Assalamualaikum gais, nama aku Kembang. Pertama sekali terima kasih minmin sebab sudi siarkan confession aku.
Sebenarnya apa yang aku nak ceritakan ni biasa-biasa je. Topik yang selalu disiarkan kat page ni. Cuma bezanya, ini kisah aku. Sekadar perkongsian dan hiburan di musim PKP 2.0 ni. COVID-19 ni pun dah cukup berat jadi kita cerita santai-santai je ya. Baca sambil ngeteh ke ngopi pun boleh.
Aku nak cerita sikitlah pasal jodoh ni. Aku tahu kat luar sana ramai macam aku. Masih terkapai-kapai mencari jodoh walau usia dah sesuai sangatlah nak berkahwin bak kata mak-mak. Termasuklah mak aku. Bagi aku soal jodoh ni agak rumitlah.
Dah la aku ni jenis yang tak pandai nak bercinta bagai. Acano lah den nak ado pakwe. Aku boleh dikatakan tak boleh bagi komitmen dalam perhubungan, sebab aku tak mampu. Kalau ada pun rasanya dah lama aku kena tinggal. Aku bukanlah gila kerja sangat tapi ada masanya gila juga lah.
Selain tu ada perkara-perkara lain yang aku kena bagi perhatian dulu. Aku taknak jadi stok geli-geli, sembang-sembang sekadar nak hilangkan bosan, atau bersama dengan orang yang memandang enteng setiap hal dalam hidup. Sebab tu aku memilih untuk single.
Ya ini pilihan aku dan aku okay dengan pilihan aku. Aku selesa hidup single sampailah pada satu hari tu Allah jentik hati aku dan hadirkan perasaan-perasaan yang sukar untuk dinyatakan. Masa tu, aku fikir mungkin ini seruan untuk berumahtangga lah. Kot?
Ya aku tahu ya netijen-netijen sekalian bahwa bernikah itu ga hanya pake seruan-seruan gitu loh. Tapi itu kan first stepnya kan? Tanpa seruan ga akan timbulnya perasaan.
Dipendekkan cerita, dalam usaha aku nak cari jodoh ni. Aku ada la tanya seorang lelaki ni. Dia pernah confess kat aku dulu tapi dah lama dah. Aku tanya lah kot-kot dia nak bagi peluang kedua ala-ala lagu Nabila Razali kat aku. Terus terang aku masih tak ada apa-apa perasaan pun kat dia.
Tapi tak salah kan mencuba. Jawapan yang aku terima adalah, dia dah bertunang dan dah nak kahwin tahun 2021 ni. Alamak, rasa bersalah la pulak.
Terus rasa macam adehh, patutnya aku tak tanya. Dan aku pulak idok le rajin nak godek-godek facebook dia. Aku ga mau dianggap PELAKOR seperti Sakinah. Mantap! Jadi, aku doakan dia selamat bernikah dan semoga perkahwinan dia sentiasa dibawah rahmat dan lindungan Allah.
Percubaan aku tak terhenti disitu sahaja, kali ini gue pake mbah dukun! Haha takdelah gurau je. Yang kedua ni aku harus rahsiakan bagaimana kami berjumpa. Jeng jeng jeng.
Dan ditakdirkan Allah, hadirlah satu perasaan. Cinta? Belum lagi. Jatuh hati? Ya. Jadi aku minta tolong sahabat aku untuk jadi perantara.
Aku nak berta’aruf dengan dia. Oh ya, aku sejenis straightforward ya. Daripada dok fikir je lebih baik ambil tindakan. Setiap keputusan yang aku buat ni bukanlah semberono. Banyak hal yang aku dah fikir dan pertimbangkan sebelum buat keputusan untuk hubungi dia.
Aku fikir sedalamnya dan mohon petunjuk Allah, kemudian aku buat. Dan selebihnya aku tawakkal je.
Tak salah pun kalau kau mula dulu. Istilah perigi cari timba dah tak relevan okay. Kamon lah dah 2021 kot. Dia nak atau taknak itu hak dia. Jangan mara aa kalau kena reject.
But guess what guys? Bingo! REJECTED. Tough luck eyy? Katanya masih belum bersedia nak serius dan masih ada perkara yang belum selesai dalam diri dia. Baik, aku terima.
Berterus terang itu lebih baik daripada setuju tapi acuh tak acuh. Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi ya tuan-tuan dan puan-puan. Tapi kita kan perempuan kita ada naluri tu kita ada sense tu. Sixth sense! Yang dia taknak kat kita bukan sebab apa.
Sebab kita ni tak menepati piawaian dia. Yup, he’s an army. Aku memang bagi detail aku semua. Transparent, nothing to hide including my weight. Aku datang daripada keluarga yang biasa, rupa paras juga biasa. Berat aje yang luar biasa. Haha. Taklah sampai 100kg tp masih berat jugak lah.
Tapi yelah soal perasaan ni mana boleh paksa-paksa. Terimalah dengan berlapang dada. Bagi aku perkara ni kena ada mutual intention. Barulah sama-sama menuju je Jannah. Agittew.
Oh iya gais, aku sedar diri jadi aku taklah pilih yang hensem-hensem. Dia tu boleh dikatakan biasa-biasa je lah dari segi rupa.
What makes me fall for him? I have no answer to that. It’s weird but it’s true. You can’t choose whom you gonna fall in love with dear, you just feel it. He against my norms.
First, I hate smoker, unfortunately he smokes. He’s younger than me, I never thought I could fall for adik-adik. Not too young but still there’s age gap, and the last one is he is in military.
Once I wished I don’t want to be with military man – nothing personal it just their nature of work scares me. They work really hard and sacrifice a lot for the country. But one thing I’m afraid the most is, I might lose him. That’s what I thought. Haipp jangan kecam. Raikan perbezaan pendapat ya.
Kadang aku terfikir, ke jodoh aku kat dunia ni dah tak ada? Sambil terbayang..
Dia sedang melambai-lambai dari atas sana sambil berkata;
“Ku menantimu di pintu syurga”
Ahhh sudah..
Tu pun kalau aku masuk syurga dapatlah disatukan, kalau aku masuk pintu lain macam mana? Wuuuu
Eleh korang yang single lama ni mesti pernah fikir macam tu kan? Jangan tipu lah. Tak perlu lah semua benda nak positive. Tu toxic positivity (boleh google ya untuk info lanjut) namanya. Dan fitrah kita ni sebagai manusia, memang ada emosi yang macam-macam.
Kalau ada hari-hari yang kau taknak buat apa-apa dan nak dengar lagu sedih sambil menangis sampai bengkak biji mata tu, buat je lah. Sekurang-kurangnya dapatlah ringankan bebanan dalam hati tu. Yelah tak semua benda kita boleh cerita kat orang kan.
Pernah suatu ketika masa aku Form 5, aku doa moga Allah pelihara hati dan iman aku hanya untuk satu orang iaitu suami aku. Mungkin waktu tu hati aku masih suci jadi doa aku dimakbulkan. Alhamdulillah.
Tapi side effectnya, lambat pulak jodohnya sampai. Haha. Tapi aku tak menyesal pun in fact aku bersyukur Allah gerakkan hati aku untuk doa macam tu.
Sebab sampai hari ni Allah masih pelihara aku daripada perkara-perkara yang tak elok. Alhamdulillah. Mana tahu kan kalau aku tak doa macam tu, aku mungkin diuji dengan perkara-perkara lain. Nauzubillah. Moga aku terus istiqamah dengan pendirian aku.
Dulu aku fikir ikhtiar yang patut aku buat adalah cari ‘orangnya’, tapi ternyata gue salah. Benda ni sebenarnya terpulang pada pilihan, cara dan personaliti masing-masing. Yang penting tidak melanggar perintah Allah.
Tapi, untuk orang macam aku ni ikhtiar yang paling sesuai adalah jaga solat, doa, jaga amalan, dalami ilmu-ilmu agama, ilmu rumahtangga, ilmu pendidikan anak-anak dan perbaiki kelemahan diri.
Semua perubahan ni kena buat niat kerana Allah, bukan kerana manusia. Semoga nanti Allah akan pertemukan kita dengan orang yang mencari Allah juga. InshaAllah. Peringatan ni terutama sekalinya adalah untuk diri aku sendiri.
Aku anggap kenapa Allah lambatkan jodoh aku supaya bila aku kahwin nanti, aku dah persiapkan diri dengan ilmu pernikahan sedikit sebanyak.
Perkahwinan ni bukan atas dasar cinta semata je diknon, disebalik tu banyak lagi yang kau tak nampak. Amanah, tanggungjawab, toleransi antaranya, dan banyak lagi.
Tu kena buat confession lain lah pulak. Nak duduk sebumbung dengan orang lain bukan senang oi. Bagi aku perkahwinan ni satu perjudian, at least aku boleh dapat haji dua tiga biji pun jadilah. Sebab tu aku tak nak tangkap muat.
Kalau aku nak berta’aruf pun, bukan sebulan dua. Sekurang-kurangnya lebih 6 bulan atau sampai aku betul-betul yakin dialah orang yang aku nak buat kawan, suami dan partner in crime.
Dan untuk kalian di luar sana yang sedang berta’aruf, jangan sedih jangan kecewa kalau ta’aruf anda putus di tengah jalan. Ta’aruf hanyalah permulaan proses, tidak semuanya harus berakhir dengan pernikahan.
Tapi yakinlah, akan ada suatu saat nanti Allah hadirkan seorang yang akan menghapuskan semua memori-memori ta’aruf yang tak kesampaian itu. Kalau tidak di dunia, mungkin dia menantimu di pintu syurga? Hihi.
Sehingga waktu itu tiba, teruslah berdoa. Bersabarlah sayang, saat indah kan menjelma jua. Ok aku dah boleh join Inteam.
Terima kasih sebab sudi baca cerita aku yang biasa-biasa ni. Ni pun aku rasa macam panjang je cerita aku. Hehe.
Aku doakan semoga pembaca semua sentiasa dimurahkan rezeki, diberikan kekuatan untuk menghadapi musibah yang melanda dunia sekarang ni dan moga kalian sentiasa dibawah rahmat lindungan Allah.
– Kembang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit