Assalamualaikum semua dan terima kasih admin sebab publish post ni. Aku Sarah (bukan nama sebenar).
Aku nak minta pendapat kepada yang sudah bergelar istri, suami, sedang menjalani Housemanship, tunang orang dan sebagai seorang perempuan dan lelaki.
Sebab aku nak tahu situasi aku ni normal ataupun tidak sebagai seorang yang akan berkahwin dan normal atau tidak seorang lelaki memperlakukan aku sebegini.
Sebab aku kalau boleh nak berkahwin biarlah dengan orang yang betul-betul nak jaga aku, bukan hanya nak berkahwin tapi tak nak bertanggungjawab.
Aku baru habis belajar dan kenal seorang satu universiti dengan aku, dan dia berjanji akan berkahwin dengan aku setahun lebih kemudian insyaallah.
Aku dikenalkan dengan dia melalui orang tengah melalui cara bertaaruf 2 tahun yang lalu. Dia ada dua kakak yang belum berkawin dan ibunya baru sahaja meninggal dunia. Sekarang dia merupakan seorang doktor pelatih di sebuah hospital.
Perkenalan aku dengan dia bagi aku sangat perlahan, aku tunggu dia jaga ibu dia yang sakit tenat sebab aku tahu tu tanggungjawab seorang anak lelaki.
Aku sanggup tunggu sebab aku nak dia jadi anak yang berbakti. Innalillah mak dia pun pergi tahun ni juga setelah beberapa bulan menahan derita.
Kemudian dia meneruskan perkhidmatan dia sebagai seorang doktor pelatih. Sepanjang tempoh perkenalan, aku yang selalu mengambil langkah terlebih dahulu dalam nak mengenali dia.
Aku cuba nak kenali dia lebih dalam, aku cuba tanya beberapa soalan berkaitan dengan rumahtangga, tapi tiada respon dia dekat aku.
Aku dah tunggu dekat beberapa minggu tapi tiada sebarang respon. Aku faham dia sibuk sebagai seorang doktor pelatih tapi benda ni buat aku ragu-ragu betul ke dia anggap perkahwinan ni penting?
Aku bakal bekerja di bidang kesihatan, aku kenalah pilih negeri mana yang patut aku pilih, disebabkan aku bakal berkahwin, makanya aku tanya pendapat dia, adakah aku patut minta satu negeri dengan dia ataupun tidak.
Tapi respon yang aku dapat, nampak macam dia tak bersungguh nak duduk dengan aku. Aku yang fikir banyak pasal kehidupan lepas nikah, tapi bagi dia LDR selama 2 tahun tu okay.
Benda ni sekali lagi buat aku kecewa, aku tak nampak kesungguhan dia nak jaga aku, nak bertanggungjawab dengan aku.
Setahu aku, rumahtangga tu susah mana pun, cuba duduk sekali harungi sekali. Ni dia suruh aku duduk dengan parents aku dan LDR.
Aku pening sebab kalau LDR, tengok keadaan sekarang pun dia nak balas msg satu tu pun kadang-kadang berminggu baru balas, dengan alasan dia busy. Nanti dah kawin agak2 dia akan bagi alasan yang sama ke?
Aku nak tahu sebusy itu ke seorang Housemanship sampai masa untuk family dan perhubungan pun tak boleh nak jaga? Aku tengok kawan2 dia elok ja jaga family, dinner dengam family apa semua.
Adakah aku ni dianggap beban oleh dia ataupun sebenarnya dia tak serius pun nak jaga aku? Aku pening sebab aku takut aku pilih seorang suami yang take me for granted.
Adakah perhubungan tu sekadar cukup cakap dengan parents aku, nak kawen tahun sekian2, then datang bila perlu, dan tak memberi khabar sesuka hati?
Bagi aku, aku ada hak nak mengenali siapa bakal suami aku, siapa bakal bapa kepada anak2 aku.
Aku takut nanti dah kawen, aku susah nak berbincang dengan dia, ada apa2 dia tak respon pun soalan aku. Dia tak anggap penting pun persoalan aku pasal pernikahan, aku tunggu tapi penantian tu buat aku sakit and sedih.
Perkenalan aku dengan dia dah nak masuk tahun ke-3, tapi dia macam tak bagi langsung peluang aku nak kenal diri dia. Adakah ini taaruf yang sebenar kawan2?
Adakah dia betul2 serius dengan aku, tolong bantu aku, aku perlukan nasihat sebab aku taknak pilih orang yang salah sebagai seorang suami.
Siapa yang tengah menjalani HO dan seorang lelaki, betul ke korang busy sampai tak ada masa nak jaga hati pasangan?
Please kakak2 dan abang yang dah harungi rumahtangga, tolong nasihat aku. Nasihat yang membina, sebab aku takut aku rasa macam ni sebab dugaan orang nak berkahwin je. Kalau betul apa yang aku rasa ni cuba nasihat aku apa yang aku patut buat.
Doakan aku kuat kalau betul dia yang terbaik untuk aku dan perkahwinan aku sampai ke syurga. Terima kasih semua.
Yang memendam perasaan,
– Sarah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit