Ramai yang post tentang kahwin muda. Harini nak share beberapa perkara yang harapnya boleh dijadikan pengajaran kepada semua. Kahwin muda bagus. Mencegah maksiat dan menjaga hati.
Tapi nak cerita di sini, kepada yang nak berkahwin, dalami dulu ilmu rumah tangga luar dan dalam. Jangan pandai sebut nak kahwin sahaja.
Bila kita nak kahwin sebagai perempuan kenalah jaga maruah suami dan kenalah jaga maruah keluarga suami. Kepada lelaki pula kenalah jaga maruah isteri dan keluarga isteri.
Adik kawan akak dia kahwin muda. Umur 19 dah nikah dengan lelaki di umur 20. Malam pertama sahaja lelaki dah tak jaga maruah keluarga isteri. Rumah papan, katil besi. Malas akak nak cerita panjang-panjang.
Bilik adik kawan akak tengah-tengah. Sebelah je bilik kawan akak, sebelah lagi bilik tetamu, makcik pakcik dia duduk.
Akak dan kawan akak pun malu bila dengar orang perempuan jerit macam tu. Rumah papan, bukannya kedap bunyi tambah ada ruang kat atas tu. Urut dada akak.
Akak tak nak lah sebut perkataan apa ditambah dengan bunyi katil lagi. Korang fikirlah. Faham malam pertama tapi tak perlulah sebegitu rupanya. Macam tiada maruah.
Esok pagi, masa sarapan boleh sembang pula depan pakcik, makcik benda apa yang dibuat semalam depan akak dan kawan akak. Pakcik pula jenis gatal “hebat kamu semalam ye”.
Boleh pula jawab “bolehlah ketat sikit isteri saya punya semalam”. Dalam tak sedar korang dah buka aib sendiri.
Jadi jaga lah aib suami, aib isteri. Belajar dan terus belajar. Korang yang nak kahwin jaga sikit malam pertama tu. Faham benda baru tapi perlu la dilakukan sehingga tidak membuka aib. Sabar dan jangan gelojoh.
Harini berapa ramai anak muda hanyut dalam mendirikan rumah tangga. Kahwin tak sampai setahun cerai. Inai masih merah dah cerai di mahkamah. Sebab apa?
Punca adalah tiada asas dalam mendirikan rumah tangga. Ilmu komunikasi tiada. Bahasa yang digunakan tak diubah. Masa couple kau aku, dah kahwin pun kau aku. Rasa hormat tiada. Masa couple tak hormat bila dah kahwin, rasa geli nak hormat.
Tiada ilmu dalam mengurus rumah tangga. Kepada kaum akak, akak harap korang tau atleast asas seperti memasak, mengemas, melayan suami.
Kadang-kadang punca perceraian sebab kita tak tahu asas-asas ini. Suami mahukan belaian dan perhatian kita. Kalau suami balik kita sambut, kita berikan air dan masa untuk bertenang. Bukan dengan cara suami balik kita terus tanya soalan bertubi-tubi.
Pastikan rumah dalam keadaan terkawal bila suami balik. Suami marah kita diam, isteri marah suami kena diam. Dengar setiap kata-kata suami kita, begitu juga suami jangan tunjuk kuasa sangat pada isteri.
Suami Belajar urus rumah tangga, korang tu pemimpin. Belajar dan terus belajar. Jika silap cepat-cepat minta maaf.
Tiada ilmu Hubungan seksual. Ilmu ni bukan utama dalam rumah tangga tapi punca kebahagiaan dan perceraian juga dari sini. Belajar ilmu ni.
Bukan perkara yang malu pun nak belajar sebab korang dah kahwin. Lain la korang bujang, belajar teori je la. Ni korang boleh praktik praktikkan.
Belajar bukan suruh korang layan porno. Akak ada kawan, dia memang kat universiti memang tak nak dengar bila ada kawan akak share ilmu-ilmu ni. Bila dah kahwin, terhegeh-hegeh call, wasap cara nak bersama dengan suami. Belajar dengan suami ilmu ni.
Apa cara dan gaya yang korang sesuai dan nak. Bincang dengan suami. Ada kes perceraian suami nak gaya ni, isteri taknak. Isteri nak gaya ni, suami taknak.
Suami taknak bersama sebab isteri dingin bila bersama. Faham tak dingin? Gaya itu je 10 tahun korang kahwin, bosanlah suami. Variasikan janji ikut syarak. Jangan malu belajar.
Belajar bercampur dengan orang. Balik kampung, jenguklah saudara mara. Jumpa tanya khabar. Sembang dan duduk bersama bila saudara mara berkumpul. Jangan duduk dalam bilik je.
Balik kampung, bangun tidur awal. Tolong mak, tolong mentua kemas rumah, masak.
Korang lelaki pun tolong la sapu sampah. Siapa ada lelaki tolong kemas rumah, bantu mentua jaga la elok-elok. Biasanya orang macam tu setia dan payah nak jumpa.
Suami akak tak macam tu tapi akak bersyukur la dia tetap bertanggungjawab. Kerja offshore tapi hubungan tetap ok.
Kepada yang kahwin muda, tahniah kerana anda berani memikul tanggungjawab dan amanah. Perkahwinan bukan perjudian, untung kekal, rugi cerai.
Jadikan perkahwinan korang sebagai satu medan untuk sama-sama muhasabah dan sentiasa memperbaiki diri.
Perkahwinan bukan sekadar memuaskan nafsu sahaja bahkan lebih dari itu iaitu menggapai redha Allah.
Yang belum kahwin, sediakan diri dengan ilmu rumah tangga. Suami bimbing isteri kenal Allah, isteri bantu suami untuk bina rumah tangga yang sakinah mawaddah wa rahmah.
– Kalthum (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit