Pendidikan Awal Kanak-Kanak II

Assalamualaikum wbt. Terbaca tentang Pendidikan Awal kanak-kanak, (https://iiumc.com/pendidikan-awal-kanak-kanak/). Nama akak Isma, sebenarnya realiti itu perit dan tak semudah didengar.

Akak ada baca komen, ramaila yang kata pasaran ini meluas, sebenarnya nak buka taska atau tadika memerlukan modal, bukan sedikit tahu, kawan akak buka tadika, setahun rugi jea kerana nama tadika tak ada yang kenal.

Sewa rumah mahal sebab untuk buka tadika, budak tak ramai, nak kerja seorang, kalau sakit deman macamana, nak tak nak kena ambik pembantu, gaji pembantu lagi. Dah untung tak banyak, jadila rugi.

Ok yang kedua ada yang bercerita buat ngasuh kat rumah ada ilmu dapat RM2k sebulan orang sanggup bayar mahal sebab ada PAKK. Rumah mak kawan tu kat mana? Kat tengah ibu kota, kalau ya okla.. Kalau kat kampung, yuran tadika RM60/ 70 pun liat nak bayar.

Selalunya yang bercakap ok, duit banyak, kebanyakan tak ceburi pun bidang ni, samaada agen kolej/ universiti atau pengusaha.

Sorry akak bukan berfikiran negatif tapi akak dalam bidang nie hampir 10 tahun.

Bidang nie betul tak ada life, kalau kerja dengan orang 7am-7pm, kalau mengasuh, rumah flat kecil, paling ok ambik 3 anak ngasuh baru RM1000, cas mahal tak ada nak hantar. Even mengajar mengaji, english and etc.

Ok berbalik kepada apa confessor tue bagitahu, akak nak komen sikit.

Yup ramai yang kata peluang tue luas, yup memang tak dinafikan tapi ianya tak berbaloi if hutang berpuluh ribu untuk dapatkan sekeping ijazah/ diploma tapi nak bantu mak ayah pun tak dapat. Bukan setakat bantu mak ayah, diri sendiri pun terkial-kial.

Jadi kalau adik-adik orang susah habis belajar tak dapat nak buka tadika sendiri,

Tolong la cari alternatif lain seperti ke kolej vokasional. Ada jea bidang nie, at least yuran murah. Tak pun bekerja sambil ambil KAP.. Kemas pun buka kursus, tapi cuba baca syarat dia sekarang, walaupun tamat kursus kemas tak semestinya dapat bekerja di Kemas.

Ada yang cakap raudah college tajaan brainy brunch. Kalau brainy brunch bagi biasiswa belajar habis belajar dapat kerja, bolehlah apply tapi kalau kena pinjam PTPTN, habis belajar dapat gaji RM1200 pun tak berfaedah juga.

Pinjam 21k untuk diploma tapi hidup dalam berhutang. Nak bayar balik tak mampu.

Sekarang ni, akak tengok banyak sangat kolej bukak kos nie, pelajar pun ramai. Bagus agent dia, orang dalam pendalaman pun ada ambik kos ni dengan pinjaman ptptn. Sedih kesian ada akak tengok, fahamila kalau pendalaman macamana keadaan ekonomi mereka.

Bila akak survey banyak sangat kolej tawarkan kos nie antaranya, uniti, unitar, kptm, Murni international college, kuim, FTMS college, Diha college, kolej melaka dan macam-macam lagi.

Yuran pun yang paling murah 18k. Bayangkan 18k bila nak habis dengan gaji RM1200 tue. Tue baru diploma kalau degree?

Jadi akak sarankan kalau betul berminat nak fahami dunia nie, nak ilmu,

1) Belajarla di kolej vokasional. Paling minimal yuran RM700 satu sem tue pun sekali elaun makan dah.

2) Minta kerja terus dan ambil KAP. 3 bulan jea. Tak pun ambik sekarang, kerajaan tengah bagi free jea. Jimat.

3) Ambil secara Open distance learning. Yuran murah, tak ganggu waktu kerja pun.

4) Sebab apa, apa yang akan dibelajar hanyala teori bila masuk dunia sebenar tersangat la lain, tak semua yang dipelajari digunakan. Lagipun kos nie membaca pun dapat ilmu apa.

Kos nie tak macam kos engineering/ welding/ jururawat yang memerlukan kita tahu nama kompenan yang ada, aliran wayar yang betul, cara yang betul, penyakit apa.

5) Bidang nie, kita akan betul – betul belajar bila kita bekerja. Disitu kita tahu macam mana nak handle budak menangis, mengigit, parents liat bayar yuran dan etc.

6) Kursus pemakanan, kursus bacalah anakku, kursus penjagaan bayi, kursus cpr, kursus Montessori dan banyak lagi.

Semuanya kena ambil sendiri dan tidak termasuk semasa belajar diploma dan degree. So akak tak nampak apa faedah sambung tinggi. Kursus itu semua mampu milik bermula dari RM80-RM200.

Jadi akak tak nak adik-adik terburu masuk kolej, masuk u untuk nampak berjaya. Even kolej poleytech mara, tak semua student dapat pinjaman mara hanya 15% jea yang dapat, yang lain PTPTN. Akak tahu sebab staf akak student Kptm,4 orang semua, sorang jea dapat pinjaman mara.

Fikirla baik-baik untuk masa depan.

Minta kerja ramai jea owner ambik lulusan SPM.

Walaupun akak owner taska, rasanya gaji akak bulan-bulan RM1300. Student akak 69, pekerja pun ramai 12 orang pekerja, maintenance tempat pun tinggi. Akak pun tak mampu nak bayar pekerja akak RM1000 tapi akak sediakan hostel untuk diorang.

Pekerja akak ramai dari kampung anak orang susah dan belajar di kolej swasta. Kesian akak tengok diorang tapi itulah realiti sebenar. Sebab tue akak terpanggil jangan kecam owner, sebab kami pun dapat tak semewah yang kita dengar.

Akak cas Student RM380, gaji pekerja RM900 seorang, sewa bangunan RM7000, electric/ air RM1500, maintenance (coway, tilam, makanan,cctv,aircond etc) RM4000, bayar pinjaman modal RM1500.. So kirala berapa gaji akak dapat…

Sekian…

– Isma (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *