Antara Anak dan Smartphone

Assalamualaikum. Maaf andai cerita aku tak menarik. Terima kasih admin kalau siarkan.

Aku masih bujang, bekerja di sebuah restoren makanan segera. Macam-macam ragam pelanggan yang aku tengok memandangkan kerja aku yang berurusan terus dengan pelanggan.

Hari itu Selasa, weekdays jadi orang tak ramai sangat. Restoren lengang dan kerja aku pun rileks sikit.

Di satu sudut sebelah kiri ada satu family. Ibu, ayah dan seorang anak perempuan lebih kurang 4tahun. Aku assume family lah tapi kalau bukan tak tahulah pulak aku.

Diorang dah habis makan tapi masih bersantai di restoren. Tak ada masalah sebab bukan ramai orang pun.

Si ibu dan ayah aku perasan sejak tadi leka dengan handphone masing sampai tertunduk-tunduk. Meja diorang sunyi sepi. Si anak tadi tak diberi apa2 gadjet. Dia pegang mainan sendiri.

Tapi yang agak mencuri perhatian aku ialah gelagatnya. Dia kelihatan sangat bosan, turun naik kerusi, ketuk sana sini. Sekejap2 dia lentok pada bahu ibu nya,peluk dan panjat belakang ibunya, tarik tudung ibunya.

Apa reaksi si ibu? Buat tak tahu saja, paling tidak dia tepis anak nya perlahan tanpa sikit pun memandang anak nya. Mungkin tak mahu diganggu sewaktu belek handphone.

Si anak cuba main cak2 dengan si ayah, ayah layan sekejap, lepas tu sambung tengok handphone semula.

Di sudut kanan pulak baru datang seorang ibu dan seorang anak perempuan, lebih kurang 5 tahun agaknya. Anaknya nampak terkinja2, apa yang dia happy sangat tak tahulah.

Aku curi2 pandang sekejap2. Si ibu pun macam tak henti2 bercakap dengan anak, sambil serve kan anak nya makan. Ada masa si ibu buat mimik2 muka kelakar, barangkali mengusik anaknya.

Ada juga sekejap2 si ibu belek handphone, tapi tak lama la. Jawab call kejap, tekan2 sekejap, selfie2 dengan anaknya sekejap lepas tu simpan hp dalam bag.

Lebih banyak berbual sambil sama-sama belek mainan anaknya. Anaknya nampak talkative. Bila si anak bercerita, si ibu akan beri perhatian.

Aku pandang balik si anak meja kiri tadi. Dia tenung saja si ibu anak yang ralit bersembang tu. Si ibu dan anak tu memang tau diorang diperhatikan, jadi diorang senyum dan lambai2 kat budak tu. Sekadar beramah mesra dari jauh, ye la stranger kan.

Sebenarnya aku sedikit tertarik memerhatikan gelagat ibu anak yang rancak berbual dan bergurau tu, sebab senario tu jarang aku lihat berbanding senario di meja kiri.

Bukan tak ada, ada tapi tak selalu. Senario senyap sunyi seperti di meja kiri nampak lebih ‘normal’ di zaman sekarang.

Tak perasan pula keadaan masing2 berapa lama sebab aku dah sambung buat kerja. Tapi lepas kerja tu aku masih teringat-ingat. Dua situasi tu macam terlekat pulak dalam kepala aku.

Yelah aku belum kahwin, belum ada anak. Masa sorang2 ni aku memang attach juga lah dengan handphone, aku rasa semua orang pun macam tu. Tak ada keperluan pun mesti ketagih juga nak skrol apa-apa.

Nanti aku dah kawin dan ada anak, aku pun tak pasti aku akan jadi parent yang macam mana?

Tapi dua pemandangan tadi buat aku tersedar, betapa ‘tak sihat’ suasana di meja kiri. Naluri aku jadi agak sebak melihat si anak sampai memanjat2 dan menarik2 si ibu mahukan perhatian. Si ibu jangan kata peduli, pandang pun tidak.

Aku tanam azam untuk cuba tidak jadi begitu nanti. Semoga kejadian hari ini jadi pengajaran untuk aku kelak.

Anda pula pilih nak jadi ibu bapa bagaimana ya?

– Orang Biasa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *