Meriah betul conference sejak akhir-akhir ini mengenai jodoh dan perkahwinan kan. Semua mempunyai pandangan dan pendapat yang tersendiri, dan terkecuali dengan aku juga yang nak beri pandangan aku daripada sudut pandangan aku.
Usia aku dah cecah 30 an, alhamdulliah aku semakin matang bila ditanya soal jodoh dan perkahwinan ini.
Jika dulu nampaklah gedik nak berkawin tu, tetapi apabila kita tahu kita masih mempunyai tanggungjawab yang perlu kita laksanakan, In Shaa Allah kita akan berlapang dada.
Aku seorang anak tunggal dan umi aku pula ibu tunggal, itu bermakna aku membesar dan tinggal bersama umi aku sejak aku kecil lagi.
Dan pada 2017, kami menerima satu ujian yang agak besar dimana Umi aku diserang strok, bukan sekali tapi dua kali dalam tempoh yang sangat singkat. Disebabkan itu juga umi sekarang terlantar dan memerlukan perjagaan yang rapi dari aku.
Tahun ini masuk tahun ke empat aku berhenti kerja dan jaga umi sepenuh masa, kerana sekarang Umi seperti anak kecil yang perlu diurusankan semuanya.
Umi tidak mampu untuk menguruskan diri sendiri. Dan umi juga tidak boleh bercakap, bagi aku itukah satu tamparan yang hebat bagi aku sebab sebelum ini segala benda aku akan kongsi dengan umi.
Setiap hari aku akan call umi pagi dan petang,untuk bersembang dengan umi. Aku rasa ia satu kehilangan yang tak dapat aku ceritakan.
Dulu masa call umi kadang-kadang ada tertekan rekod call, tapi aku masih belum mampu nak dengar suara umi kat rekod call, pernah sekali je aku dengar, lepas tu aku nangis semahunya.
Sejujurnya aku rindu suara umi. Kalau keluarga korang bebel kat korang janganlah pernah rasa bosan atau terbeban nanti kau akan rindu macam mana yang aku rasa sekarang.
Tanggungjawab yang aku pikul sekarang ini tak akan mampu balas segala pergorbanan umi pada aku. Ramai yang bertanya pada aku bagaimana aku menguruskan umi dengan keadaan fizikal aku yang kecil. Tinggi aku 137cm, berat 45kg dan umi 145cm 37kg.
Apa yang hanya aku boleh katakan adalah ini semua dengan izin Allah, Allah yang berikan aku kekuatan ini untuk aku. Sebab Allah tak uji hambanya jika dia tidak kuat. Aku kuat sebab umi, umi dah korbankan untuk besarkan aku.
Dulu aku belajar kat Terengganu selama empat tahun dan hanya akan balik pada cuti semester dan selepas tu aku bekerja pula di Kota Batu lebih kurang lima ke enam tahun dan hanya akan balik sebulan sekali, nak balik tiap minggu umi tak bagi, kos katanya.
Selama itu umi akan tinggal seorang diri. Dan sekarang Alllah bagi aku peluang untuk bersama dengan umi setiap masa. Aku rasa inilah masa yang untuk gantikan untuk umi masa aku tiada dengan umi.
Sejak umi sakit, aku sebenarnya tak fikirkan soal jodoh ini sangat. Sebab umi adalah keutamaan aku, dan aku rasa agak sukar untuk seorang pasangan untuk menerima pasangannya yang sedang menjaga ibu yang sedang uzur.
Tapi ada satu ketika tu, aku datang untuk check up umi (masa tu aku tak bawa umi ke klinik sebab umi agak moody untuk keluar), aku hanya akan terangkan pada Doktor keadaan umi kat rumah macam mana.
Dan Doktor yang aku jumpa Doktor Pakar,seorang perempuan,dan mempunyai sifat keibuan. Doktor Tanya aku dah kawin ke belum, aku jawab belum. Dia Tanya lagi ada kawan lelaki yang istimewa tak, aku jawab tak juga. Doktor tu tersenyum.
Dia kata ‘Saya tahu awak anak yang baik, jaga mak awak. Tapi awak perlu fikikan pasal diri awak sendiri juga. Awak perlu cari kebahagian awak, ya saya tahu awak bahagia jaga mak awak, tapi awak juga perlu ada orang jaga’
Masa ni aku tersentap. Selama ini aku rasa aku dah cukup kuat, tapi bila Doktor bagitahu macam tu aku cuba buka ruang hati aku untuk berkawan dengan lelaki semula.
Sebab ada betul apa yang Doktor tu bagitahu, dan lepas tu aku minta izin nak salam dan peluk dia (ni terjadi masa sebelum covid ya).
Sebab aku cuba untuk tak menangis masa tu, tapi air mata aku keluar, sebab aku terlalu rindu pada umi, pelukan dan kucupan di pipi dan dahi.
Tak lama lepas tu aku dapat email daripada Portal cari jodoh yang aku pernah join dulu, untuk renew keahlian dia.
Aku lupa dah yang aku ada join Portal ni. Aku abaikan je, sebab aku rasa belum perlu dan aku tak de rasa nak berkawan, tak de rasa nak berkawan tu bukan sebab apa, sebab malas nak kecewa lagi.
Ada satu hari tu Alllah gerakan hati aku untuk join semula portal tu, maka aku pun join semula portal tu dan update segala detail aku, rupanya ramai je mesej aku kat dalam tu.
Tapi kebanyakan dan tutup acc, dah jumpa jodoh mereka la tu. Aku lak masa tu tak faham sangat pengunaan dia macam mana.
Jadi masa lihat senarai calon yang ada tu aku swipe la ke kanan, Ya Allah rupanya kalau swipe ke kanan tu maknaya kita kirim salam kat dia. Terlajak perahu boleh nak undur, dah terlajak swipe, tak boleh buat apa dah.
Lepas tu ada mesej dan notifikasi masuk, ada orang jawab salam. Aku dah cuak, bagi aku macam segan bila perempuan yang mulakan dulu. Aku ni old school, bukan sikit tapi banyak. Dia bagi salam dan bertanya khabar pada aku, dan dia tanya aku baru balik kerja ke.
Aku bagitahu yang aku tidak berkerja dan sedang menjaga ibu yang uzur. Dia terkejut dan terus tanya aku detail lebih lanjut mengenai sakit yang umi hadapi.
Sekarang kitaorang dah kawan dah dekat lebih setahun lebih, masih berkawan hanya dalam portal tu tanpa aku dan dia tahu nama masing-masing.
Aku pernah tanya dia nama dia dan aku tanya tak tahu nama aku ker (masa ni malu gila sebab Nampak macam aku yang lebih-lebih), tapi dia kata nanti dia tanya bila dia dating jumpa aku berdepan.
Sebab sebelum pkp dulu dia pernah mention nak zirah aku dengan umi, tapi lepas pkp kitaorang dah jarang bersembang.
Sebenarnya amatlah risiko besar, sebab boleh jadi je ni orang jahat. Tapi ntah aku selesa kongsi pasal kehidupan aku, pasal umi, dengan dia selain daripada kawan baik aku.
Dalam portal tu juga ada je aku kenal dan kawan dengan orang lain, tapi bila tahu pasal aku sedang jaga umi yang sakit, mungkin mereka tak sanggup untuk pikul beban itu.Dan mereka akan mendiamkan diri.
Dalam masa sama aku minta petujuk dari Sang Pencipta hati, jika ini adalah masanya untuk aku mempunyai pasanagan maka terbitkan rasa untuk dia, jika tidak maka jauhkanlah sebab aku tak mahu mencari dosa percuma.
Sebab aku yakin aku, aku perlu lakasanaka tanggungjawab aku ini dahulu, maka Allah akan bukakan jalan yang terbaik untuk aku. In Shaa Allah.
Mohan doa semua agar umi dapat sihat dan sembuh seperti biasa, walaupun Doktor mengatakan bahawa keadaan umi akan bertambah buruk dari masa ke masa, dan perubahan itu aku dah lihat daripada tahun pertama umi sakit sehingga sekarang.
Dengan izin ALLAH segalanya tiada yang mustahil kan.
– Nukilan Sang Pena (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit