Assalamualaikum. Dah lama nak buat confession tentang pahit manis kerja food delivery tapi atas kekangan masa, asyik tak kesampaian.
Haritu ada terbaca pasal luahan seorang wanita tentang rider food delivery kurang ajar (https://iiumc.com/rider-food-delivery-kurang-ajar/), terus rasa nak tulis. Literally bukan nak balas confession wanita itu.
Saya bekerja sebagai rider foodp**** (saya menyatakan direct nama company sebab kejap lagi senang nak clarify masalah sistem foodp****) lebih kurang 2 tahun,
Masih lagi baru nak dibandingkan dengan otai2 tapi dekat sini rata2 karenah customer dan luahan hati dari kawan2 rider saya adalah sama. Antara karenah customer ini adalah :
1. Tiada common sense.
Kenapa tiada common sense sebab dah tahu awak tu order mknn, standby la awal2. Kalau dah tahu condo/ apartment awak tu tak boleh naik, apa salahnya tunggu siap2 dekat bawah.
Lagipun dalam apps foodpanda dah inform semua tentang process penghantaran tu. Contoh rider have picked up the food, rider will be arrived in 5 minutes and etc.
Segala notification tu bukan untuk suka2. Jadi standby siap2 dekatt bawah atau standby phone untuk receive call dari rider. Lepas tu bila rider dah call cakap on the way ke atau tunggu bawah sebab dah nak sampai tu, pergi la tunggu bawah makcik.
Ni bila dah sampai baru nak turun, nak pakai tudung la, jalan pula lenggang kangkong macam nak bersiar2 di taman waktu petang. dekat situ dah bazir masa 15-20 minutes.
Come on la, rider dah la terkejar2 nak hantar order orang lain lagi. Sia2 masa dekat atas moto saya call cakap dah nak sampai kalau sampai2 tapi customer tiada.
Lepas tu bila call tanya boleh pula cakap, “oo dah sampai erk kejap ya saya turun” facepalm!! Baik takyah call dari awal.
Saya sangat respect dengan customer yang dah tunggu bawah siap2, kita mudahkan kerja orang, Allah mudahkan kerja kita.
Jadi kepada customer tolongla tunggu dekat bawah, musim2 pkp ni mostly apartment atau condo memang tak boleh masuk kecuali flat.
2. Menyorok dalam rumah.
Jenis macam ni memang sakit hati, kita nak kena panggil berkali2 baru keluar. Kadang2 satu flat dengar suara rider dah memekak dekat luar rumah.
Dah tahu order makan tu standby la makcik, dalam apps dah bagitahu kan, yang rider dah sampai, atau suruh anak tunggu depan pintu ke apa.
Kalau jenis perempuan yang sewa bilik tu lagi susah. Panggil berkali2 tak keluar, sampai kena goncang grill atau kunci mangga baru keluar.
Saya suka customer yang dah ready dekat depan pintu atau buka pintu siap2, bagi saya customer macam ni adalah customer yang BIJAK.
3. Call unreachable/ not in service/ tak angkat sampai sudah.
Customer macam ni saya tak tau apa masalah dia. Dia fikir order food delivery ni macam order barang dekat shoppee kot, bila dah lepas submit order kena tunggu seminggu barang sampai.
Kadang2 rider call ni sebab tak jumpa alamat, restaurant ada nak tukar items sebab habis stock ke, macam2 lagi la, tapi call sampai sudah tak berangkat. Yang lagi parah call not in service. Lepas tu chat dekat apps tak reply.
4. Customer salah pinned alamat.
Kadang2 customer bila letak current address, dekat apps nanti dia keluar number jalan sahaja.
Sepatutnya dekat remark tu customer boleh detail kan alamat supaya rider tak keliru, atau kalau tempat tu memang susah nak cari, atau rumah customer tiada nombor rumah ke, boleh remark awal2 macam “rumah warna kuning sebelah surau ada kereta myvi.”
5. Bagi duit besar untuk makanan yang harga kecil.
Untuk saya benda ni tiada masalah sangat tapi sebolehnya customer sediakan duit kecil untuk transaction, kadang harga makanan RM12 tapi bagi RM100, rider pula tak sediakan duit banyak dalam pocket, jenuh nak fikir nya.
Kerja rider ni berisiko tinggi macam2 boleh jadi, bawak moto ke sana ke sini, masuk lorong2 kecil tiada orang, macam2 bahaya boleh jadi kena samun ke apa (minta dijauhkan).
Jadi kami rider memang tak simpan banyak duit dalam beg, kalau dah beratus-ratus tu cepat2 pergi banak in. Melainkan grabfood yang memang menggunakan online banaking payment sahaja.
6. Customer impatient/ tak sabar menunggu/ pushy.
Ada segelintir customer yang baru beberapa minit order sudah bertanya “lama lagi ke”.
Perlu diingatkan jika customer order makanan dalam kategori Halal Bites seperti Pizza, ayam goreng Mcd, Chicken Rice, Sushi and etc memang commonly akan kena tunggu lama untuk tunggu proses makanan siap sebab diorang nak jaga kualiti.
Itu belum lagi bila foodpanda buat promosi, ditambah pula seorang rider dapat 3 4 order untuk restaurant yang sama, memang kena tunggu lama makanan untuk sampai silap2 sampai sejam lebih.
Customer menunggu, kami pon menunggu. Tapi tunggu customer tak sama dengan tunggu kami, tunggu kami penuh dengan rasa tidak selesa.
Jadi kalau customer jenis tak penyabar dan lapar sangat, customer boleh sahaja order nasi kukus, ayam penyet atau nasi tomato, yang kategori tu mungkin cepat sampai. Hehe.
Itu adalah antara masalah rider dengan customer yang selalu terjadi. Sebenarnya ada lagi masalah yang besar antara rider dengan company, tapi cukup la sama2 rider sahaja yang tahu.
Kita bekerja untuk hidup, bukan hidup untuk bekerja, dan jangan berbuat zalim sesama manusia.
Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 42 ertinya: βDan janganlah sekali-kali engkau menyangka Allah lalai dari apa yang dilakukan oleh orang-orang yang berbuat zalim. Sesungguhnya Allah menangguhkan mereka sampai hari di mana pandangan-pandangan terbelalak.β
Disini juga saya mewakili rider2 di luar sana termasuklah grabfood, dahmakan, bungkusit dan lain2 ingin memohon maaf atas segala kekurangan kami ketika menyediakan service kepada customers semua.
Mungkin kadang2 kami salah bagi makanan kepada customer atau makanan tak cukup, memang salah kami sebab tak teliti ketika pick up makanan dekat restaurant.
Ada jugak kes makanan rosak sebab kitorang tak boleh kawal makanan dalam beg dekat belakang, kadang2 langgar lubang atau bonggol ke menyebabkan makanan bila dah sampai dah tak cantik.
Tak dinafikan ada jugak riders yang kurang ajar atau tiada attitude dengan customer, tapi saya percaya hanya segelintir sahaja, selebihnya memang ok dengan customer mereka.
Itu sahaja perkongsian saya, bukan nak membebel ke apa, cuma berpesan sahaja, yang mana kurang tu kita sama2 improve baik rider dan customer. Assalamualaikum…
– Mr Laporpo (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Β httapis://iiumc.com/submit