Benarkah Anak Yang Baik Pasti Jadi Suami Yang Baik?

Assalamu’alaikum wbt. Saya ingin kongsi pengalaman peribadi saya. Ia bukan hasil kajian walau telah agak ramai orang yang saya temui nasibnya seperti saya.

Jadi sempena PKP tak dapat sangat ke sana ke mari, saya harap dengan menulis kisah ini, saya dapat memberi satu perspektif yang bolehlah difikirkan oleh pembaca.

Saya sangat berharap ia akan membantu seseorang di luar sana, samada dalam membuat pertimbangan, sebagai pengajaran/ panduan atau lebih baik lagi untuk baiki/ muhasabah diri.

Saya dari dulu sering mendengar formula mencari suami yang baik ialah dengan melihat hubungan lelaki itu dengan keluarganya.

Jika dia berbuat baik terhadap ibu bapa & adik beradik, pasti dia akan lebih-lebih lagi menjaga keluarganya sendiri nanti. Maka, saya yakin dgn doktrin itu & Allah jodohkan saya dgn lelaki serupa itu.

Di peringkat awal perkahwinan, saya memang telah sedia maklum dia perlu berbakti kepada orang tua & perlu bantu adik-adik yang masih belajar.

Jadi saya urus diri sendiri, malah saya turut bahagia berkorban untuk meningkatkan kehidupan keluarganya di kampung yang daif.

Namun saya mula terasa apabila saya telah melahirkan anak & keluarga kita semakin besar tetapi keutamaan dia tetap ibu bapa & adik beradik.

Ringkasnya, isteri pandai-pandailah hidup & pandai-pandailah besarkan anak-anak. Saya sukar nak cerita detail kerana kisahnya berselirat & kecewanya teramat. Perkara ini berlaku lebih kurang 20 tahun lamanya.

Saya cuba summarize kan. ..

Suami saya adalah seorang yang baik secara amnya. Dia bukan kaki pompuan, judi atau hisap dadah. Dia merupakan tonggak keluarga kerana anak sulung dari keluarga yang susah.

Bila dia dah mula bekerja, bapanya harap dia tanggung adik-adik walaupun bapanya masih muda & bertenaga untuk bekerja. Bila dah bermenantu, dengan saya pun kena bantu.

Alhamdulillah, saya anggap ia satu peluang berbuat baik kepada mertua & ipar duai kerana saya sendiri tiada orang tua & adik beradik saya tak perlukan bantuan kewangan daripada saya.

Namun apa yang saya sangka sementara rupanya menjadi selamanya. Suami saya sentiasa mengutamakan keluarga dia.

Mereka perlu duit, dia sedaya upaya sediakan sedangkan nafkah kepada isteri diabaikan. Mungkin sebab dia benarkan saya bekerja jadi dia rasa saya patut tanggung semua.

Entahlah. Ini juga adalah pemikiran yang ditanam oleh ayahnya yang berpendapat perempuan dah ada gaji tak perlu duit laki.

Rumah, perbelanjaan rumahtangga & keperluan anak-anak semuanya dia tak bertanggungjawab. Duit dia untuk diri dia, mak bapak dia & adik beradik dia, mungkin juga kawan dia. Ok fine, takpelah saya pun mampu.

Bab kasih sayang, perhatian, masa, dll.. inilah yang lebih mengecewakan.. Saya akan beri beberapa contoh.

Masa anak kami sakit & bapak dia suruh balik kampung sebab nak sembelih lembu, dia balik. Dia tak dapat nilaikan priority hal antara hidup dgn mati. orang lain pulak yang bawak kami pergi ke hospital.

Bila saya sakit, saya drive sendiri ke hospital, dia tak lawat pun, bila discaj pun, drive sendiri balik rumah. Tapi bila adik dia sakit, dia punya gabra, boleh pulak tinggal kerja untuk uruskan walau kena rentas Negeri.

Bila saya ajak ke mana-mana, mesti dia mengelak dengan alasan ada kerja sedangkan urus anak sedara pergi balik sekolah boleh pulak adjust masa.

Apa sahaja berkenaan keluarganya semua betul, yang salah sentiasa orang lain. Bila ada yang jenis tak sembahyang, salah Kerajaan. Bila bergaduh, salah jiran & kawan. Bila malas, ada alasan. Bila tak kerja, tak apa.

Yang paling tak tahan penampilan alim di hadapan orang, pakai kopiah & tudung labuh, parti agama, rajin ke kuliah agama, sekolah agama & graduan agama tapi mulut & perangai, Ya Astaghfirullahal’adzim, Tuhan sahaja yang tahu.

Saya tak generalize ye, ini spesifik mengenai mereka sahaja. Secara lisan atau WhatsApp, selamba membawang, merendahkan orang lain & mencarut, memang kalau tengok luaran, takkan sangka langsung.

Semoga Allah kurniakan taufik & hidayahNya kepada mereka yang berpendidikan Agama agar berakhlak seiring dgn kehendak Agama. Aamiin.

Saya nak ingatkan kepada diri saya & semua, cuba pikirkan kita ni macam mana. Ada tak kita aniaya orang apabila kita sangat kuat semangat kekeluargaan?

Alangkan Rasulullah pun bersabda, kalau anaknya salah, tetap akan menerima hukuman. Ini bermakna kita dianjurkan untuk berlaku adil. Baikkah anak kita kalau belikan kita kereta tetapi tak tanggung anak bini.

Baikkah abang kita kalau tanggung kita belajar tapi anak sendiri belajar tak keluar duit sesen pun. Baikkah lelaki itu kalau sangat menjaga kebajikan Mak Pak, adik beradik & anak sedara tapi kalau bini sakit tak peduli langsung.

Baikkah lelaki itu kalau tak gheti duduk rumah tapi boleh lepak di kedai mengopi, merokok berjam2 dgn kawan2 tiap malam.

Baikkah dia kalau dengan kawan & keluarga rancak berborak tapi dengan isteri, message pun tak berjawab.

Mereka bangga dengan anak/ abagi mereka yang hebat ketika mereka mengetahui dia suami yang tidak bertanggungjawab (Saya maklumkan keluarga tetapi kerana ayahnya perangai serupa, susah nak harap mereka menegur dia).

Saya ada anak lelaki & saya bangga suami berbakti kepada orang tua & saya harap dia akan mencontohi bapanya tetapi itu pemikiran saya semasa muda belia.

Sekarang ye, saya berdoa anak akan berbuat baik dgn ibunya hingga saya menjadi Penghuni alam barzakh tetapi saya akan malu & sedih kalau dia tak pandai jaga anak isterinya. Nau’zubillahi minzalik. Kerana itu juga merupakan tiketnya ke syurga.

Berbalik kepada suami saya & rumahtangga saya, akhirnya saya give up. Dari kecik sampai anak besar panjang, dia begitulah. Keluarganya didahulukan dalam apa juga keadaan.

Dulu sebelum kawin saya hanya bayangkan suami tolong mertua dgn pastikan mereka cukup makan, ada kenaikan, ada rumah selesa, sakit & kebajikan terbela, biaya pergi haji serta bantu lah keperluan masa adik2 belajar.

Rupanya bukan setakat belajar; nak tunang, nak kawin, nak cari kerja, nak tumpang rumah, nak beli rumah, nak beli kereta, nak mula niaga, sakit pening & apa sahajalah, bergantung kepada dia sehingga tua.

Bukanlah saya kisah kalau dia boleh adil. Alangkah baiknya jika dia manusia yang boleh rai keluarganya sehingga tahap itu & pada masa yang sama, cintakan kami jugak sebegitu. Malangnya, masa, affection & duitnya tertumpu di ‘sinun’, yang tertumpah kepada kami sangatlah sedikit.

Sekali lagi saya nak cakap suami saya ni bukannya tak baik tetapi saya telah sampai ke satu kesimpulan dia punya wiring dan programming adalah keluarga,

Kalau keluarga dia susah & dia mesti bantu & itulah matlamat kehidupan dia & dia rasa fulfilled, puas serta berjaya hanya dengan berkhidmat kepada keluarga dia.

Mungkin dah kena brainwashed dari kecik, mungkin itu nilai yang ditanam di kalangan keluarga mereka sejak dahulu. Jadilah dia seorang anak yang taat, abang yang terbaik tetapi suami yang gagal.

Sebagai seorang bapa, saya tak nak menilai. Walaupun ada anak beri komen mengenai bapanya tapi tak sesuai rasanya untuk saya kongsi di sini bagi pihak mereka.

Saya juga simpulkan kasih dia kepada keluarga memang tidak berbelah bahagi sebab tulah kalau salah pun, tetap akan dimenangkan sedangkan kita tak dapat pembelaan bila dizalimi, disakiti hati & diabaikan hak nafkah.

Bila mereka dah kukuh kewangan, sikap mereka begitu sombong seolah2 lupa their humble beginnings dan pihak yang membantu mereka ketika susah dulu.

Saya dah lama minta berpisah kerana saya rasa sangat terhina bila tak layak dapat apa-apa daripada dia. Saya pikir saya mungkin bukan isteri yang cukup bagus sehingga tak dapat raih kasih sayangnya, masanya & duitnya sedangkan dia berbangga dia adalah jutawan.

Tapi dia bermatian tak nak lepaskan saya & saya syak sebab dia malu kalau kami bercerai & nanti orang tahu sebabnya. Almaklum dari luar nampak hebat, jenis setiap waktu di masjid & surau serta berjaya di mata masyarakat dari segi fizikal & material.

Tapi akhirnya, saya berlalu pergi juga. Saya tanya anak-anak, sampai bila saya nak settle for less. Sampai bila saya nak biar dipinggirkan.

Doakan kami anak beranak bahagia & berjaya dunia akhirat. Saya bukan muda, tak perlu kejar cinta dunia dari suami yang hanya menggunakan kita untuk kepentingan dia & keluarganya. Lebih baik kejar cinta Pencipta kerana tak lama lagi saya akan pulang ke situ jugak.

Wallahuta’ala hua’lam bissawab.

*Punyalah nak bagi summary tapi bila spontan rasa nak menulis, panjang pula jadi & habis 3 jam menaip. Harap sangat ianya satu perkongsian yang bermanfaat.

Yang ikhlas & insaf,

– Ketumbar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

— Tracking Info —

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *