Nafkah Untukku

Assalamualaikum wbt. Saya Anne, umur 20-an, baru kahwin tahun lepas.

Saya nak cerita pasal nafkah. Saya agak keliru, adakah saya terlalu berkira, atau suami yang tak jalankan tanggung jawab nafkah zahir, atau saya yang tak faham pasal nafkah, saya pun tak tahu.

Selepas kami bertunang pada 2019, kami ada buat satu tabung.. Tujuan tabung tu, boleh guna untuk vacation, umrah etc.

Sebulan kami masuk sorang dalam RM200-300 macam tu. Jadi, sebelum kami nikah, duit dalam tabung tu ada Β±8k.

Keluarga saya minta duit hantaran sebanyak 15k, sebabnya ni kira nilai semasa la kat sini.

Saya rasa nilai ni tak begitu membebankan tunang saya, sebab kerja dia ok juga la, alhamdulillah, maksud saya, takde la sampai kena ikat perut sebab nak kumpul duit hantaran.

Beberapa bulan sebelum nikah, en tunang nak minta diskaun duit hantaran kepada 13k. Tapi, saya tak setuju. Salah satu sebab, en tunang ni bukanlah menantu pilihan.

Jadi, saya malas la nak demand lebih2 dengan keluarga saya kan.. Mereka restu saya nak kawin pun dah cukup baik, ni nak minta diskaun pulak.

Akhirnya, en tunang bagi 13k je, tapi masukkan dalam tabung kami.. Kan dah ada duit dia gak dalam tabung tu, kira lebih kurang halal la, huhu.

Saya malas nak complicatedkan masalah ni. So, settle bab hantaran.

Tapi, saya hanya gunakan 8k sahaja untuk majlis kahwin.. Yang lain semua guna duit saya sendiri + duit salam kaut. Baki tu saya letak je dalam tabung.

Selepas berkahwin, kami PJJ untuk beberapa bulan. & sekarang alhamdulillah dah tinggal bersama dengan menyewa rumah berdekatan tempat kerja en suami.

Masalah bermula apabila semua barang rumah, peti ais, mesin basuh sehingga sekecil-kecil barang, semua guna duit tabung kami, yang mana dalam tu ada duit saya juga.

Bukan ke sediakan tempat tinggal beserta isi2 dalamnya adalah tanggungjawab suami? Sampaikan barang2 dapur pun guna duit tabung. Makanan pun suami kena sediakan, kan?

Saya sebenarnya masih boleh bersabar dengan keadaan ni, cuma saya takut kalau saya biarkan, lama2 suami lepas tangan.

Saya pernah cakap dengan dia sebelum kawin dulu,

“Kalaulah saya boleh share kesakitan mengandung & bersalin, saya akan minta share ngan awak.” Tapi benda tu saya akan rasa sorang2, mana boleh share. Tapi bab nafkah senang2 je dia nak share. Hmm.

Pernah saya minta tolong suami belikan roti, dia beli & nak minta claim sebab guna duit dia. Sabar je la. Tapi saya tak bagi pun. Saya buat2 tak ingat je. Huhu.

Tapi suami saya bab lain alhamdulillah ok. Solat, mengaji, tak pernah marah2 apatah lagi naik tangan, semua ok alhamdulillah.

Perkahwinan kami masih baru, tak sampai setahun lagi. Saya harap saya belum terlambat untuk betulkan keadaan.

Saya agak keliru, adakah saya terlalu berkira, atau suami yang tak jalankan tanggung jawab nafkah zahir, atau saya yang tak faham pasal nafkah, saya pun tak tahu.

– Anne (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *