alhamdulilah hubungan aku dan ibu dan ayah sangat stabil sekarang.
Sampai sekarang pun, kalau aku bercakap dengan nenek di telefon, dia akan tanya, duit cukup ke tak belanja, call ni tak pakai duit ke, makan cukup tak, daging halal cukup tak, solat jangan tinggal. Bila dia cakap macam ni, tak rasa langsung macam nenek dah menginjak tua.
Rasa nenek masih time muda muda dulu, masa aku kecil. Nangis la jugak, tapi nangis dalam diam. Dalam time span 10 minit aku bercakap dengan nenek, boleh kata nenek tanya benda yang sama 10 kali.
Tapi bagi aku, benda tu part and parcel of living with a dementia patient. Kalau kita rasa tak sabar, it’s on us, not on them. What I learnt from dealing with my grandma is, respond to their questions like they are asking you for the first time. It teaches me empathy.
Bagi mereka, mereka tanya baru first time kut, kenapa nak marah? Bagi aku, dapat berbual dengan nenek yang ingat aku pun dah cukup bagus, biar la dia tanya 1000 kali pun.
Aku rasa kasih sayang nenek terhadap cucu cucu dia overcome the illness that pins her down, dia ingat the smallest details of me and my siblings.
Kadang2 kami gurau, nenek ada selective memory, dia lupa benda lain sebab dia malas nak fikir buat semak fikiran dia. Walaupun nenek lupa2, ada trait nenek yang nenek tak lupa, seperti defensive kepada cucu cucu.
Pernah sekali time kecil2 aku menjawab dekat mak aku, sebab habiskan duit nenek bagi beli buku, aku cakap “dah bagus saya tak beli dadah”. Nenek juga defend aku hahaha. Aku rasa aku dan adik2 jadi spoilt brat sebab nenek dan atok manjakan hahaha.
Aku selalu relive the time aku kecil2, sebab time tu la aku rasa aku betul2 selalu dengan nenek and atok. Rasa time tu time yang paling happy. Kadang2 nampak orang tua jalan dekat park, teringat dekat mereka.
Sebab aku menulis pada kali ini adalah untuk bagitahu, hargai mereka yang berada di sekeliling kita sementara mereka masih ada. Sebab kita takkan tahu, bila Allah akan uji kita dengan tarik nikmat kehadiran mereka. Time tu la kita rasa erti kehilangan.
Apa yang berlaku dekat nenek aku pun buat aku reflect, aku cukup tak suka akhiri perbualan dengan bitter notes. Sakit hati macam mana pun, end it nicely. Sebab kita takkan tahu bila kali terakhir.
Masa nenek dan atok aku balik in March, aku peluk kuat2, sebab we would never know. Nenek aku tahu aku hati tisu, tapi aku tak suka nangis depan dia.
Aku rasa aku dah tulis banyak. Aku rasa ramai orang ada relationship yang istimewa dengan grandparents dorang, so maybe we can relate? May Allaah grant us the ability to serve our parents and grandparents in the best manner.
Till then,
Wassalamu’alaikum wa rahmatullah.
– Muhammad (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit