Hello semua! Aku suka kartun Elmo ni, tu aku guna nama Elmo. Sambil baca kau orang bayangkan lah Elmo yang comel tu tengah bercakap ya.
Aku stress sebenarnya ni, tapi sebab azam 2021 aku ni, aku nak positif, so aku letak saja lah nama aku Elmo. Comel sikit. Eh, meleret pulak cerita nama aku ni.
Okay, so cerita dia macamni lah kenapa tajuk tu aku letak kecewa. Aku sebenarnya kecewa dengan suami aku. Bukan sebab dia ada perempuan lain ke apa, tapi sebab bisnes tak menjadi.
Cerita ni panjang tau, kalau kau orang rasa tak larat nak habiskan, baik stop masa perenggan kedua ni. Kau orang jangan cakap aku tak warning ya. Aku gigit sorang demi sorang nanti. Haha.
Beberapa tahun lepas, aku dengan suami ada start bisnes kitorang sendiri. Bisnes kecik2. Biasalah, aku sebagai bini ada cita-cita menggunung tinggi. Aku nak orang nampak aku dengan suami aku ni boleh berdikari kononnya.
Tapi, bisnes ni aku dengan suami buat main2 saja. Senang cakap, macam chipsmore la. Bukan push betul2.
Bila dah lama sikit, aku dengan suami ni bosan dah kerja dengan orang, kitorang ni fikir nak buat betul2 lah sekarang ni kan. Kitorang daftar lah ssm ape semua bagai.
Sekali fikir punya fikir, takkan nak buat kecik2 saja. Kitorang nak besar kan sikit hala tuju bisnes ni. Nak buat gempak sikit lah kira.
Jadi, suami aku dalam masa sama katanya nak tolong keluarga dia. Dia ajak lah bapak dia sekali join. Dah bapak dia pun dah pencen bertahun2 lamanya. Aku ni mula2 fikir setuju saja lah.
Ye lah, suami aku pun niat dia tulus suci murni kan nak tolong keluarga. Apedehal ajak join sekali. Tapi, dalam pandangan aku, aku lah yang akan mengepalai serta menerajui bisnes aku yang macam chipsmore ni.
Eh, sekali sangkaan aku meleset. Aku ingat bapak mertuaku ini nak dibantu lah kan. Ye lah, bisnes ni aku yang mula2 pegang. Klien pun aku yang cari.
Sekali tibe2 bila laki aku bincang berdua dengan bapak dia, bapak dia boleh pulak kata, “sekarang ni, bapak tak setuju dengan pembahagian ni.
Bapak kena dapat lebih, sebab skop kerja dan tanggungan bapak besar. Dan dari sini juga, bapak nak kumpul dividen lebih, sebab bapak nanti nak plan bisnes2 lain lebih mudah.”
Dah pulak dah. Aku sebagai wanita dengan semangat bisnes yang tinggi, semestinya lah tak setuju.
Kau orang bayangkan ya, urusan ssm, guna ssm aku. Lepastu yang pergi buat urusan jumpa orang2 yang berkaitan ni buat dokumen semuanya serah dekat aku. Tapi, dengan alasan aku buat kerja2 admin marketing lah.
Bapak dia cuma bagi arahan saja. Dah lah tu, company dia buat dua pecahan pulak. Ingat ni matematik tingkatan 3 ke nak buat banyak2 pecahan. Aku memang masa ni dah jadi godzilla dengar. Sebab, bagi aku ni bisnes aku.
Tapi, malangnya nasib aku si Elmo comel ni, suami aku setuju dengan bapak dia. Dengan alasan, adik beradik dia ramai. Puas aku bergaduh siang malam dengan suami aku.
Pintu dekat rumah kau orang kalau nak tahu, dah rosak semua. Suami aku sejenis keturunan t-rex. Tahu nak mengaum saja. Asal dia marah je, mula lah dia jadi t-rex jadian ni. Tak payah tunggu bulan mengambang pun.
Aku kata dekat dia, benda ni aku dengan dia dah set up lama. Mana datang pulak logik akal, bapak dia kitorang yang ajak join lepastu bapak dia dapat lebih ni? Aku tak kira lah modal bapak dia lebih ke apa.
Setakat modal, bapak aku pun boleh bagi modal. Nak buat bisnes, bapak aku lagi banyak bisnes. Bukan setakat bisnes, memang aku ni lahir kategori bapak banyak harta. Dah kenapa aku nak pening2 pasal modal kalau ikutkan, ye tak?
Okay, balik pada cerita asal. Bapak dia kata kena bagi lebih la bahagian dia. Sebab nanti dia yang uruskan bisnes apa2 semua ni.
Aku pulak hangen satu badan sebab, aku juga yang kena turun padang jumpa peguam cari peguam nak buat agreement. Duit laki aku juga yang buat ssm dan akaun semasa bank.
Lepastu, klien dan ads dekat media sosial, aku dengan laki aku punya modal juga dan air liur aku juga yang kenalkan klien dekat bapak mertuaku ni. Eh, memang aku jadi godzilla lah dekat laki aku.
Aku pun cakap dekat dia, “awak ni dah gila ke apa? Besok2 bisnes kita buat ni, awak ingat awk boleh claim ke? Sah2 lah dapat dekat adik2. Walaupun bapak dia janji nanti pulangkan balik bisnes ni dekat laki aku, ingat bila dah maju, orang tak jadi gelap mata ke?
Saya ni buat bisnes nak buat untuk anak2 kita nanti. Saya nak wariskan untuk anak2 dan masa depan saya lah. Kang kalau tak pasal 2 jadi macam balu arwah abam macam mana?”
Kau orang tahu apa laki aku kata? Dia kata aku ni sejenis pesimis. Tahu nak merungut saja. Bisnes tak jalan tapi fikir bukan2 dekat bapak dia dan keluarga dia.
Laa.. aku bukan fikir bukan2, aku fikir realistik. Bodoh juga laki aku ni rupanya. Belajar saja tinggi, best student kesayangan pensyarah bagai. Rupanya otak lagi dungu dari aku yang tak pernah dapat 3 pointer ni. Haha.
Long story short, aku merayu dekat laki aku, aku malas dah nak bisnes sekali. Haa, kau kebelakangkan aku sangat kan. Kau buat lah sendiri. Penat2 aku fikir bisnes cari klien bagai, dia boleh pass dekat bapak dia macam tu saja. Tapi, tak semudah tu ya.
Laki aku mengamuk dan aku tak tahu lah dah berapa kali ni, dia pun jadi t-rex, dia kata aku ni hanya pentingkan diri sendiri. Aku langsung tak fikir perasaan bapak dia. Habis aku punya perasaan ni, siapa nak fikir? Dia siap kata, aku bini tak guna.
Haa tu dia, dia siap tuduh macamtu. Sebab apa, sebab aku nak pertahankan hak milikan pada bisnes aku sendiri dan aku dah tak berminat nak join dia. So, dia paksa aku buat juga marketing.
Bila aku cadangkan nak buat bisnes sendiri dan suruh dia buat marketing dan urusan2 admin sendiri, serta, aku tak nak pinjam kan dia modal, makin sakan laki aku jadi t-rex. Stress aku.
Boleh ya terus menerus dia kata aku pentingkan diri. Tak, persoalannya sekarang, laki aku yang bodoh dungu ke aku yang pentingkan diri sendiri?
Ni aku protes dengan dia. Memang tak lah aku nak buat kerja2 marketing. Hati aku kecewa teruk. Lagi teruk dari masa aku putus cinta dengan bekas pakwe aku zaman sekolah dulu. Jahat ke aku biarkan saja dia buat semua sendiri dan lepaskan semua kerja2 aku ni?
Kau orang tak payah tanya lah bisnes apa aku buat. Aku dah takde hati dekat bisnes tu, jadi aku malas nak bagitahu. Cuma, dari kisah aku ni, kau orang rasa aku ni memang penting kan diri ke?
Disebabkan bisnes ni juga, suami aku dah berapa kali entah ugut, dan cakap baik takde bini. Terasa hati aku.
Sampai situ saja cerita aku. Jangan tanya pelik2 dan bagi pandangan pelik2 dekat komen, aku malas nak buat sambungan kedua dan bersiri2. Aku tak rajin nak menaip lagi dah.
Oh ye, maaf lah cerita aku ni terabur sikit dan macam tak lengkap bila baca ke apa. Aku serabut sebenarnya ni. Campur dengan patah hati sekali. Aku taip saja mana yang aku boleh nak taip. Sejujurnya sambil menangis la juga aku kenang kan nasib diri.
– Elmo (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit