Assalamualaikum para readers dan admin sekiranya penulisan aku disiarkan.
Aku Biru. Seorang gadis yang menghampiri pertengahan usia 20an. Anak bongsu dari 5 beradik yang mana semua dah berkahwin kecuali aku.
Pada pertengahan tahun 2020, aku kehilangan kerja sebab company aku downsizing staff berikutan kes Covid. I know ramai yang macam tu.
Apa yang aku nak luah ni, aku tak tau apa yang aku fikir tu betul atau tidak. Aku penat hari hari jadi negatif. Aku tertekan. Tertekan dengan surrounding aku. Dalam tempoh hampir setahun, hampir setiap hari aku menangis.
Aku boleh rasa dalam seminggu, satu atau dua hari sahaja aku ceria. Selebihnya aku akan diam, malas bercakap. Kadangnya siang aku ceria. Malam aku kembali lesu, marah dan mula nak menangis.
Lepas aku hilang kerja, aku ada cuba buat perniagaan online tapi tak lama sebab aku kurang masa dengan handphone. Kenapa? Macam ni ceritanya…
Aku tinggal bertiga dengan mama dan ayah. Abang yang sulung dan kakak yang keempat tinggal nun jauh di selatan tanah air.
Tinggal lah abang kedua dan ketiga which are suami isteri berkerja dan masing-masing tinggal berdekatan dengan kami. Due to this pandemic, anak anak diaorang dah tak bersekolah. Nak dihantar pada pengasuh, diaorang tak berani.
Jadi dalam tempoh ni diaorang minta tolong aku jagakan anak diaorang. Pada asalnya sorang je anak buah aku yang berusia 9 bulan, diaorang mintak tolong jagakan dengan bayaran tertentu.
Aku bincang dengan parent, parent okay sebab sorang je, lama lama makin ramai pulak diaorang hantar.
Jadinya, aku sorang kena jaga 9 orang anak buah aku yang masing berusia 9 bulan hingga 12 tahun, hampir setiap hari, dari 7 pagi sampai 7 malam. Aku penat. Malam, aku akan buat kerja rumah. Lepastu aku penat dan tidur.
Mula mula mama tak cakap apa apa. Tapi lama lama mama mula bising, dan yang jadi mangsanya, aku.
Mama dengan ayah dah tua. Masing masing warga emas. Jadi of course la diaorang tak suka bising bising.
Mama aku jenis tak suka rumah bersepah. Aku dah jadi macam mak mak yang hari hari kena bebel dekat anak anak buah yang boleh tahan aktif.
Tambahan lagi mama letak pressure dekat aku, cakap rimas bising bising rumah sepah. Aku tertekan.
Aku mula menjawab. Aku mula kuat protes. Kadang kadang aku lepaskan marah dengan tengking anak anak buah aku. Tapi aku sayang semua. Sebab semua manja dengan aku.
Mama pernah cakap direct dengan abang kakak aku soal ni, tapi aku tak nampak langkah yang diaorang ambil untuk ambil balik anak anak diaorang.
Nak dicakap lebih lebih, mama nak jaga hati anak anak. Aku nak lebih lebih pon takut gaduh adik beradik. Jadinya aku pendam.
Aku ada apply kerja, tapi aku cuma dibenarkan kerja yang berdekatan saja. Itupun aku belum dapat panggilan.
Aku ada apply kerja yang jauh dari negeri keluarga, dah dapat, tapi tak diizinkan keluarga. Aku juga masih tak dibenarkan berkahwin.
Pernah aku usulkan hal ni, jawapan yang aku dapat “kau muda lagi tak payah sibuk nak kahwin”.
Yang menyebabkan aku semakin tertekan, aku dapat offer untuk kerja satu badan unit beruniform. PUN aku tak diizinkan. Aku tertekan, apa yang mereka nak dari aku sebenarnya.
Apa yang ada dalam fikiran aku sekarang :
1. Kenapa hidup aku terlalu dikongkong. Nak kerja apa, nak kejar cita cita aku, nak cuba luaskan kebolehan yang aku ada, aku tak dapat izin.
2. Kenapa hidup aku kena ikut peraturan diaorang. Baik parent aku mahupun adik beradik aku.
Kalau ikut telunjuk, pujian dan support la yang aku dapat, kalau aku nak buat keputusan aku, tak kena di mata diaorang, mula laa gosip belakang aku. Cakap itu ini. Aku penat.
3. Aku semakin tertekan tengok kawan-kawan aku mula bina karier, mula bina keluarga, mula fokus kehadapan, sedangkan aku, bukan aku taknak, tapi aku tak dapat izin untuk aku luaskan sayap aku, aku jadi terbatas. Kenapa aku gagal?
Maaf kalau penulisan aku bercelaru. Sebab otak aku pun bercelaru. Aku tak tahu nak luah pada siapa dan aku tak tahu macam mana nak luah.
Aku dah puas berfikir jalan hidup aku. Pernah aku ngorak langkah keputusan aku tanpa izin, tapi bahana yang aku dapat. Aku tertekan.
– Gadis Biru (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit