Cukup Sampai Disini

Assalamualaikum semua. Pertama kali aku gunakan platform media sosial untuk sesi luahan yang aku rasakan sebagai langkah terakhir aku.

Lepas ni aku nak set up mind aku untuk melupa kisah ini dan dalam erti kata lain the real move on. Aku janji tak nak dah fikir dan pergi dari zon ini. Aku jadikan ini sebagai salah satu azam aku untuk 2021.

Ok. Korang mungkin akan rasa cerita aku ni macam cinta monyet je. Tapi bagi la peluang aku nak luah kan. Atau korang boleh relate kisah aku ni dengan hidup korang.

Straight to the point. Korang pernah tak rasa perasaan cinta korang pada seseorang tu tak pudar? Masih ada dan masih utuh. Perasaan yang buatkan korang tak boleh move ke zone lain. Korang percaya tak benda ni?

Aku mencintai seorang yang aku kira istimewa dalam hati aku selama 13 tahun. Start dari 2008 sampai saat ini. Dan aku harap orang yang aku cinta tu boleh baca luahan aku. Hopefully. Yang terakhir dari aku. Seperti yang aku janji dengan diri aku pada korang.

Aku cintakan dia dari zaman sekolah. 5 tahun kami duduk satu kelas. Untuk pengetahuan korang aku ni seorang pemalu dan dari keluarga yang biasa-biasa sahaja, rupa pun biasa sahaja, kulit sawo matang.

Lelaki yang aku cintakan ni (aku namakan A) ni seorang remaja ada rupa, bijak pandai dan datang dari keluarga yang berada.

Jadi korang dah boleh bayangkan yang perbezaan aku dengan dia ni macam mana kan. Aku selalu rasa merendah diri bila berdepan dengan dia. Dalam masa yang sama aku selalu kagum dengan dia.

Rasa kagum pada mulanya tu lama-lama bertukar rasa suka. Tapi macam biasa orang yang macam aku ni memang akan pendam sahaja. Luah tu memang tak ada dalam kamus hidup aku. Lagipun aku dengan dia pun budak lagi masa tu.

Mau nya kena dengan kakak2 aku yang garang haha. Kecik kecik dah pandai cintan cintun. Aku ni terlalu banyak compare kan diri aku dengan dia sampaikan aku rasa macam aku ni tak ada apa. Sampai sekarang tau. Itu yang aku rasa.

Nak di pendekkan cerita, satu hari aku dapat tahu yang dia juga sukakan aku (Kawan baik dia yang bagi hint pada aku). Aku gembira tapi lama aku fikir. Aku tak nak kitaorang bercinta.

Pertama, dekat sekolah kitaorang pulak cikgu-cikgu memang anti-couple. Diaorang selalu akan siasat sampai lubang cacing student mana yang bercinta.

Pokoknya, kitaorang dimomokkan dengan cerita yang tak boleh bercinta masa zaman sekolah (benda betul kan, aku akui itu).

Kedua, aku dan dia adalah antara best students. Selalu dia akan dapat tempat pertama dan aku akan dapat tempat kedua dalam peperiksaan, So, kalau bercinta aku takut akan affect kitaorang punya study. Itu yang aku fikir masa tu.

Ketiga, perbezaan darjat. Hanya aku sahaja yang tahu betapa berbeza nya hidup kitaorang. Dia mungkin takkan pernah rasa susahnya hidup aku. Macam mana susahnya abah besarkan kitaorang adik beradik. Berikan pelajaran dan ilmu dalam keadaan sebegitu.

Jadi, tak mungkin aku sia-siakan usaha abah yang susah payah hantar aku ke sekolah. Korang yang sama hidup dengan aku boleh relate perasaan tu macam mana, Demi abah dan keluarga, aku ketepikan perasaan remaja aku.

Selalu aku pandang je muka abah bila buat salah. Mungkin bagi korang biasa. Alah, dah suka sama suka bercinta lah. Apa yang nak disusahkan.Tapi tidak bagi aku. Tiap-tiap hari aku lawan perasaan ni sampai aku tingkatan 5.

Setiap hari aku pandang dia dari jauh saja dan mostly aku buat macam perasaan tu tak pernah ada. Aku tak pernah sekali beri harapan apa.

Even waktu aku tau dia nak try dekat dengan aku. Aku tau perasaan dia tapi aku takut kalau aku buka pintu hati aku sikit, kami akan jadi makin jauh.

Jauh hanyut dengan arus percintaan remaja yang kami sendiri taktahu penghujung macam mana. Pelajaran pada aku adalah yang paling penting. Pelajaran dia jua sama penting. Dia juga harapan keluarganya Yela, zaman sekolah kann.

Jadi, Memang patutlah ketepikan rasa tu kan. Dan, satu lagi prinsip yang aku pegang sampai sekarang adalah “aku tak nak satu percintaan yang tak tahu penghujung”.

Aku tak nak percintaan yang sia-sia. Aku takut dengan kemanisan yang hilang dek percintaan yang terlalu lama.

Banyak contoh kawan-kawan aku yang bercinta zaman sekolah, putus tengah jalan. Aku tak nak benda tu berlaku sebab rasa aku tulus pada dia. Cukup aku sukakan dalam diam.

Zaman kami masih panjang untuk dilalui. Aku selalu tenangkan diri aku dengan ayat, “kalau ada jodoh, pasti tak kemana”

Perasaan bersalah tu selalu je datang dalam diri aku. Orang sukakan kita tapi kita selalu usahakan untuk elak seboleh-bolehnya. Aku selalu buatkan dia rasa macam aku tak sukakan dia. Banyak kali.

Banyak kali dia bagi hint bahawa dia sukakan aku. Ya, aku juga sukakan kau. Tapi nak bawa ke mana perasaan ni. Lagipun kita berbeza. Aku taknak bercinta.

Aku sayang kau. Aku tak balas mesej kau. Tapi aku simpan lagi each mesej kau tahun 2010. Aku tulis semula setiap baris mesej kau dalam diari aku.

Setiap apa yang kita lalui aku catatkan dalam diari aku. Memori tentang kau terlalu banyak dan masih aku simpan kemas dan aku baca selalu.

Memori itu masih segar terutama bila kau backup aku sewaktu aku kena fitnah oleh seseorang. Aku menangis seharian sampai bengkak mata. Tapi disebabkan sokongan kau, Aku rasa kuat sangat.

Maafkan aku sebab banyak lukakan perasaan kau dengan Tindakan aku. Aku nak yang terbaik untuk kau.

Kali terakhir aku jumpa dengan dia adalah masa kami terima anugerah pelajar cemerlang SPM. Itulah adalah kali terakhir aku nampak kelibat dia.

Lepas tu pun aku dapat tahu dari sahabat sekolah yang dia sedang membuat persediaan ke luar negara. Aku pun masa tu dapat sambung pelajaran ke matrikulasi. Hala tuju kami berbeza dan makin menjauh

Perkara yang berlarutan dan tak pasti ni yang menyebabkan aku berasa tak boleh bergerak mana. Sebab dia betul2 ada dalam hati aku. Perasaan aku semacam menunggu dia yang aku tak pasti bila nak datang.

Perit tau menunggu tu. Perit sungguh bilamana kau tepis segala bentuk Bahagia yang datang atas alasan kau masih menunggu. Dan kau juga tak pasti sampai bila. Sampai tua ke? Hm.

Sampai sekarang kami belum pernah bersua dan terserempak. Tak terbayang andai kata kami bersua lagi satu hari nanti.

Harapan aku masa tu aku dah Bahagia dengan pilihan aku dan dia pun sama bahagia dengan pilihan dia dan kami stay as ex-classmate.

So, the point is. Tahun 2021 adalah tahun dimana aku akan move on. Move on dari segala perasaan yang tak pasti.

Tahun yang mungkin akan menjadi tahun aku untuk menerima orang baru dalam hidup aku. Tahun untuk aku terima orang yang betul2 tulus sayangkan aku.

Mungkin aku dah boleh buka hati untuk orang lain. Terima kasih untuk segala rasa ini. It’s a wrap for 2020. Aku wanita yang bakal Bahagia pada tahun 2021. Doakan aku!

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *