Pengalaman Semasa COVID-19 II

Untuk part I, (https://iiumc.com/pengalaman-semasa-covid-19/).

10.1.2021

Saya pergi kerja macam biasa. Dan saya call KK berdekatan untuk set appoinment. Tetapi KK pula passing-passing baton lepas dengar gejala yang saya alami

. Saya cuma jujur sahaja. Apa yang saya rasa. Tapi bila main tolak-tolak ada juga sedikit geram.

Saya berhajat untuk bertahan lagi sehari. Kerana banyak urusan bank dll yang harus saya selesaikan segera hari ini.

Setelah pulang kerja jam 5 petang. Saya mula rasa semput. Susah bernafas. Makanan yang saya telan rasa seperti terlekat di kerongkong. Mula rasa pelik yang teramat.

“Kak.. Aku tak boleh bernafas ni..” Call kakak yang ada berdekatan rumah. Minta tolong sesegera yang mungkin ke hospital. Of course saya ke hospital swasta dahulu kerana ingin servis yang cepat.

Mula la episod drama.

Saya diasingkan di wad isolasi. Doktor masuk cuma tanya macam biasa gejala yang saya alami. Saya terus terang. Doktor sarankan saya ambil RTK test, ambil darah dan Xray dada.

Akhirnya! saya dapat swab test. Tapi sedih jugalah dah tahap macam ni baru dapat. Cuma saya positif sahaja. Mungkin Tuhan nak uji masa tu.

“Awak dah sakit area 2 minggu ni.. Memang betul ea awak tak keluar red zone?” Soal Doktor 40an dalam full baju PPEnya.

” Ya Doktor.. Saya tak keluar red zone..” Saya tegaskan sedikit dengan nada keras. Suara tak keluar sebab semput teramat dan tengah nab.

Sambil-sambil saya nab. Kakak uruskan diluar semua perkara. Perbincangan demi perbincangan. Masa ni. Saya dah syak saya +ve. Menunggu RTK test dalam masa hampir 1 jam.

Akhirnya RTK test saya keluar keputusanny -ve. Alhamdulillah. Nurse pun masuk tembak X-Ray hanya di wad isolasi tu. Saya tak dipindahkan ke wad lain lagi.

Jam menunjukkan 9.00 malam. Saya solat hormat waktu. Dalam keadaan tak berdaya dan tak boleh keluar dari bilik isolasi.

“X-ray Cik X ni.. Erm.. Ada jangkitan virus pada paru-paru kiri. Serius. Walaupun RTK -ve kami sarankan Cik X ke Hospital Besar untuk buat ujian PCR sekali warded dekat sana..” Jelas doktor.

Saya memerhati Xray dada saya. Sebahagian besar paru-paru kiri saya sudah putih. Saya disahkan ada penyakit Left Lobar Pnuemonia. Simptom ini adalah simptom tahap 3,4 dan 5 yang ada pada pesakit Covid-19.

“Saya tak boleh ke buat PCR kat sini Doktor? Uruskan disini semuanya saya tak ada masalah” Saya cuma fikir yang pantas sahaja ketika itu. Supaya saya boleh baring dan rehat. Saya betul-betul penat.

“Maaf Cik X.. Kalau buat PCR disini lepas tu nak tunggu result sehari dua sambil Cik X kuarentin dirumah, kami takut Cik X tiba-tiba sakit teruk dirumah.. Kami sarankan Cik X ke Hospital Besar sesegera yang mungkin. Jangan tangguh dah..” Jelas doktor lagi.

Saya sedikit hairan. Tapi lama-lama saya faham bila fikir balik. Hospital swasta ini sedang menolak kes saya. Kerana dia bimbang PCR test saya +ve Covid. Jadi dia tolak kes saya ke Hospital Besar.

Doktor jelaskan juga Doktor Pakar tidak berani ambil kes saya sebab sebelum ni ada kes sama lebih kurang macam saya. Bila ambil test PCR dan warded disana. Ternyata dia +ve Covid.

Jadi malam makin larut dan saya makin penat. Saya bersetuju saja ke Hospital Besar. Ikut saja apa pun proses kedepan. Asalkan saya dapat rehat. Ambulans membawa saya sudah sedia diluar.

“Doktor tak nak cabut jarum saya?” Saja saya menduga.

“Tak perlu.” Balasnya ringkas.

Semua doktor dan nurse sudah menjaga jarak dengan saya. Inilah perasaan pertama yang saya rasa. Saya diasingkan dan saya rasa terasing. Walaupun RTK -ve. Senyum saja.

Jam menunjukkan 11 malam. Saya tiba di Hospital Besar. Manusia masih belum berhenti datang ke Kecemasan. Ramai manusia.

“RTK -ve kenapa Cik ke sini?” Dr perempuan bercemin mata agak garang telah hati saya.

“Hospital X suruh saya refer Hospital Besar” Jawab saya ringkas. Doktor terdiam dan terus menjalankan tugasnya.

Kalut. Boleh kata itulah suasana di Kecemasan walaupun jam hampir menunjukkan 12 tengah malam. Dengan jumlah kecil Doktor. Kebanyakannya perempuan. Lengkap berPPE dan ada juga Doktor yang sedang hamil. Lengkap berbaju PPE.

Saya cuma memerhati. Saya tak dapat tidur. Ada 2 katil sahaja di ruang kecemasan. Bilik sempit dengan alatan yang banyak. Disitulah berkumpul orang sakit dengan pelbagai lapisan umur.

“Ni anak sakit apa makcik?” Doktor garang tadi bertanya.

” Tak tahu Doktor.. Ada macam demam sikit dan selesema.. Rasanya bengkak gusi.. ” Si anak masih sibuk matanya melihat kartun di handfon.

” Dik.. Buka mulut…”

“Ni bengkak gusi je ni. Sepatutnya Puan ke klinik gigi. Jangan datang kecemasan kes macam ni. Sini kami terima pesakit Covid. Siapa-siapa sahaja mungkin ada.

Maaf saya tegur. Puan datang pakai mask.. Anaknya tidak.. Tak boleh macam ni Puan.. Elok anak sihat.. Boleh dapat penyakit datang sini..” Agak kasar tapi benar tegurannya.

Semua yang masuk silih berganti dari tadi semua yang mempunyai simptom yang lebih berat. Datang dari sejarah perjalanan ke red zone.

Saya duduk dihujung kepala katil. Menjaga jarak. Tetap disitu tidak berganjak. Orang masuk silih berganti. Tanpa henti. Tangan Doktor pun tak ada rehat. Kiri kanan uruskan pesakit, data pesakit, pesakit covid dll lagi.

“Cik X ke bilik sebelah ye.. Saya nak check jantung..” Saya terus bergerak pantas.

“Cik X rasa macam mana sekarang? Ada sakit lagi dekat dada?”

“Ada lagi Doktor..” Tanpa bercakap panjang doktor masukkan satu das antibiotik. Suruh saya baring sambil dia terkejar-kejar sediakan alatan saya dan uruskan beberapa pesakit lagi. Lama saya menunggu.

“Ambulans dah sampai!” Tiba-tiba bunyi gamat bilik sebelah. Bilik asal saya duduk tadi. Dengan segera Doktor yang nak check jantung saya berlari mendapatkan saya.

“Maaf Cik X.. Saya tak sempat nak check jantung Cik X.. Erm.. Cik X kena pindah bilik sebelah. Bilik ni kami nak terima pesakit +ve Covid..Ambulans dah sampai.. Maaf ye Cik..”

“Ehh.. Takpe-takpe…” Saya terus bangun dan beredar sesegera yang mungkin. Takut mula menyelubungi diri saya.

Jam berlalu perlahan. Saya tetap bertahan. Cuma fikir nak naik wad sahaja masa ni. Nak mandi dan solat. Nak baring dan rehat.

“Hello.. Katil dah ada kosong belum?” Terdengar suara Doktor menghubungi talian wad diatas.

Saya dari jam 11 malam sehingga jam 2 pagi masih di wad kecemasan. Belum dapat naik ke atas. Manusia juga masih belum berhenti disini.

“Ohh.. Ok.. Ok..” Doktor meletakkan ganggang.

“Maaf ye Cik X. Tak dapat masuk wad lagi. Sebab diorang tengah cuci wad. Tadi ada kes +ve Covid”.

Saya terdiam. Tanpa respon. Terus sel-sel otak berhubung. Persoalan demi persoalan. Adakah saya dimasukkan ke wad isolasi lagi? Tapi takkan wad Covid kot? Saya bukan sakit Covid.

Mata sudah tidak mahu pejam hinggalah jam menjejak 4 pagi.

“Mana pesakit tu?” Seorang lelaki berbaju lengkap PPE. Sambil ditangannya menolak wheelchair.

“Tu doktor.. Kesian Cik X dah 6jam tunggu..” Doktor sekadar bergurau.

Saya cuba senyum dengan gurauan Doktor. Saya duduk atas wheelchair dengan beberapa barang keperluan yang dah saya sediakan jika masuk wad.

Sunyi jam 4 pagi. Lalu dekat guard pun guard tidur sambil duduk. Masuk lif. Ada beberapa soalan dari Doktor yang menolak saya. Doktor tolak? Ya Doktor tolak. Saya fikir mungkin kerana tenaga kerja sudah tidak ramai jam ini.

Wad 5 (X)

Ya Rabbi nak luruh jantung. Masuk sahaja. Saya nampak sejumlah katil berjarak. Manusia semuanya berPPE.

Wad di tapekan dengan tape merah putih menandakan wad ini dilarang masuk. Kebanyakan yang sudah berada di dalam wad ini. Menggunakan alat penafasan.

Saya rasa nak nangis. Bila saya nampak katil saya masih basah.

“Maaf ye Cik X. Kami baru basuh katil ni. Tadi ada kes +ve Covid. Pastikan Cik X pakai mask 24jam kat sini. Tidur pun pakai mask. Tandas kalau boleh kurangkan pergi. Jangan banyak berjalan dan duduk sahaja dikatil.

Semua yang ada dalam ni sedang menunggu result PCR. Kemungkinan ada +ve siapa sahaja mungkin +ve. Jadi jaga jarak. Jangan banyak gerak.. ” Pesan ringkas dari seorang nurse.

Saya terdiam. Ketika ini. Jujur. Saya rasa takut dan nak balik..

– Cik X (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *