Aku lelaki. Hari ni aku feeling nak tulis kepada IIUM Confession. Maaf kalau post ni tak menarik atau merepek atau kebudakan.
Berapa minggu lepas entah macam mana Youtube rekemen lagu “Digimon Adventure: Butterfly (Cover by Xpose)” kat app aku. Rata-rata komen kebanyakkan dari orang dewasa yang sama zaman kanak-kanak dengan aku, dimana tengok Digimon di NTV7 hari sabtu, 2001.
Bila aku tengok Digimon, aku teringat zaman kanak-kanak aku, dimana aku sangat minat Digimon Adventure season 1, terutamanya karekter Yamato sebab pada masa tu aku samakan Yamato dengan aku,
Sebab mak ayah aku bercerai dan aku selalu tinggal sorang kat rumah. Kira masa tu Digimon ni macam bagi aku harapan untuk berusaha dan positif dalam kehidupan (hehe).
Dan lepas Digimon season 1 habis kat NTV7, aku pon dah masuk remaja dan minat berubah, kartun pon dah tak minat, dan aku lupa terus pasal digimon sampailah aku dengar lagu Butterfly tu balik tahun ni.
Entah kena rasuk apa, memori mengimbau mencurah-curah dan aku aku yang dah masuk 3 series ni pi download dan tengok balik season 1, dan movie terbaru dia. Aku tengok balik dan macam-macam memori kanak-kanak aku flashback balik.
Sambil-sambil flashback, aku terfikir, jauh betul harapan aku semasa kanak-kanak dan apa aku jadi sekarang.
Drama kehidupan selama 20 tahun- bergaduh di sekolah, peperiksaan, susah masuk universiti, masalah kawan sekerja, kawan dan ahli keluarga meninggal, kawan hilang, kawan tikam, masalah bil, air, duit, hutang, accident telah mengubah diri aku yang 20 tahun dahulu,
Seorang ‘budak baik’ yang penuh harapan untuk mengubah hidup, kepada seorang dewasa yang biasa-biasa dan mungkin tertekan dan..
Mungkin juga.. tidak lagi optimistik dalam kehidupan dan hanya pergi kerja balik kerja, buat kerja rumah dan tengok youtube, facebook, IG dan tik-tok, maki hamun ahli politik.
Lagi aku terkenang-kenang dan fikir-fikir, aku kecewa dan teringin bercakap dengan aku 20 tahun yang lepas.
Ya, aku tahu tak realistik, tapi sekiranya aku dapat berjumpa dengan aku 20 tahun yang lepas, ini aku nak katakan pada diri aku.
Maaf :
1. Maaf, aku bukanlah seorang berjaya seperti yang kau harapkan.
2. Maaf, hidup aku takde adventure, dan membosankan.
3. Maaf, aku juga gagal dalam rumah tangga kerana kewangan.
4. Maaf, aku pernah murung, menjadi baran dan tertekan.
5. Maaf, aku tak segembira dan bahagia seperti yang kau harapkan.
6. Maaf, aku pernah menjadi seorang yang bercakap kasar dan mencarut.
7. Maaf, aku sedar, aku tidak sebaik yang aku sangka.
8. Maaf, hidup tak mudah.
Nasihat :
1. Hidup tidak indah selalu. Akan ada orang nak buat jahat dengan kita, tapi, apa-apa yang terjadi, peganglah prinsip : pilih yang baik dan betul.
2. Kawan penting, tapi tak perlu banyak. Kalau ada 1 atau 2 yang setia dan positif, simpanlah sampai bila-bila. Lupakan pergaduhan temeh.
3. Jauhi dendam dan bergaduh dengan kawan kerana benda kecil.
4. Buat apa yang kau minat, tak perlu dengar persepsi orang. Ini hidup kau.
5. Diwaktu muda, penuhkan dengan mengembara. Selepas bekerja, sukar.
6. Semua orang ada jalan ceritanya sendiri, jangan suka hati judge orang.
7. Jangan bandingkan diri dengan orang lain, nanti murung. Kurangkan media sosial sekiranya terganggu. Dan orang-orang kat FB IG tu nampak je bahagia, tapi hakikatnya mungkin tak.
8. Hidup ni simple, tapi sukar. Tapi jangan putus asa. Sentiasa pandang kehadapan.
9. Ajaran agama walaupon nampak mengongkong, tapi agama tak memusuhi kehidupan tetapi membantu kehidupan.
10. Bila kau semakin tua, kawan-kawan semakin sukar nak jumpa. Jadi, enjoy masa muda tapi bahagi masa sebaiknya.
Maaf, maaf, maaf, aku tidak menjadi apa yang kau harapankan. Aku janji :
1. Aku akan buang remeh temeh dalam kehidupan : youtube, fb, ig. Bila aku free, aku akan cari ilmu yang memajukan diri.
2. Aku akan cakap benda yang baik sahaja, aku akan buang sifat buruk sangka.
3. Aku akan fokus pada diri dan masa hadapan, bina balik keluarga.
4. Aku akan buang merokok.
5. Aku akan belajar, tambah certification.
6. Aku akan henti layan pemikiran negatif yang terkumpul dari apa yang terjadi 20 tahun lepas.
7. AKU AKAN CUBA JADI APA YANG KAU HARAPKAN – aku dewasa yang baik, beragama, bahagia dan berjaya.
Sekian. (2021)
– Matt (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit