Ya Humaira!

Assalamualaikum. Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan kisah ini.

Bila terbaca post mengenai jodoh yang berubah arah. Aku faham perasaan tu. Cuma berbalik pada hukum Allah, Dia Maha Mengetahui.

January 2018

Kawan aku ajak turun makan sekitar kawasan hostel kami. Malam tu aku penat sangat sampai tak larat nak berjalan. Sampai saja kedai tu, ada sorang hamba Allah ni duduk paling hujung sambil minum air.

Aku buat-buat tak pandang sangat. Borak punya borak, kami pun berjalan balik. Kawan aku beria suruh aku toleh belakang tengok mamat tadi tu. Aku memang takde mood.

Esoknya aku dapat message dari nombor tak kenal. Aku biar saja message tu sampai 3 hari. Kalau style aku, message tanpa ayat tujuan, aku malas nak reply. Cuba message tu straight forward saja.

Hari ke 5 aku tengah jalan nak ke tempat kerja, tetiba ada orang sapa dari belakang. Mamat haritu! terkejut betul waktu tu.

Long story short lah, mamat tu seorang yang berani, dia sahut cabaran kawan aku untuk berkenalan dengan aku. Mamat tu aku simbolkan dia sebagai A.

So aku memang tak mudah lah nak bagi chance. A cakap dia tak terfikir nak cari kawan perempuan kat bumi Mesir ni. Dia datang untuk belajar dan nak balik Malaysia cepat. Dalam hati aku, ada aku kesahhhh. haha

Then, entah camne aku terdengar dari kawan kepada kawan, yang A ni memang susah nak rapat dengan ajnabi. Dia boleh berani tu sebab dia dah kenal aku bulan lepas. A nampak aku baru keluar dari Masjidil Haram. Ye tak ya A tu kan. So dia rasa spark kat situ.

Aku direct saja dengan A. Aku cakap yang aku ni ramai peminat. Bukan sekarang je, dari zaman sekolah rendah, penuh bilik aku dengan surat cinta. Haha! perasan! Pastu A gelak saja sebab dia tau semua tu.

Kawan sekolah menengah aku, adalah bff dia. Dia cam relate atas point pertama tadi. Bila dia bagitau bff dia, baru bff dia bukak mulut. Apa Naid cakap pasal aku kat A. Zaman Integrasi dulu comot saja.

Bila aku tahu yang A masih study, aku cam was-was la. Kalau aku bagi peluang, kang sangkut, lepastu takkan nak kahwin. Nak makan apa. Oh! itu fikiran aku yang dulu lah.

Long story short lagi, A sangat baik dan aku banyak saja buat drama sebabak dua. Aku tak pernah couple walaupun aku banyak dapat offer untuk bercouple. Aku susah nak percaya orang. Aku dan A jarang message. Jumpa last yang haritu saja. Aku busy dan A pun banyak hafalan.

Aku cakap yang aku ni bukan perempuan Solehah. Aku tak macam kawan-kawan sekuliah dia yang sejuk mata memandang. Banyak kali lah aku cakap yang aku ni biasa saja. Tapi A tetap yakin kan aku yang setiap manusia boleh kembali ke fitrah dan semua tu boleh belajar.

Aku ni bukan apa, zaman 2018 pun dah banyak kes alim ulamak yang buat perangai. Aku tak nak terbuai mimpi dek luaran A saja. A cakap dia memang sibuk, dia pun buat solat istikarah dan minta aku buat jugak.

Aku cakap, perlu ke kita secepat ni, kalau A tak kenal aku pun, benda ni tak kan berlaku kan. Masing-masing hidup aman damai kan. Kenapa nak kusut kan kepala fikir pasal aku and hal-hal lain.

A terangkan yang mungkin ini hint Allah buat kami. Dalam tengah kami berdua selesa dengan kehidupan masing-masing tanpa memikirkan soal jodoh, Allah bagi ujian dan hikmah.

Lepastu entah kenapa setiap hari rasa rindu tu membuak-buak. Tapi aku tunggu A message aku. Dari mula aku tak message A. haha

August 2018, A minta aku turun bawah. Oh sebelum hari kejadian aku dah buat confession dengan A. Kenapa dia pilih aku dan boleh ke dia nak tanggung aku. Aku saja pancing ayat tu, sebab aku bukan lah nak suruh dia tanggung pun, sebab aku sendiri terlebih mampu.

Cuma nak test saja, mana lah tau dia nak ambik kesempatan. Pastu A yakin kan aku. Dia dah susun jadual dia and apa yang dia nak dalam hidup. Aku kata kat dia kenapa tak tunggu habis belajar saja. Dia cakap nanti melepas. Orang cantik, bijak dan bekerjaya ni susah nak cari.

Choi! Dia sangat yakin kan aku yang dia nak mimbing aku. Aku ni gadis biasa saja. Tak pakai bidang 60, tak ketat pun. Aku lebih kepada kemas dan sedap mata memandang.

Agama tu of course lah tahu. Cuma tak se alim dan setaraf A. Lagi satu A selalu cakap yang aku ni lain dari kawan-kawan sekuliah dia. A cakap aku ni selamba dan kelakar. Yelah tu!

Sambung balik, A suruh aku turun, korang tau kenapa? Parents dia berdiri tegak depan aku wey! Korang dapat rasa tak degupan jantung aku waktu tu? perghhhh

Tung tang tung tang, aku dapat cincin merisik. Dan yang paling gentle A buat adalah, dia dah suruh ayah dia jumpa parents aku. MashaAllah. Tak terfikir dek akal kan. Parents aku tak sekutik pun bagitau aku.

Pastu takkan Papa terus setuju. Pelik gila aku. Pastu baru lah aku tau yang rupanya ayah A kenal dengan papa. No wonder lah setuju terus. Masa pergi rumah aku tu baru ayah A ingat balik kawan dia. Dan bila aku tau background keluarga A barulah aku faham kenapa papa setuju.

Macam air saja kan kisah aku? tapi tak semua nya Indah ya kawan-kawan. Aku diuji dengan satu berita yang begitu dashat. Aku kuat menaip ni sebab aku tahu dia sedang tersenyum bahagia.

Aku dah tulis kisah aku ni kat laptop. Bila aku tulis, aku gembira. Aku happy macam aku happy kat kisah atas tadi. Setiap perkara yang A buat. Sampai aku jadi niqabis dan tawajjuh pada Allah. Hanya Allah yang aku ada sekarang.

Cintai lah Allah lebih dari umat manusia. Yang kekal abadi hanyalah Allah. Aku pun nak pesan pada niqabis kat luar sana, pakaian yang kita pakai biarlah seiring dengan taqwa dan kelakuan.

Alim itu hanya Allah yang mampu ukur. Amal kan agama Allah. Bukan mencanang yang kita ni banyak ilmu agama.

Mesti korang nak tahu kan apa yang berlaku.

Long story short lagi dan lagi. A adalah insan yang mulia pernah aku jumpa dan aku takkan buka lagi hati aku untuk sesiapa. Aku hanya nak fokus kan kerja amal, kerja hakiki dan ibu bapa. Jodoh dan ajal semua kerja Allah.

Terima Allah berikan masa dua bulan untuk A menjadi imamku. Dan hadirkan zuriat dan waris dari benih A. Sifat dan akhlak nya saling tak tumpah seperti A. Terima Kasih A.

Nanti kita jumpa kat syurga. Tunggu saya tau. Indah sangat majlis perkahwinan kita yang semua nya disiapkan dalam masa sebulan. Mertua aku adalah mertua dari syurga. Sampai ke hari ini mereka menatang ku seperti anak manja. Apatah lagi cucu nya.

Nikmat Allah bagi untuk keluarga ku dan mertua sangat lah banyak. Hidup dalam kesenangan dan pangkat tapi didikan patents kami, membuat kan kami tunduk pada Ya Rab.

Allah bagi senang dan kefahaman agama. Tetapi Allah hadirkan Ujian terbesar yang melepasi semua nikmat Allah.

Dalam kami semua sangat gembira dalam masa dua bulan tu, A baru dapat berita yang aku hamil. A dapat tahu dulu sebab dia tengok aku pelik.

Aku pulak blur, tak tau kat mana hint aku mengandung, haha. Kami pergi travel, makan, bersuka ria, jemaah, dan A baru saja nak start pergi 40 hari keluar tabligh.

Ramai saja kawan-kawan daddy yang berpangkat ikut tabligh. Tabligh ni untuk teruskan sunnah Rasulullah. A pun balik Malaysia dapat jawatan di J****.

Alhamdulillah rezeki sebab dia pun dapat biasiswa dari jabatan tu. Aku anak tunggal. A ada adik perempuan dua orang. Dua-dua doctor pakar dah sekarang.

Allah lebih sayang kan kamu A. Rindu aku nak dengar kamu panggil aku Ya Humaira. Anak kita pun A dah bagi nama siap-siap. Adam Bin Adha. Walaupun A tak sempat tengok Adam. tapi nanti di syurga dia akan tahu yang Adam seiras dia. Kuasa Allah kan.

Sebab aku pilih A dulu pun atas rupa dia yang buat anak dara tak keruan. So aku malu pulak mengaku yang aku ni ramai peminat. Padahal A berduyun aweks jadikan crush. Haha. Tulah orang kata jangan angkat bakul sendiri.

Allah Maha Mengetahui segala isi langit dan bumi. Perasaan dan penerimaan berita pemergian A. Kalau parents A pun sampai masuk ward, apetah lagi aku ni. Tapi tu semua kami jadikan asbab untuk kami dekat lagi dengan Allah.

A pergi dalam Husnul Khatimah. Sampai kan rindu ku pada kekasih dunia ku Ya Allah. Rindu tiada penghujung. Pasangkan rindu dalam hatiku untuk kekasih ku Rasulullah lebih dari suami ku Ya Rab.

– Naira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *