Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-yang-tersepit/).
First saya baca semua komen-komen anda semua, mungkin ini sambungan daripada confession pertama.
Genap 7 bulan lebih aku bekerja tapi tiada apa- apa pun yang aku nampak.. Perubahan yang aku nampak, orang yang masuk setelah aku bekerja di naik kan ke full time sementaraku, krik2 lagi. Kehadiran tiada masalah pun, kerja lebih hours tidak dibayar gaji pun.
Melainkan manager rasa nak kira baru la kira, tapi overall memang tak lah kan. Gaji paling tinggi pun RM900, alasan manager aku, awk tak jaga timing time break. Biasa akan jaga timing masa. Lima mnit sebelum hour break habis aku akan tumprint tapi tak apa la.
Sebab kelilingnya aku perhatikan siapa yang bodek manager boleh jadi fulltime terus, boleh tranfer ke cawangan lain. Tapi hidup kena teruskan juga kan.
Genap akhir bulan tujuh lepas aku decide bagi surat resign, dalam masa yang sama masa perjalanan tu aku pulak exsiden orang dari lorong kiri masuk lorong aku langgar kereta.
Bila jadi macam tu aku jadi gelabah, terkejut semua ada dengan tangan menggeletar. First yang terlintas keadaan aku, kereta yela kereta abang aku plak tu, apa aku nak jawab, infact tu bukan salah aku.
End up call abang yang berdekatan untuk settlekan, then baru call manager kata lambat masuk sikit sebab ada hal. Even ada membe yang bagitau manager seolah2 tiada sense. Pukul empat lebih tu nekad jugak, bagi surat resign.
So bermula dengan azam nak buat bisnes sendiri even kecil-kecil pun. Tapi tak lama sebab mak call kata urusan tak selesai lagi. So perjanjian nye cuma 2 minggu untuk aku settlekan dan balik. Tapi akhirnya, janji tu tah ke mana, yang mana mak aku plot twish perjanjian tadi.
Aku pun sementara tu buat jugaklah open order siang, then untuk malam buat jual makanan korea yang mudah. Sebab kebanyakan orang sini tak ramai so kalau ada rezeki hari tu dapat lah Sepuluh Ringgit ke, kadang-kadang tak ada pun.
Tapi aku still tak putus asa walaupun terpaksa turunkan harga bawah daripada Sepuluh Ringgit sebab fikir tak semua orang mampu.
Macam-macam yang aku cuba buat, jual kek bwah drophip, cuba untuk cari peluang yang ada, tapi moral support aku cuma diri aku sendiri,
Sementara mak aku sendiri perlekehkan peluang yang aku cuba, di samping hasad orang melayu, faham-faham saja lah orang tak boleh tengok kita lebih dan cuba untuk jatuhkan saingannya.
Aku cakap bukan setakat kosong-kosong aku jual tepi jalan sehari nak dapatkan lima puluh ringgit pun susah, sedangkan jual goreng pisang, keropok, kuih, air balang, cendol, abc pun susah sangat.
Lepas tu di uji pulak dengan kawasan kampung ad yang positif covid, ambik keputusan untuk rehat, tapi tak rehat pun sambil tu isi masa dengan mengecat rumah dan sebagainya. Kemudian di uji pula dengan keadaan sekeliling aku sendiri yang aku kena hadap.
Bila suarakan kata nak balik kerja mak tak bagi juga, bila tak kerja lain pulak di kata. Kemudian baru ni abang ada balik, isu dia mudah saja, abang mengadu pada mak kata adik beradik wife dia dah tak sehaluan,
kebajikan mak dia pun tak terjaga semua, then wife abang ambik semua keuntungan meniaga, ice cream, meniaga sarapan pagi, oh ya abang juga keje kilang sebagai supervisor kot.
So gaji dia akan di potong untuk setiap orang anak, wife apa semua lah. So abang cakap duit gaji abang yang kemudian- kemudian habis buat modal semula, with means setiap keuntungan sebelum ni semua bini dia yang ambik.
So aku hanyalah sebagai pendengar bukan boleh buat apa pun kan, rumahtangga orang malas nak masuk campur.
Berbalik cerita tadi, so memang la banyak barang dalam freezer sebab aku jual makan ada la fries, wedges apa semua.
Semua tu hasil dari untung aku, dengan untung tak seberapa tu juga lah cover minyak, susu, barang-barang kering. Tapi macam orang cakap juga, kadang apa yang kita beri sedikit tu tak nampak pun.
Ye memang setiap bulan abang akan bagi mak Tiga ke Empat ratus dengan barang-barang dapur lagi. Tapi janganlah sampai cakap ha sedara laki kau (abang) balik buat tak tahu.
Untuk pengetahuan juga ye wife abang sikit pun kadang tak ambik port bila kat dapur, kalau nak masak pun anak-anak dia cuma makan ayam goreng segera sahaja, tak pernah pun menyapa nak makan ambik lah.
Tak pernah pun. Selalu aku perhatikan setiap kali ramai-ramai balik, jarang sekali masing-masing nak membantu di dapur, dah siap masak terhidang datang, makan, pinggan pun kalau rajin basuh, tak rajin akan ada orang lain yang basuh.
Yang kena biasa nye aku lah. Bila mak dah beremosi akak aku yang lagi sorang cakap untuk membela diri pun kena tampar berkali- kali,
Aku yang cuba untuk meleraikan pun tak pasal-pasal dapat lempeng lima kat pipi. Sakit, tapi lagi sakit bila pendamkan bila mak membeza-bezakan setiap anak-anaknya.
Sampai apa yang aku buat seolah-olah tak ada langsung sumbangan. Sampaikan aku terpaksa cakap selepas kena lempeng lima tadi mak pukul, mak tampar sepuas hati mak semata-mata untuk bezakan anak mak sambil aku tampar muka aku dengan tangan aku sendiri.
Entah lah aku tak tahu pengorbanan apa lagi yang aku nak buat. Bila orang petik buah sawit dekat kebun, aku siapkan makanan untuk orang kerja, tak cukup tu, aku juga pergi meracun kebun kelapa sawit tu, tiada upah pun.
Mak aku boleh cakap yang kau racun tulah nanti senang orang kerja, nanti hasil buah kau jugak dapat.
Sebulan seratus ringgit je mak bagi, tapi aku tak kisah pun, berbanding dengan abang aku lagi sorang. Kalau pergi meracun pun mak akan bagi seratus lebih pada hal tak habis pun.
Aku bukanlah seorang yang terlalu berkira sangat. Apa yang ada ambik, tetapi janganlah sampai nak membebankan.
Bila bab urusan apa semua, mak suruh aku juga yang selesaikan, sedangkan itu sepatutnya urusan abang. Abang aku semua perkara ambik mudah, tak pernah nak serius.
Baru-baru ni jugak abang bawa kereta exsiden moto langgar sebab masuk line, report dia buat tapi bila nak handle dengan pihak hq kereta tak tahu, kesudahannya aku lagi yang kena uruskan.
Masuk hari ni kan dah dua hari mak aku tak bercakap, bila di ajak untuk bercakap tak nak. Sebenarnya semuanya cukup melebihi daripada cukup tapi tah la.
Aku suarakan untuk berhenti je meniaga dekat kawasan kampung ni tapi mak aku degil, degil sangat-sangat. Aku tahu sikap mak aku, sekali kata hitam, hitam.
Yang hitam tak akan bertukar putih. Lagi satu Ego, ego bila salah sikit kita cuba perbetulkan memang meminta lah namanya. Dia tahu dia salah tapi tak akan sesekali mengakui kesalahan tu, dalam erti kata lain darjat kau siapa, aku (mak) siapa.
Sakit nya tu jugak aku kena lalui dan hadap masa-masa mendatang. Ada masa aku rasa dah cukup rapuh memujuk hati.
Rasanya cukup sampai sini je kot. Thanks.
– Cik Mok (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit