Bila Allah SWT suratkan jodoh kita kan, itulah pasangan yang terbaik buat kita.
Masa susah susah dulu dialah yang sama sama susah dengan saya.
Dialah yang ikhtiar sama sama cari nafkah untuk kami sekeluarga.
Bila saya balik kerja dan terlepek keletihan, dia sambung lagi buat kerja-kerja rumah.. Walau letih tapi dia masih senyum dan tanya;
“Abang nak makan lauk apa malam ni bang? Siti dah masakkan sup ayam. Tak pedas tu untuk abang..”
Dialah yang tengok dan bantu anak-anak buat homework, ajar mengaji..
Masa saya buat keputusan untuk berhenti dari kerja dengan jawatan besar di swasta dan berhasrat untuk menjadi pensyarah di universiti di selatan tanah air,
Dengan gaji yang tak sampai suku dari pendapatan saya terdahulu dia tak halang bahkan dia kata;
“Bagusnya abang jadi pendidik ni… Selagi students amalkan apa yang abang ajari, selagi tu ada talian hayat pahala untuk abang nanti.
Takpa.. abang pursue saja cita cita abang… Adalah rezeki kita dan anak anak tu..”
Walau masa itu saya terpaksa tinggal tanpa dia di Johor dan pulang hanya hujung minggu (kadangkala tak pulang kerana ada bengkel dan sebagainya di hujung minggu)
Pada masa itu gaji Siti lebih besar dari saya..
Dialah yang tanggung kebanyakan komitmen keluarga kami…
Ada kala dia yang tanggung belanja saya di Johor…
Dia yang bagi duit pada saya untuk bagi duit bulanan untuk belanja makmdan ayah di kampung…
Dua tahun hidup kami berasing asing…
Kalau ada isu di rumah… Dia jarang kongsi masalah sebab taknak susahkan saya… Dia kongsi cerita yang best best saja..
Dia taknak susahkan hati saya..
Tapi dia sabar aja.. Kalau dia penatpun dia diam… tak pernah complain..
Sekarang, Siti 24 hours suri rumah.
Dia pernah kata..
“I won’t trade anything for the time that I have now..being a full time mother to my kids and be there for my husband 24 hours a day.
Tak payah nak risau nak ambil cuti tahun kalau anak sakit.. Atau nak holiday..
Without her saya sekeluarga hilang kemudi..
She is everything to the family..
Being a mother and a wife is the hardest job in the world!
And how could I not love her for that?
For the sacrifices that she had endured with me… with us?
So sayanglah isteri kita ya?
Kalau dia ada kat sebelah kita sekarang ciumlah pipi dia..
Kalau dia tengah masak kat dapur sorang sorang.. Tinggallah tv tu sekejap.. letaklah iphone tu.. ipad tu.. pergi ke dapur dan peluk dia dari belakang..
Cakap kat isteri…
“Thanks ya sayang… For EVERYTHING!”
Tak perlu hadiah mahal mahalpun…
Mesti dia terharu…
Tak caya gi cuba..
– Khai (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit