Jangan Bermain Dengan Frasa Ini

Assalamualaikum kepada semua warga IIUMC. Sebelum tu aku perkenalkan diri aku dulu. Nama aku John (bukan nama sebenar) seorang lelaki dan berumur 30an dan masih bujang. Aku bekerja dalam bidang professional di ibu kota.

Rupa aku hanyalah biasa2 saja tak hensem dan tak hodoh sangat and aku mengaku, aku bukan la baik sangat. Boleh dikatakan 50-50 laa.. Ada lebih ada kurang. Biasala manusia tak perfect.

Aku merupakan pengikut tetap IIUMC dan aku terpanggil untuk menulis kali ini selepas membaca confession di laman ini. Kebelakangan ini banyak confessor menulis tentang confession yang berbaur tidak bahagia dalam perhubungan.

Aku menulis confession aku ini kerana aku pon pernah melalui pengalaman yang hampir sama dengan korang dan pengalaman ini telah membuat perasaan sayang dalam hati aku ini sudah hilang.

Mungkin korang akan cakap aku kejam, jahat atau macam2 lagi. Aku cuma ingin kongsi kisah aku agar korang ambil pengajaran dari kisah aku.

Aku harap korang sabar membaca jika kisah ini terlalu panjang. Di akhir kisah ini akan aku tinggalkan nasihat untuk korang.

Kisah ini bermula dengan perkenalan aku dengan ex-girlfriend aku. Aku kenalkan dia sebagai IFA (bukan nama sebenar). IFA ni bagi aku manis juga orangnya dan lebih cantik dari bekas kekasih aku yang sebelumnya. heheheโ€ฆ

Aku menjalin hubungan percintaan dengan IFA selama 5 tahun. Aku berkenalan dengan dia selepas setahun aku menamatkan pengajian aku di peringkat universiti dengan kelulusan Bachelor.

Pada waktu itu aku masih belom bekerja di bidang professional. Aku hanya membantu rakan ku berniaga pakaian yang mana pendapatan aku pada waktu itu mencukupi untuk aku makan dan minum tanpa berhutang dengan orang lain.

Jadi aku agak selesa pada waktu itu dan IFA pada waktu itu bekerja dalam bidang retailing juga dan dia mempunyai kelulusan diploma.

Tetapi setelah beberapa bulan menjalin hubungan dengan IFA kami bergaduh dan dia telah meminta untuk memutuskan perhubungan. Kami bergaduh kerana dia tidak dapat menerima pekerjaan aku, dan dia agak malu untuk aku memperkenalkan aku dengan keluarganya.

Pada waktu itu aku sudah mula sayangkan IFA justeru aku telah berusaha mencari pekerjaan tetap yang sesuai dengan kelulusanku. Setelah sebulan mencari pekerjaan aku ditawarkan pekerjaan yang sesuai dengan kelulusanku di sebuah syarikat swasta dengan gaji yang setimpal.

Setelah itu, aku memujuk IFA dan kami kembali menjalinkan hubungan sebagai kekasih. Tetapi aku pada waktu itu sudah merasakan yang IFA tidak ikhlas dengan aku pada masa yang sama aku masih menyayanginya.

Justeru oleh kerana aku ada perasaan itu aku telah memujuk dia untuk “bersama” walaupun pada awalnya dia menolak tetapi akhirnya kami terlanjur juga.

Aku juga merupakan orang pertama yang bersama dengan dia. Setelah itu kami banyak kali “bersama” bagaikan perbuatan itu bukan satu dosa dan perasaan sayang aku dekat IFA masih tidak hilang.

Kami melalui fasa susah senang bersama. Aku selalu menghantar dia pergi dan balik kerja. Antaranya kami akan bertukar ganti untuk memasak bekal untuk dibawa ke tempat kerja.

Kami tinggal berasingan cuma kawasan rumah kami berdekatan sahaja. Walaupun begitu kami hidup bagai suami isteri.

Tetapi perasaan aku terhadap dia mula luntur sedikit demi sedikit bila setiap kali bergaduh dia akan mengungkapkan frasa MINTAK PUTUS itu.

Tetapi selalunya setelah beberapa minggu atau bulan kami putus kami akan menjalin hubungan semula. Selalunya, IFA la yang memujukku untuk kembali menjalinkan hubungan.

IFA ini juga seringkali bertukar pekerjaan yang mana setiap pekerjaan dia hanya bertahan 1 tahun sahaja. Ada saja yang tak kena dengan setiap pekerjaan itu.

Sedangkan aku masih bertahan di tempat yang sama walaupun melalui pelbagai ujian di tempat pekerjaanku kerana aku masih ada perasaan dekat IFA dan aku serius ingin menghalalkan hubungan kami.

Oleh kerana dia selalu bertukar pekerjaan dia selalu kekurangan wang dan aku lah tempat dia untuk meminjam wang dan dia sangat liat untuk memulangkan wang aku.

Justeru itu, aku telah mula hilang rasa hormat dekat dia dan setiap kali bergaduh aku akan mengungkit tentang wang yang aku pinjamkan kepada dia. Bagi aku dia tak layak untuk menimbulkan apa2 isu kerana dia berhutang dengan aku.

Pada tahun ke-5 dimana tahun akhir hubungan kami. Pada waktu ini kami sudah anggap hubungan ini sekadar kawan sahaja.

Dia ada menyatakan untuk mencari pengganti aku yang mana dia ingin carik lelaki yang lebih baik dari segi perangai dan aku nampak dia keluar dengan lelaki lain di sosial medianya. Tetapi mereka tidak declare lagi hubungan mereka.

Bermula dari situ aku pon mula untuk keluar dengan perempuan lain dan kami berkongsi cerita tentang kami sudah keluar dengan orang lain. Cuma tidak tidur dengan orang lain sahaja lah.

Aku tau dia sukar untuk berpisah dengan aku kerana aku tahu aku ada kelebihan aku sendiri yang bila dibandingkan dengan lelaki lain itu tak ada.

Tetapi akhirnya dia declare dengan seorang lelaki yang dia hanya kenal di sosial media. Lelaki tersebut berada jaoh di perantauan. Pada waktu itu mereka hanya LDR dan IFA masih contact aku.

Justeru aku dapat tau ciri2 lelaki tersebut apabila dia menceritakan perihal lelaki tersebut. Lelaki tersebut bekerja sebagai anggota unit beruniform tetapi hanyalah berpangkat rendah sahaja. Lelaki tersebut tidaklah baik yang disangka.

Aku rasa dia sama je perangainya macam aku setelah aku stalk FB nye. Aku masih sayangkan IFA pada waktu itu tetapi aku tau dia tidak pernah menyayangi aku kerana jika dia sayangkan aku dia tidak akan buat semua perkara seperti MINTAK PUTUS, CARI LAIN dan sebagainya.

Justeru aku lepaskan dia walaupun sukar kerana aku tau dia akan lebih susah dengan lelaki tersebut.

Tetapi selepas a few months officially putus aku telah berkenalan dengan seorang wanita lain yang aku rasakan lebih baik dari IFA.

Walaupun GF aku tidak la secantik IFA tetapi dia lebih stabil dari segi kewangan dan aku dapat rasakan dia sayang dekat aku kerana dia layan aku dengan lebih baik. Bagi aku walaupun dia ada kekurangan tetapi dia ada kelebihan yang lain yang IFA tak ada.

Inilah nasihat aku untuk korang semua.

1. Untuk lelaki semua yang GF atau isteri mereka tidak melayan anda dengan sepatutnya. Tolong fokus sahaja kepada diri anda.

Untuk lelaki yang masih bujang sila lengkapkan diri anda dengan dengan kemahiran pengurusan rumahtangga seperti memasak, mengemas rumah dan sebagainya.

2. Tolong carik duit sebanyak mungkin dan latih diri anda untuk jangan berhutang. Fokus kepada diri anda sahaja.

3. Please always be rational in relationship. Jangan dibutakan dengan sayang sahaja.

Rasional daripada nasihat aku ini ialah, buatkan diri korang untuk tidak bergantung dengan sesiapa. Jika anda mendapat layanan yang tidak sepatutnya, tidak ada sebab lagi untuk anda stay dalam perhubungan tersebut.

Kerana anda boleh menguruskan hidup sendiri dan kenapa perlu stay dengan orang yang membebankan anda. Bagi mereka, sayang anda tidak ada makna. Tanpa mereka, anda masih boleh teroskan hidup kerana anda mempunyai kemahiran seperti yang aku sarankan.

Walaupun nasihat aku ni bunyi macam jahat tetapi bagi aku lebih kejam lagi orang yang layan korang seperti yang tidak sepatutnya.

Di tulis oleh,

– Johnny Pendosa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->ย https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *