Luahan Si Sulung

Hi semua. Aku sulung dari 6 beradik dan bersyukur masih ada kedua dua ibu bapa juga punya kerja yang tetap bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan di kuala lumpur tapi berjauhan dengan keluarga ku, T.T , tak naik kapal terbang tak sampai kampung ku.

Aku masih berharap ada bas balik ke kampung tapi itu mustahil. Disebabkan PKP ni dah batalkan dua kali nak balik, bazir cuti aku. Tapi tidak apa asalkan keluarga aku selamat dan baik saja di sana.

Aku berjauhan dengan keluarga demi diri sendiri dan bantu keluarga ku. Ayah dan ibu kerja biasa saja dan kami sekeluarga hidup sederhana. Adik adik dah dewasa, ada yang dah berkahwin, ada yang bekerja dan ada masih belajar di IPT.

Aku mampu bantu ayah ibu ku dan kirimkan sedikit juga untuk atok dan nenek ku,bmereka tempat ku bermain duluuu dan tempat aku akan dapat makanan banyak haha. Mana mungkin aku lupa mereka.

Oh adik ku sayang juga aku bagi walau bukan setiap bulan tapi bila ada yang nak topup, okay type nombor, kejap lagi masuk. Ada yang nak beli itu ini lah, siap bagi link shopee, okay tunggu hujung bulan, haha.

Aku jauh tidak tahu keadaan mereka di sana, aku cuma dapat bagi apa yang mereka nak yang mana aku mampu.

Itu sedikit permulaan, apa yang aku nak ceritakan adalah aku anak sulung sama seperti anak sulung seperjuangan yang lain yang macam cuba untuk kuat depan semua orang tapi tiada seorang nampak penderitaan dia. Aku penat namun tetap kuat dalam bersendirian.

Aku tidak pernah meluahkan segala cerita, segala masalah apa yang aku hadapi dari aku masa belajar tinggal di kampus dan sampai lah bekerja tinggal di rumah sewa. Aku terbiasa hidup sendiri, aku tidak mahu bebankan ibu bapa aku, ada hal lain mereka perlu pikirkan untuk adik adik lain.

Aku tidak pernah lupa mereka walau berjauhan. Rumah di kampung bukan besar yang boleh tampung kami 8 orang sekeluarga bila semua dah dewasa, lain lah masa kecil boleh tidur merata rumah atok nenek pun boleh.

Itu salah satu sebab aku pilih berjauhan. Aku rindu dari kejauhan disini. Aku penat dan stress tiada siapa tempat meluahkan segala rasa apa yang ada di dalam hati. Aku tahu Tuhan ada, aku solat walau ada yang tertinggal atau solat di hujung waktu.

Ya aku tahu aku perlu perbaiki itu. Aku meluahkan denganNya, menangis dan marah di sujudku. Aku tahu Dia mengetahui segala sesuatu yang ada di dalam hati kecil kita semua dan Dia tahu dan dengar.

Dia tidak akan membebani kita lebih dari apa yang kita tidak mampu hadapi. Aku percaya dan yakin di setiap sabar pasti akan ada berita gembira. Namun aku perlukan teman. Oh lupa nak bagitahu, aku perempuan dan 28 tahun, angka saja tu yang penting muka muda tauuu haha.

Bukan aku tiada kawan baik, ada tapi meraka pun ada kehidupan masing masing dan berjauhan dari aku. Mereka tahu aku jenis tidak meluahkan apa yang aku hadapi sorang sorang, ada lah aku cerita sedikit tu pun tentang kerja stress haha tapi mereka tetap berkongsi cerita mereka.

Kalau bukan cerita tentang orang orang di tempat kerja, cerita tentang dah jumpa tak jodoh haha dan topik PKP makin meningkat macamana nak balik ni, i-Sinar dan i-Lestari pun ada yang mana aku tahu macamana nak mohon haha.

Aku jenis bangun, kerja, balik, dan ulang semula, oh dengan cerita k drama semasa waktu cuti ku. Dan cerita kawan aku ni membuatkan aku akan lupa tentang stressnya kerja ku dan memikirkan kehidupan ku.

Aku bersyukur punya kawan seperti mereka walau bukan selalu chat/ call tapi dah sekali on call memang lama.

Aku stress dengan kerja ku semasa waktu kerja di tempat kerja, ye lah mana tak, nak layan pelanggan yang nak bijak tapi tak juga, entah lah layan kan saja bak kata kawan sekerja aku tadi, haha.

Bila aku dah balik rumah aku akan lupakan semua tentang kerja sebab aku tahu esok kerja lagi weh, hari baru dan pelanggan baru dan stress tetap sama huhu.

Walau kadang ada hari hari aku dah balik masih teringat tentang kerja, aku masih boleh kawal tahap stress aku.

Kalau aku telampau penat aku akan tertidur sendiri dan kalau tak akan mula overthinking semua benda, kerja + jodoh + nak nangis haha. Sekali tu saja tau aku guna pekataan english, jap lagi ada kena kecam nak campur bahasa, yelah dah.

Umur 28 tahun dan sebaya aku ni yang masih belum bertemu jodoh, siapa saja yang tidak risau, aku paham kawan seperjuanganku, macam mana perasaan dikeliling dengan yang dah bertunang dan berkahwin dan ada yang menunggu masa melahirkan anak.

Ada masa masa aku menangis semahu kenapa aku dipertemukan dengan lelaki yang sia sia yang pada akhirnya aku sedar dia bukan, bukan jodoh ku.

Aku memohon selalu di sejak akhir ini untuk dipertemukan jodoh dipertunjukkan siapa dia sebenar benarnya. Aku masih bersabar dan yakin akan diberikan terbaik bagi ku.

Semoga aku dikurniakan suami yang terbaik dari sisiNya, yang menjadi sahabatku untuk urusan agama, urusan dunia dan urusan akhirat.

Dan semoga keluarga suami ku menyayangi aku seperti mana mereka sayang akan dia. Ada saja aku berkenalan tapi masih belum jumpa yang serius ke arah membina masa depan bersama ceh.

Tolonglah cepat muncul wahai jodohku, aku dah penat mencari dan menunggu haha. Masih bersyukur keluarga ku bukan jenis yang akan paksa untuk berkahwin awal ke apa, mereka lebih kepada kerja baik baik dan simpan harta untuk diri sendiri dulu.

Aku tahu perancangan Allah terbaik dari perancangan kita, Dia dah susun elok cuma mungkin belum masanya untuk aku.

Kita semua ada timeline masing masing tidak cepat atau tidak lambat, Dia tahu. Aku doakan semoga dipermudahkan semua urusan kalian. Aku perlukan doa baik baik dan kata semangat dari kalian.

Aku masih kuat dan selamat atas doa doa dari keluarga ku, walau aku tidak pernah cerita apa yang terjadi di setiap cerita kehidupan ku. Terima kasih bagi yang membaca habis cerita ku, tahu bosan. Thanks tau min dah post kan haha. Take care korang.

– Anna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *