Assalamualaikum buat semua pembaca.. Kisah ini bukan cerita aku tetapi kawan aku. Maaf jika ayat berterabur dan tunggang terbalik. Aku cuba ringkaskan sebaik yang mungkin.
Siti (bukan nama sebenar) seorang yang bekerjaya. Lulusan universiti. Mempunyai paras rupa yang cantik dan berbadan genit. Berstatus janda berhias. Sebelum berkahwin dengan Azmi (bukan nama sebenar), Siti mempunyai kekasih, Ijam (bukan nama sebenar).
Di awal perkenalan mereka melalui wechat (2015). Ijam seorang penganggur dan akhirnya mendapat kerja sebagai promoter disebuah pasaraya. Pada waktu itu, Ijam hanya mempunyai sebuah motor kapcai. Walaupun serba kekurangan tetapi Siti tetap menerima Ijam seadanya.
Ijam seorang yang bermulut manis dan pandai bermain kata. Setelah berpindah ke utara semenanjung mengikut keluarganya. Ijam mendapat kerja di sebuah jabatan kerajaan sebagai kerani kontrak. Ijam juga seorang yang sangat meminati bola sepak.
Siti pernah beberapa kali dicabul oleh Ijam apabila mereka berjumpa. Setiap kali berlaku Ijam akan meminta maaf dan Siti dengan mudah memaafkan.
Ijam selalu menghantar gambar anu dia dan cuba untuk phone s3x Siti. Setiap kali berlaku Siti akan off phone atau mengatakan battery habis. Siti ada berbincang dengan Ijam hal tersebut kerana dia tidak menyukai perbuatan Ijam tetapi bertahan untuk beberapa hari sahaja.
Pada suatu hari, Siti dipaksa berkahwin dan Ijam meminta Siti untuk memohon cerai daripada suaminya.
Azmi telah lama menyintai Siti dan tidak mahu melepaskan Siti. Azmi mengatakan pada Siti supaya membuat laporan polis kerana mengetahui Siti dan Ijam berjumpa secara sembunyi. Siti menolak dan akhirnya bersetuju setelah diugut.
Dalam diam Siti dan Ijam masih lagi berhubung melalui whatsapp dan Ijam meminta Siti untuk menjaga kehormatan diri dan tidak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri.
Disebabkan buta kerana cinta, Siti akur dan Azmi pernah berjanji pada Siti bahawa dia tidak akan menyentuh Siti tanpa rela.
Akhirnya, mereka bercerai tetapi isu saman menyaman antara Siti dan Azmi bermula.
Pada ketika ini, Siti mempunyai penyakit yang belum diketahui diagnosis muktamad. Siti meminta Ijam untuk memberikan sedikit masa padanya untuk menyelesaikan segala urusan yang akan menganggu akan tetapi Ijam menolak dan mahu berkahwin seawal yang boleh.
Siti tidak memberi jawapan pada Ijam dan hilang tanpa berita. Ijam tidak mencari atau bertanya perihal Siti sebagaimana yang berlaku ketika Siti masih bergelar isteri orang.
Setelah disahkan dia terkena Cyst pada rahim. Siti menghantar pesanan pada Ijam supaya mencari orang lain kerana ada kemungkinan Siti tidak boleh memberikan zuriat apabila mereka berkahwin nanti kerana Siti sakit dan dalam rawatan.
Ijam menuduh Siti sudah bersama dengan Azmi disebabkan itu Siti memberi alasan yang dia mungkin tidak boleh berikan zuriat. Siti menangis mendengar tuduhan Ijam. Tetapi tetap merahsiakan penyakit dia.
Keesokannya, pembedahan dilakukan dan rahim Siti dapat diselamatkan. Siti masih lagi berdiam diri daripada Ijam dan berazam akan menghubungi Ijam setelah isu mahkamah selesai. Hampir setahun Siti berjuang turun naik mahkamah demi bersama Ijam.
Siti percaya bahawa Ijam pasti akan menunggu Siti seperti janji mereka. Hari yang dinantikan tiba.
Siti cuba menghubungi Ijam setelah memaksa aku memberikan nombornya.
Memang tujuan aku tidak mahu Siti berhubung lagi dengan Ijam kerana sepanjang setahun Siti berjuang sorang diri, Ijam tidak pernah bertanyakan perihal Siti pada aku seperti waktu dulu dan aku mengetahui bahawa Ijam sudah ada yang lain.
Ramai perempuan yang Ijam pilih tetapi tidak memuaskan hatinya. Ijam mencari perempuan yang mempunyai pekerjaan yang tetap yang boleh menolong dia sedikit sebanyak. Aku tahu Ijam lelaki yang bersikap begitu kerana Ijam pernah mengatakan perkara tersebut pada Siti.
Pada satu malam diawal bulan September 2020, Siti menghubungi Ijam dan menceritakan hal sebenarnya. Mereka menangis tetapi Ijam mengatakan mengapa baru sekarang Siti mencari Ijam.
Kenapa tidak beritahu sebelum ini kerana Ijam akan berkahwin pada Januari tahun hadapan dan majlis dilakukan sehari sebelum hari lahir Ida (bukan nama sebenar) dan jatuh pada hari lahir Siti.
Ijam mengatakan bahawa sayang pada Ida terlalu sedikit hendak dibandingkan pada Siti. Ijam mengatakan dia hanya mahu menamatkan zaman bujang dia dan berkahwin dengan orang yang mempunyai ciri-ciri seperti Siti kerana cinta boleh dipupuk kemudian hari.
Ida seorang penjawat awam, lulusan sarjana dan master, baik hati, berkulit putih, berketurunan mami dan mempunyai kereta honda, itulah yang diceritakan pada Siti tanpa rasa sekelumit pun bersalah.
Ijam mengatakan bahawa dia tidak boleh berpatah balik kerana mereka baru tandatangan borang membeli rumah bersama dan Ida sudah membayar photographer lebih RM1k. Menempah baju pengantin dan sebagainya.
Ijam mengatakan bahawa susah untuk dia buat keputusan kerana akan melibatkan kerja. Ijam pinta pada Siti untuk berjumpa buat kali terakhir sebagai pasangan kekasih dan tidak akan menghubungi Siti lagi selepas itu. Ijam minta Siti melakukan hal yang sama.
Siti hanya menangis dan mengatakan dia tidak mahu berjumpa Ijam kerana dia tidak mahu Ijam mengkhianati Ida seperti apa yang dia rasa.
Pakcik Ida adalah ketua kerani ditempat kerjanya dan dialah orang yang pertemukan mereka. Perkenalan mereka hanyalah sebulan sebelum merancang untuk berkahwin.
Bagi aku, pengorbanan Siti lagi besar daripada Ijam demi cinta mereka. Siti sanggup berhabis duit ribuan ringgit untuk naik turun mahkamah,
Ijam pernah memalukan Siti dihadapan kawan sepejabat, maruah keluarga dan diri dia diketepikan demi Ijam, bersusah senang dengan Ijam daripada tiada apa-apa sampai berjaya.
Setia seperti orang bodoh pada manusia pengecut seperti Ijam. Aku mohon ambillah pengajaran daripada kisah Siti. Cintailah yang Illahi melebihi segalanya. Aku mohon doakan Siti cepat sembuh dah ceria seperti sedia kala.
Dipertemukan jodoh yang baik dan diberikan zuriat yang ramai dan soleh solehah. Aku memang dah tak sanggup tengok hidup dia huru hara. Ibu Siti sentiasa menangis melihat keadaan anak kesayangan.
Azmi pula sentiasa bertandang ke rumah Siti untuk melihat keadaan Siti dan menolong apa yang patut.
Buat kau Ijam..
Berbahagialah diatas penderitaan Siti. Dunia sentiasa berputar. Allah saja mampu balas pada kau. Tiada maaf untuk kau Ijam yang musnahkan hidup orang lain.
Sedarkah kau telah merobohkan masjid orang lain yang sepatutnya kau redha dan pergi tanpa buat Siti rasa bersalah? Dan pada ketika ini kau merasakan Siti pula cuba merobohkan masjid yang kau baru nak bina? Siti bukan seperti kau.
Dia berpegang pada janji. Semua berkaitan dengan kau atau mengingatkan dia pada kau telah dibuang. Kaulah yang buat dia macam sampah dan kau tuduh dia tidak suci seperti Ida?
Kau tahu status kesucian Ida? Bukti? Kesucian Siti terbukti dengan pemeriksaan ketika dia sakit sebab itulah dia digelar janda berhias.
Kau nak perempuan suci tapi kau suci tak? Sedarkah kau pada saat ini, Siti sentiasa mendoakan kebahagian kau sedikit pun tidak dihitung salah kau pada dia. Sedangkan ramai lelaki yang lebih baik daripada kau mendekati dia ketika dia berusaha untuk bersama kau.
Pesan aku janganlah kau buat Ida seperti Siti. Jangan kau buat Ida seperti boneka demi lupakan Siti kerana selagi ada cinta pada Siti dalam hati kau. Kau akan memusnahkan Ida. Cintailah dia seikhlasnya. Selamat Pengantin Baru Ijam.
– Min (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit