Assalamuaikum semua. Terlebih dahulu saya nak berterima kasih kepada admin kerana sudi post confession saya. Semoga para pembaca sekalian dalam keadaan sihat dan Sejahtera.
Okay harini Kak Nur nak kongsi satu story ni, kisah macamni actually dah memang biasa terjadi dikalangan masyarakat kita.
Haaa topic harini, Kisah perebutan harta dan salah faham terhadap menantu/ ipar dan lain2 lah.
Ia sangat lah berkait dengan faraid dan Hibah serta Loan & Pemilikan Rumah. Kak Nur tak nak bercerita secara teknikal, you all boleh tanya pakar2 kewangan yang bertauliah.. Mesti akan muncul di post2 Kak Nur untuk bantu para pembaca.
Sebenarnya masih ramai yang belum faham dan agak ambil mudah mengenai hibah. Jika betul2 faham pasti kita akan utamakan Hibah ni dahulu.
Kes 1. Kita bincangkan ya.
Lia (bukan nama sebenar) seorang executive di syarikat swasta bergaji RM7000, dan Suami nya business part time/ Freelance delivery sahaja dalam pendapatan +- RM1500 – 2000.
Lia mempunyai simpanan, Rumah atas nama sendiri (Loan atas nama sendiri), Kereta atas nama sendiri serta Lia celik kewangan, dia ambil dan bayarkan plan takaful Hibah suami atas nama Lia.
Setelah kehilangan suami, Keluarga arwah tidak berpuashati kerana tidak berjaya tuntut harta faraid dan hibah arwah suami nya.
Oleh itu, timbul perbalahan sehingga putus saudara. Malah wujud unsur2 fitnah dan dakwaan tidak berasas… Kesian anak2 dia, nak balik kampung pun kena pulau….
Kesimpulannya dalam kes ini,
Zaman sekarang ramai wanita bekerjaya dan tidak pelik lagi ramai juga wanita income lebih besar. Oleh itu, kami wanita ni mmg particular bab kewangan ni…
Dalam kes ini si Isteri yang beli rumah dan Takaful serta lain2…. (Ni hasil titik peluh isteri).
Oleh kerana Isteri nya celik kewangan, maka dia lah yang ambil plan Hibah untuk suami, Hibah kepada nya (Bijak betul dia ni). *Kerana dia tahu, suami nya kerja berisiko*
Dengan Hibah itu…
Apabila berlaku musibah, sekurangnya ada lah simpanan dan pengurangan hutang untuk si balu tanggung anak2 nya nanti.
Wujud salah faham dimana keluarga arwah suami nya menuntut harta rumah dan Hibah Takaful.
Okay part ni mungkin family bekas suami nya kurang bab ilmu kewangan dan perbankan.. maka wujud lah salah faham sehingga putus saudara.
– Terang2 rumah atas nama si isteri, ofcoz loan pon atas nama si isteri … bayar bulan2 si isteri.
Nak tuntut buat apa..
Haaaa ni kalau Rumah atas nama suami + isteri, tetapi loan Isteri *Kes ni amat merumitkan*.. kerana bahagian pasangan perlu difaraidkan. Tetapi yang membayar dan menanggung hutang hanya sebelah pihak. Nayaaaa dik oiiii.
– Hibah, Plan Hibah tu jika Si Isteri yang mencarum dengan duit nya setiap bulan.. dan letak suami hanya person insured
Agak tak malu lah jika keluarga arwah menuntut dan mengugut si balu. Tiada istilah balu tersebut tamak ya..kerana itu hak nya.
Jika arwah ambil plan hibah dengan duit nya sendiri pon tetap akan dibahagikan kepada pemilik hibah mengikut percentage yang ditetapkan oleh owner ketika masih hidup, jika semua atas nama Isteri maka Ia 100% milik si isteri.
HIBAH tidak boleh di faraid.. pergi la tanya lawyer kalau tak percaya.
Namun tiada masalah pun jika, Si balu nak berkongsi ihsan bahagi sejumlah wang kepada family arwah terutama ibu bapa arwah yang dah banyak bekorban (anggap lah sedekah, In sya Allah luas rezeki tu Allah bagi)
Oleh itu best solution, Untuk elak berebut2 dan bergaduh..maka sediakn Hibah pasangan untuk diri sendiri. Jadi wanita bijak bestari…. its time untuk celik kewangan.
Tak best kalau bergaduh dalam keluarga atau terputus tali persaudaraan.
Ada saja tau, Ipar Ipar call bank nak tanya maklumat si isteri/ Suami.
Haaa ni tak boleh ya PDPA… maklumat peribadi tak boleh di dedahkan.
Kes 2 : Tadi kisah perempuan kan, ni kisah benar lelaki. Kak Nur kenal pak haji ni lama juga lah.beliau boleh katakan Juttawan dan hartawan… dalam current account dengan wife (Ketika wife masih hidup) dalam 500K macamtu,
Rumah asa 2-3 bijik (Banglow okay) dan kereta mewah. Tetapi sangat humble dan penyayang orang nye… Sebahagiaan besar harta nya akan letak atas nama Arwah Isteri.
Teringat Pak haji tu dulu pernah cakap, dia ni asal jawa melayu.. SPM pon takda ada SRP saja.. Hanya berbekalkan kemahiran menukang, sampailah ada syarikat construction sub con sendiri.
Sayang nya dia kepada arwah isterinya sangat mendalam kerana arwah isterinya susah senang bersama pak haji.
Ketika pak haji dulu susah, keluarga Isterinya pulaukan mereka, anak2 pak haji pon mereka geli.. (Time tu lah) Long story short Pak haji berhijrah dan berjaya.
Tu yang semua harta banyak nama isteri, malang nya terlalu sebuk jaga arwah isteri * Barah payudara* tak terfikir nak ubah nama kepada anak2 mereka… Aduiii ni susah..confirm susah.
Kak Nur dah pesan dah dekat Pak Haji tu, tetapi orang kata tak manis nak bercerita bab harta ni ketika ahli keluarga sakit. So Kak Nur Pesan sekali sahaja…. (Dah anggap pak haji ni macam saudara, kerana customer paling ramah dan low profile)
Okay, setelah Isteri meninggal dunia…. detik ni lah paling mencabar untuk Pak Haji.
Ketika nak keluarkan duit Bank tak boleh, kerana nama pemilik account nama bersama (Suami Isteri) walaupun 100% harta pencariam milik Pak Haji. Kena ada surat letter of authorization untuk release duit dalam account.
Pendek kata surat dr lawyer.. kerana sebahagian duit perlu difaraid.
Serta Rumah yang dia duduk dan rumah lain perlu di faraid, nasib lah kereta pak haji atas nama diri sendiri. Serta ada wang simpanan dalam account sendiri serta syarikat.
Maka muncul lah Ipar, Ipar tak malu nak menuntu harta…….. So drama, memang drama. Pak haji nak tak nak perlu jual kereta mewahnya untuk prepare cost makamah dan lain2 settlekan faraid tu… sebab jumlah dia bukan kecil oiii… besar. Simpanan Current Acc dah RM500K,
Rumah dia duduk tu mau dalam RM400K, rumah lain2.. tanah lagi.
Nasib lah ada anak lelaki ramai, So takdalah duit dan harta semua melayang kepada orang lain dripada kelurga sendiri kan.
Anak lelakinya penyelamat… Alhamdullilah dalam 1 tahun macamtu kes selesai. Proses jadi rumit apabila masuk campur keluarga arwah isterinya yang tamak tu.
Kak Nur pun bukan lah pakar sangat bab pembahagian harta ni, tapi boleh lah advice client beza wasiat/ Faraid/ hibah ni.
Okay kesimpulanya slowly you all kena tahu juga ilmu kewangan ni. Kebanyakan kes rumah nama bersama kerana DSR (Burst), maka perlu atas 2 nama… Boleh saja, tapi kena tahu risiko nya dan cara mengurangkan risiko nya..haaa macamtu.
Haaa apa lagi, Sila muncul pakar kewangan & Wasiat/ Hibah untuk bantu para pembaca ya.
Ok baik lah…. buat masa ni itu sahaja perkongsian untuk harini. Hehehehehe..
Terima kasih kerana sudi membaca.
– Nur Atikah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit