Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Disini sebenarnya saya ingin meluahkan perasaan mengenai isu process pernikahan semasa musim pkp.
Baru baru ini PKP 2.0 telah dilancarkan pada 13hb β 26hb Januari.
Seperti yang semua tahu, semasa zaman2 COVID 19 untuk merancang sebuah pernikahan and resepi adalah sesuatu perkara yang bukan mudah. Ada siap postpone perkahwinan sampai 7 kali semasa PKP.
Secara umumnya, pada PKP 2.0 semua pernikahan dijalankan samada melalui online ataupon dengan SOP yang ketat.
Cuma ada rasa terkilan sedikit kerana semasa musim PKP 2.0, semua borang2 pernikahan tidak boleh di process atau boleh dihantar pada pejabat agama atas alasan kita sedang PKP dan pihak PAID tidak berjumpa dengan orang awam.
Ini kerana seperti yang kita tahu, sekarang adalah zaman COVID 19. COVID 19 akan mengambil masa untuk dihapuskan dengan adanya vaccine yang telah dirancang oleh Kerajaan.
Jadi bagi saya, sepatutnya pihak yang tertentu dalam bahagian pernikahan seharusnya berbincang strategic bagi membantu bakal-bakal pengantin bagi memudahkan urusan mereka.
Istilah untuk menghantar borang secara manual seharusnya TIADA dalam minda kita.
Terdapat pelbagai alternatif yang boleh dilaksanakan.
1. Borang seharusnya dihantar melalui POS ataupon Online (Scan dan email). Jikalau ingin mengenalpasti muka bakal pengantin, boleh video call.
2. Jikalau memang perlu untuk manual, maka sediakan drive thru kaunter untuk kite drive dan submit/ ambil borang kite accordingly.
3. Hapuskan tempoh deadline 90 hari/ 30 hari kerana kite tidak akan tahu bile PKP akan dilaksanakan ataupon ditamatkan.
4. Bagi pengantin yang sudah pon berdaftar di masjid dengan Tok Kadi dimasjid, mereka boleh diberi alternatif untuk berkahwin online dengan Tok Kadi masjid.
Ini sebab Tok Kadi jugak adalah orang yang diiktiraf oleh PAID dan ia melalui online maka tiada risiko untuk di jangkit COVID 19. PAID jugak tidak akan jadi sesak dengan ramai pengantin.
Saya paham yang sekarang ini kita semua sedang membanteras COVID 19 tapi saya harap sangat pihak atas mampu membantu bakal bakal pengantin mendirikan masjid.
Setidak tidaknya permudahkan urusan borang dan pernikahan bakal pengantin.
Terima kasih… Andai ada yang tersilap kata saya memohon sepuluh jari meminta ampun.
– Anonymous (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit