Hi dan Assalamualaikum, readers IIUM Confessions. Apa khabar semua? Harap² yang baca ni sihat dan baik² saja. Aku Ikin a.k.a confessor Masalah keluarga vs masalah kerja (https://iiumc.com/masalah-
Kalini confession aku, aku cuma nak ceritakan apa yang terjadi selepas aku confess confession tersebut atau lebih tepat perjalanan hidup aku sepanjang tahun 2020. Masih tak boleh move on tahun 2020 sebab umur aku pada tahun 2020 sangat cantik, 25 tahun.
Tahun 2020 aku boleh katakan tahun yang agak bertuah untuk aku dari awal tahun sehingga ke hujungnya.
Awal tahun permulaannya aku diuji dengan hubungan ibu bapaku yang hampir runtuh kerana orang ketiga dan keadaan ayah aku yang tidak bekerja kerana sakit padahal sudah semakin sihat (walaupun tidak buat rawatan di hospital kerana bergantung pada temujanji klinik kesihatan semata mata).
Tetapi jodoh mereka masih panjang. Ayah aku pergi juga mencari kerja dan akhirnya dia mendapat kerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang. Selepas ayah aku bekerja, aku berasa lega beban yang aku pikul untuk menanggung keluarga aku, ayah aku sudah ambil alih.
Masalah di tempat kerja aku pun sikit demi sikit jumpa jalan penyelesaiannya. Jadi aku bertambah lega. Tapi fokus aku yang baru adalah untuk mencari kerja baru.
Bagaikan langkah kanan, aku mendapat wasap dari stranger dan dia mengatakan dia adalah owner kepada company yang aku pernah hantar resume melalui kenalanku.
Terus aku diinterview melalui wasap dan diterima bekerja sebagai Tour Executive. Aku kembali ke bidang yang sama seperti kerja pertamaku selepas habis belajar. Kalau dulu aku bekerja di company kecil sekarang aku bekerja di company yang besar dan agak kukuh.
Tetapi untuk mendapat yang terbaik ada sesuatu yang aku korbankan. Aku terpaksa berjauhan dengan family. Tempat kerja baru aku di Ampang sedangkan rumah familyku di Kota Damansara.
Jika confession sebelum ni ramai yang komen lebih baik aku keluar dari rumah family aku. Ye, jika ikutkan begitulah. Tetapi aku ada sebab kenapa aku ralat untuk tinggal berjauhan dengan family aku.
Aku berjanji dengan ibuku untuk tidak tinggalkan rumah family aku. Aku buat untuk ibuku. Bukan kerana aku tak boleh berdikari atau hidup tanpa mereka. Aku pernah rasa nikmat tinggal di rumah bujang ketika belajar. Sebulan sekali pun aku tak dapat balik ke rumah ketika belajar.
Jadi tak ada isu yang aku tak boleh berdikari dan hanya boleh duduk sebumbung dengan ibu bapaku. Berbalik pada cerita, tempat kerja baru aku ada menyediakan rumah untuk staf.
Jadi jika aku duduk di rumah staf agak jimat masa jika dibandingkan ulang alik dari Ampang ke Kota Damansara menggunakan public transport.
Satu persatu sinar yang datang tahun 2020. Tapi semua tu tak lama. Sedia maklum bila covid datang melanda haru biru jadinya. Sebelum PKP diumumkan lagi tempat kerja aku terjejas 90%.
Mana taknya, core business tempat kerja aku ialah pengendalian umrah. Aku ingat lagi tarikh 27 Feb 2020 di mana kerajaan Arab Saudi mengumumkan pelancong asing dan jemaah umrah tidak dibenarkan masuk ke Arab jadi tempat kerja aku menanggung rugi yang banyak.
Manakala industri pelancongan yang lainnya turut terjejas, mana taknya saban hari kita dengar punca covid ni kerana pergi ke luar negara.
Bila PKP diumumkan sejujurnya aku tak terkesan kerana kami pekerja industri pelancongan sudah terkesan dari awal. Bukan terkesan kerana PKP tetapi kerana Covid.
Malam 17 Mac 2020 sehari sebelum PKP aku bergegas balik ke rumah family untuk bersama sama family menjalani PKP.
Bulan Mac dan bulan April aku masih dapat gaji penuh. Alhamdulillah masih bernasib baik. Tetapi bulan Mei aku antara yang terpilih dicutikan tanpa gaji. Mujur aku ada plan sebelum aku dapat berita tersebut.
Sinar matahari diselangi hujan. Aku diuji sekali lagi. Ayah aku jatuh sakit sehari sebelum Ramadhan. Dalam masa yang sama, adik aku seorang OKU Autisme telinganya termasuk manik mainan kegemarannya.
Entah bila pun tidak tahu. Jika dihalang bermain manik nanti dia akan mengamuk. Jadi hari yang sama, aku membawa adik aku dan ibuku pergi ke hospital (setelah dirujuk klinik kesihatan) menaiki grab.
Ingat lagi undang² ketika PKP? Satu kereta hanya untuk seorang. Tetapi kami 3 orang tidak termasuk grab driver.
Tapi segalanya dipermudahkan kerana alasan yang kukuh. Buat pertama kali jejak ke hospital dan terpaksa jadi penunujuk arah tempat yang asing. Adim aku harus dimasukkan wad pada hari Isnin berikutnya untuk mengeluarkan manik dalam telinga secara bius penuh.
Selang sehari ayah aku pula dikejarkan hospital dengan menaiki anbulans. Kecoh juga malam tu. Mana taknya, jiran² ku ingat ayah aku dijangkiti covid.
Tapi bukan covid sakit lain lah haha. Sekarang 2 orang daripada 4 orang family aku dimasukkan di hospital yang sama. Aku pula penjaga adikku di hospital kerana adikku langsung tak pandai uruskan diri. Ibuku tinggal sorang di rumah.
Selepas keadaan ayah aku reda sedikit, aku mula mencari kerja dan target akan kerja selepas raya. Puas aku cari kerja yang biasa² saja sementara tunggu panggilan dari tempat kerjaku untun sambung perkhidmatan. Aku cuma target kerja sebagai cashier di pasaraya.
Malangnya tak ada kekosongan. Tetapi rezeki tak salah alamat, aku dapat kerja sebagai kerani di kedai yang hanya 5 minit jalan kaki dari rumah familyku.
Dalam bulan 9 aku dibuang kerja dari tempat kerja asalku. Alhamdulillah tak ralat kerana aku sudah mula sayangkan tempat kerja aku yang baru walaupun hanya kerani.
Tak sampai 3 bulan kerja aku sudah dinaikkan gaji. Sangat bertuah dikala nasib orang lain tak bertuah macam aku. 2020 ajar aku lebih bersyukur. Walaupun ada pasang surutnya kadang² kita perform kadang² kita underperform, kadang² kita happy kadang² kita sedih.
Tapi itulah kehidupan tak 100% sempurna. Tapi aku boleh katakan nilah tempat kerja yang paling tak stress teruk. Tekanan yang aku dapat tak seumpama spring yang sentiasa ditekan tekan. Jadi agak bertuah aku.
Maaflah jikalau confession aku ni membosankan. Aku cuma nak ceritakan tahun 2020 banyak sinar harapan yang muncul lepas ribut datang melanda di tahun 2019.
Mungkin waktu tu aku masih muda masih tak rasional lagi. Pada yang tak bernasib baik disebabkan covid ni aku harap korang dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.
Aku percaya covid ni antara ujian terbesar yang kita pernah hadapi. Hidup kita berubah 360 darjah. Pada yang pernah dan masih bekerja dalam industri pelancongan aku harap korang kuat ye untuk hadapi kehidupan yang bebrbeza sebelum covid.
Yang lain pun sama juga. Aku fokuskan industri ni sebab aku pernah berkecimpung dalam industri ni dan aku rasa industri ni lah yang mula² terkesan. Betulkan aku kalau aku salah.
Yang benar,
– Ikin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit