Hi, Assalamualaikum, Terpanggil rasa nak kongsi cerita. Kalau ada manfaat dari cerita nie, ambillah buat pedoman.
Nama aku M.K, perempuan awal 30an. Semalam sambil sembang2 dengan BFF aku through messenger, nak gossip pasal last conversation aku dengan crush BFF aku.
Nak taip Fahmi tibe-tibe terkeluar nama Fahim.. Allah.. Macam ada batu besar hentak dada aku.
Dalam lama aku tak tengok nama nie, infact aku tak pernah berani taip nama nie. Aku tak pernah berani search pun nama nie kat FB, inilah cara aku move on.
Malam nie aku rasa nak baca last conversation yang dia hantar kat aku,
‘Salam.. maaf, lama tak dengar cerita Mas, saya harap awak dengan family sihat. Saya rasa mungkin ini masa yang terbaik…
Maybe Mas pun tahu Januari lepas Abg Adam ada tanya saya tentang status saya dan pendapat saya tentang Mas. Jujur saya cakap, saya senang dan selesa dengan Mas.
Abg Adam tanya, kalau Mas setuju, nak tak jadi adik ipar Abg Adam, tapi saya hanya mampu jawab, saya nak fokuskan pembelajaran dahulu.
Saya rasa Mas pun tahu perasaan saya, tapi sebagai anak lelaki sulung saya perlu jadi contoh yang baik untuk adik-adik saya.
Alhamdulillah bulan August lepas, saya dah selamat graduate. Dan Alhamdulillah saya dah diserap terus bekerja di tempat praktikal saya.
Saya fikir ini masa yang sesuai, dan saya sengaja tunggu tarikh nie, bersempena dengan tarikh hari lahir Mas,
Sanah helwah Mas, semoga menjadi muslimah yang solehah, bahagia dunia akhirat.
Asaalamualaikum wrt wbk.’
Allah.. tepat 12 malam, 25 Disember
Allah.. Allah.. Allah…
Dia Fahim, dia bekerja part time dengan ibuku. Sebab company ibuku kecil, kadang-kadang bila cuti, aku pun datang tolong. Dari situlah kami kenal.
Fahim pemuda yang sangat baik, pemalu, punya latar belakang agama yang baik. Sangat menjaga pergaulan.
Since keluarga aku sangat mementingkan agama, ibu nampak sangat selesa dengan Fahim. Ibu selalu jugak ajak Fahim datang ke rumah.
Aku tahu ibu sukakan Fahim, sejujurnya aku pun selesa dengan Fahim. Atau mungkin aku boleh kata suka.
Tapi entah kenapa, aku selalu rasa perasaan suka tu berdosa. Jadi aku cuba letak jauh-jauh perasaan tu.
Jauh dari sudut hari, Fahim punya ciri-ciri suami idaman aku, pemalu, softspoken, rajin, kemas, berjimat cermat, pandai sembang dengan orang tua.
Tapi aku hanyalah seorang gadis yang tak pernah bercakap pun dengan Fahim, hanya mampu memandang dari jauh.
Di pejabat ibu kadang-kadang budak-budak office usik kami berdua. Mungkin sebab nampak obvious ibu aku sukakan Fahim,
Sebab Fahim tak pernah tunjuk pun dia suka pada aku, adalah hint-hint kecil, yang mungkin tak perasan pun… atau mungkin aku sendiri yang terperasan.
Kemuncaknya Januari lepas, abah aku mula tak selesa bila dengar budak office mak aku kenenkan aku dengan Fahim.
Suddenly abah aku kata tak manis Fahim datang rumah selalu. Sedangkan aku bukan selalu ada di rumah, mostly di kolej. Abah aku suruh abang aku, Abang Adam untuk tanya betul-betul dengan Fahim.
Dan seperti yang korang tahu jawapan Fahim. Entah kenapa aku kecewa dengan jawapan Fahim.
Dari kecil aku tak pernah bercinta, Abah sangat menjaga soal ikhtilat. Abah selalu fahamkan kami, tiada istilah cop-cop dalam Islam, kalau suka ikat dengan pertunangan.
Pertunangan nie maksudnya kita suka sama suka, dan plan untuk berkahwin. Tak perlukan komitmen pun, takda majlis pun tak apa.
Tapi sekurang-kurangnya kita tak tertanya-tanya. Dan jelas hubungan kita dalam Islam, bukan sekadar crush. Dan Haram peminangan atas pinangan orang lain.
Begitulah kisah Aku dan Fahim..
Itulah mesej pertama dan yang terakhir dari Fahim.
Aku melihat inai di jari ku kosong,
Bagaikan ada tikaman demi tikaman menusuk ke dadaku,
Air mata ini aku biarkan mengalir,
Tiada kata-kata yang mampu ku ucap,
Andai…sekiranya andai, aku tahu lebih dahulu,
Tapi sekarang tak bermakna lagi,
Kerana esok aku akan dimiliki,
Aku pandang profile picture Fahim, perasaan ku kosong. Aku amati senyuman dia, cukuplah disini, semuanya sudah tak bermakna lagi.
Kini 10 tahun sudah berlalu…
Setiap kali melihat nama itu, tikaman itu masih ada dalam hatiku. Namun ianya hanya sebuah sejarah yang harus dilupakan.
Ketika menaip confession nie, tiada air mata yang mengalir. Aku pandang suamiku yang sedang basuh pinggan, aku bahagia. Dan mungkin korang nak tahu, aku berkahwin dengan pilihan abahku.
Fahim juga sudah berkahwin dengan pilihan dia. Selepas satu-satunya mesej dari dia, kami tak pernah berhubung.
Aku tak tahu apa yang berlaku pada dia, sehinggalah pada malam semalam aku melihat profile picture dia. Aku yakin dia bahagia.
To Fahim, we are not mean together…
Jodoh itu bukan milik kita.
To my husband, I Love You so much.
– M.K (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit