Assalamualaikum. Kesian tengok adik Kahwin Muda kena kecam, (https://iiumc.com/kahwin-muda-8/). Baiklah dik, akak tak nak kecam adik pun. Sebab akak setuju saja sebahagian yang adik cakap.
Dik, bakal suami akak dulu bakal doktor jugak. Kami bercinta waktu bakal suami akak final year medic. Akak masa tu of course rasa bangga gila dapat bakal suami doktor. Mesti kena canang 1 kampung nanti suami akak doktor.
Bakal suami akak tu pula dah la hensem, berkaca mata, bijak pula tu. Dia sentiasa straight A dari UPSR sampailah SPM.
Akak masa tu memang nak ikut yang Islam sarankan lah. Tak nak hantaran langsung kalau boleh. Sebab akak tak nak la rendahkan harga diri akak ni dengan duit. Macam jual barang pula kan letak harga harga ni. Sebab nilai diri kita kan priceless. Bagi 1 juta pun tak cukup.
Akak memang sebijik macam adik. Excited benar dah ni before nak kahwin. Sampailah bakal suami akak masuk HO. Dah habis HO memang plan nak kahwin. Akak pun memang gitau dia, taknak buat majlis kenduri. Nak nikah je, buat majlis simple ajak family saja.
Memang betul2 jimat kos. Takde sanding takde pelamin baju pengantin pun serba putih. Hantaran akak tak mintak sebab akak taknak bebankan dia. Plus akak confident akak akan hidup senang dengan bakal suami akak. Doktor kot
Tiba-tiba hujung housemanship tiba-tiba bakal suami akak quit HO. Depression katanya selalu kena maki dengan senior doctor. Sampai kemurungan dia. Puas akak pujuk dia, tapi dia tekad. Lastly dia pun quit bebetul dan kesaja jadi cashier saja kat speedmart.
Dik, dia budak cemerlang dik. Satu daerah kenal dia budak pandai dari sekolah rendah sampailah menengah. Tapi sebab tak tahan tekanan, dia quit jadi doktor. Zaman HO zaman paling mencabar.
Sudahnya, akak tak kahwin pun dengan dia dik hahahaha. Sebabnya biasalah mak bapak ni dia rasa malu la bakal menantu tak jadi doktor, alih alih kerja jadi cashier. Habis seluruh kampung mengata.
Kebetulan jugak lah, kantoi yang dia curang. Dik, nasib akak tak jadi kahwin dengan dia. Student medic yang dapat scholarship ni banyak duit dia.
Duit lebihan boleh buat saving. Kalau akak cakap tak nak hantaran pun, at least dia usaha la jugak bagi sikit sebagai hadiah kan. Common sense lah. Takkan taknak bagi langsung. Tapi dia of course la happy duit tak payah keluar.
Sebab dia dah senang dapatkan akak, dia pun ambil mudah dan tak hargai cinta akak. Dia curang bercinta dengan doktor lain. Padan muka dia tak jadi doktor, ini lah balasan curang dengan akak saat2 akhir before kahwin.
Sejak dari itu, akak tak percaya dah konsep tiada hantaran atau hantaran serendah yang mungkin. Kalau betul lelaki tu nak kita, dia akan usaha sehabis baik tunjuk effort nak halalkan kita.
Nilai hantaran tinggi tu bukannya sebab kita gila harta ke apa sangat pun, tapi sebab nak tengok effort.
Kalau hantaran pun takde, tapi lepas kahwin tiba2 dia kahwin lain, jangan menyesal lah pula tak letak hantaran dulu. Akak bersyukur tak kahwin dengan dia, dari merana di kemudian hari sebab kantoi bercinta dengan nurse lawa.
Dulu akak pun tak suka betul orang letak hantaran tinggi. Tapi sekarang baru akak sedar kepentingan letak hantaran tinggi.
Hantaran ni adat, tujuannya sebab nak menguji bakal suami. Kalau dia tak mampu, dia terus terang sajalah tak mampu. Kalau tak dia bagi jelah setakat yang dia mampu.
Tak bermakna hantaran tinggi perempuan itu harga diri perempuan itu rendah. Tidak.
Yang Islam sarankan adalah mahar yang rendah. Hantaran tu hanyalah adat untuk uji komitmen lelaki menyimpan duit. Kalau simpan duit pun tak pandai before kahwin, macam mana lah nak saving after kahwin.
Dik, akak doakan perkahwinan kamu bahagia. Akak tak kata semua doktor begitu. Cuma akak nak cakap, perjalanan adik jauh lagi. Dia pun belum jadi doktor, masih belajar. Masa depan pun masih samar. Adik tak perlulah mendabik dada sangat.
Lagipun adik kahwin ketika masih belajar. Belum ada komitmen apa-apa lagi. Belum tempuhi fasa real rumahtangga. Zaman tengah indah bercinta di awal perkahwinan. Masa ni bau kentut pun wangi. Fasa honeymoon kan.
Apa pun akak doakan adik bahagia bersama suami adik. Semoga suami adik jadi doktor yang hebat nanti. Aamiin…
– Bukan doktor (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit