Egokah Aku?

Assalamualaikum dan hi pembaca sekalian… Kisah yang akan aku ceritakan ini mungkin ada yang pernah atau tidak pernah mengalaminya.. Terima kasih admin sudi siarkan..

Namaku Cynthia (bukan nama sebenar).. Masih ingat lagi ceritaku tentang Az, Iz dan Z? Baru-baru ni, Iz datang ke rumah ibu bapa ku.. Ingin mengeratkan silaturahim yang lama dibiar sepi..

Iz seusia denganku, awal 20 an.. Open minded orangnya.. Tahun ni masuk tahun ketiga aku mendirikan rumahtangga bersama Z..

Ada anak lelaki hafiz Quran berusia setahun lebih.. (didoakan Aamiin) Jarak umur kami hampir 10 tahun.. Kehidupan kami, di mata semua orang cukup lengkap dan sempurna.. Terima kasih Allah..

Jujur, aku tak pernah cinta pada suamiku.. Cuma kasihan.. Dia yang bersungguh memiliki diriku..

Tapi setelah bernikah, aku rasa sedih dan kecewa.. Aku derita disebalik senyuman manisku.. 6 bulan perkahwinan, gambar nikah ku dikoyakkan..

Hancur hatiku.. Mampu ditampal dengan seletip.. Tapi, mustahil sama seperti yang asal.. Bagaimana hatiku?

Benar, dia baran orangnya.. Kuat cemburu.. Oh lupa, aku sekarang masih menuntut di Ipta.. Bila anak menangis, dia pasti akan baling sesuatu..

Trauma dan takut juga aku masa mula² kahwin.. Dibalingnya botol sabun yang kosong ke dinding.. Kadang kena maki, tonjol kepala dan selalu dimarahi.

Notebook kesayanganku musnah kerana aku keluar rumah, beli ubat batuk anak.. Aku sudah minta izin padanya untuk keluar.. Mungkin nada suaraku perlahan.. Dia tidak dengar dengan jelas..

Pernah aku call pejabat agama, kerana ingin meminta fasakh.. Tapi bukti tak cukup.. Cara yang hanya aku ada ialah tebus talak.. Berapa lah wang yang mampu aku berikan padanya..

Aku memerlukan khidmat guaman bantuan.. Kerana aku tak mampu.. Tapi, pasti usahaku sekerat jalan.. Tak sampai hati.. Aku pernah tanya dia tentang cinta.. Jawapannya, boleh makan ke cinta tu?

Boleh bagi kita duit ke, kalau ada cinta? Baginya, cinta itu tidak penting.. Aku sentiasa mencuba untuk menyintai dia.. Tapi, tetap tidak boleh.. Hanya simpati..

Terfikir juga aku, sekiranya dia ingin menambah anak lagi.. Target nya seperti bilangan pemain bola sepak.. Jujur, aku tidak mampu bertahan dengan perangai barannya dan tidak sanggup..

Az dah lama menjauhkan diri dariku.. Mungkin terlalu kecewa hingga tidak mahu pandang wajahku.. Ibubapa Az amat baik padaku..

Iz sudah punya teman istimewa tapi belum dihalalkan.. Semoga dia bahagia hendaknya.. Aku akur, mereka hanya kenangan terindah untukku..

‘Kalau dia kenal Cynthia ni. Baik orangnya.. Jujur.. Sopan.. Cukup dengan akhlaknya.. Tapi suamimu tu tidak hargai.. Kasihan pada Cynthia bila kenal lelaki itu dengan perangainya.. Hurmm..’

Itu lah luahan hati Iz setelah aku menceritakan secebis keindahan perkahwinanku pada dirinya..

Kami suami isteri selalu solat berjemaah.. Suamiku family man.. Tapi lebih fokus pada hobinya sahaja.. Aku dan anak terabai.. Dibiarkan dengan tangisan dan kesunyian..

Alhamdulillah, direzekikan mertua yang baik.. Iparku semua lebih berusia dariku.. Suamiku selalu menangkan iparnya berbanding diriku..

Malam-malam aku menangis.. Minta nyawaku diambil segera.. Takdirku amat perit sekali untuk ditempuhi..

Tidak lama lagi, pengajianku tamat.. Aku rancang nak bawa diri ke luar negara dan teruskan proses penceraian.. Segala azamku dimarahinya dan dihina hingga musnah harapanku..

Tolong doakan aku kuat ye.. Minta Allah berikan aku kekuatan untuk teruskan perjuangan ini..

– Cynthia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *