Nana Ku Sayang

Nama saya Cik Salmah. Maafkan saya kerna menulis dalam keadaan bersedih dan emosi. Saya mempunyai 7 ekor kucing, 4 darinya masih baby.

2 ekor saya rescue 3 tahun lalu, dan seekor awal tahun lalu. Tak sempat saya neutered, seekor mengandung, maka lahirlah 4 ekor baby yang comel.

Selepas lahir baru saya dapat comoletekan vaksin si ibu kerana beliau beranak pada usia muda (6 bulan).

Pada awalnya anak2 kucing saya semua sihat2 comel dan montok. Bella, leo, Nana dan mocha.

Tapi pada suatu hari, Nana tiba2 lumpuh. Saya bawa ke dua buah vet, dan masing2 suspek samada saraf ataupun patah. Jadi dr bekalkan ubat tahan sakit dan ubat saraf.

Tapi setiap kali makan ubat saraf, Nana seakan2 sawan dan menjerit2. Maka saya stopkan ubat saraf.

Selepas 3 minggu ambil ubat tahan sakit, keadaan Nana semakin teruk. Dia menjerit2 bila disentuh, dan ubat tahan sakit sudah tidak mampu meredakan.

Jadi saya bawa ke vet yang ke 3 untuk full blood test. Berdebar2 hati menunggu keputusan.

Keesokkan harinya klinik call untuk maklum keputusan darah. Nana disahkan FIP FIP (Feline Infectious Peritonitis) dry form.

Virus ini menyerang sistem saraf kucing dan selalunya berakhir dengan kematian jika tidak diubati. Dalam kes Nana, saya terlambat diagnose dan Virus telah menyerang otak dan hati.

Saya minta untuk teruskan rawatan dan dr memberikan ubat ubtuk melawan symptom seperti ubat radang dan steroid untuk meredakan sakit yang Nana tanggung.

Dr juga recommend saya untuk cuba drug trial GS 441524 yang ada di pasaran. Ubat ini sangat mahal, RM429 mengikut berat badan, untuk 25 hari.

Sedangkan keseluruhan rawatan memerlukan 80-85 hari.

Tak mahu berputus asa, saya beli ubat tersebut yang mana saya perlu ke vet setiap hari selama 80-85 hari untuk dapatkan khidmat injection ubat tersebut di samping bulanan pemeriksaan darah untuk memantau keberkesanan ubat.

Perit. Sangat perit, emotionally saya tak sanggup lihat Nana sentiasa dalam kesakitan. Walaupun perit poket saya untuk semua kos2 rawatan Nana, tapi demi tak sanggup melihat Nana sakit, saya ikhlaskan hati.

Tapi, selepas selesai treatment planning untuk Nana, tiba2 mocha pula jatuh rebah.

Semua simptom seperti sakit bila disentuh, kaki sentiasa bergetar, tak mampu berdiri dan sentiasa menangis, sebiji macam apa yang Nana sedang alami.

Kali ni saya yakin Mocha juga turut alami nasib yang sama.

Luluh hati saya. Memikirkan nasib anak2 bulus yang comel ini sedang menderita dan memikirkan kos yang sudah jadi berganda.

Esok Nana akan start rawatan FIP, jadi saya mohon kepada semua, untuk doakan kesihatan anak2 bulus saya, dilapangkan rezki kami dan semoga Allah s.w.t memudahkan urusan kami.

Mudah2an ada antara doa kalian yang diangkat dan dimaqbulkan. (T.T)

InsyaAllah, jika diizinkan, saya akan update progress rawatan.

Kepada pemilik kucing yang diuji seperti ini, semoga Allah s.w.t berikan kekuatan dan kesabaran kepada anda semua dalam menghadapi dugaan ini.

Salam sayang,

– Cik Salmah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *