Hikmah Ujian

Assalamualaikum. Saya Ayu (nama samaran). Saya tidak pandai sangat menulis cuma saya teringin nak berkongsi cerita sebagai pedoman untuk kita semua.

Sejak kecik saya tidak pernah dapat kasih sayang seorang ayah walaupun saya ada ayah kandung. Hanya mak sahaja yang banyak berkorban untuk keluarga membesarkan kami anak beranak.

Bukan mudah nak hadapi ujian ini tanpa ketua keluarga. Ayah saya tak pernah balik atas sebab tertentu sejak saya berusia 4 tahun. Lepas ayah masuk penjara dulu, ayah dah tidak pernah balik dah.

Saya sulung dan masih ada 2 lagi adik beradik. Sejak daripada kecil kehidupan sangat susah tapi subhanallah cukup walaupun gaji mak hanyalah RM500 sebulan.

Dulu keluarga saya sering dihina. Selalu dikatakan perkahwinan mak ayah tidak berkat, tiada restu sebab tu smua adik beradik saya bermasalah masa tu.

Semua tu terakam dalam minda daripada kecil smpai saya besar. Tambahan pulak adik beradik saya semua lelaki hanya Allah je yang tahu perasaan saya masa tu sangat sedih.

Mak saya apatah lagi sampai kurus kering sebab tertekan dengan cakap orang, masalah keluarga dan masalah kewangan ketika itu.

Zaman sekolah dulu adik bradik terlibat dengan dadah. Kedua adik beradik saya ada kes polis dan sampai naik mahkamah pulak tu dan saya hanya mampu menangis.

Masa tu teringat kuatnya mak sebab sabar dengan kerenah anak2. Saya kesian dekat mak dan hanya mampu bagi kata semangat walaupun kita tak lah sekuat mana.

Masa tu saya sangat beremosi dan depression dalam keadaan saya tidak sedar. Semasa di matrikulasi saya banyak berdiam diri, tidak suka berkawan sangat.

Saya menyendiri tapi dalam hati saya cuba nak lawan sebab saya sangat lonely masa tu. Memang sangat kemurungan masa tu belum lagi ujian semasa di matrikulasi yang pelik2 ada housemate yang suka clubbing dan sebagainya. Redha je masa tu.

25 tahun berlalu, ujian yang saya hadapi saya terima dan redha. Saya sentiasa merasai saya tidak disayangi. Pernah terasa hati dengan famly sedara sebab selalu berkata negative pasal keluarga saya.

“Family tak berkat, tak dapat restu sebab tu semua anak beranak jadi macam tu”. Sedih saya mendengarnya dan kata kata itu terngiang ngiang di minda saya. Malah banyak lagi kata2 negatif yang tidak mampu diungkap di sini.

Daripada kecil saya sentiasa ingat dan susah untuk lupa tapi saya pujuk hati untuk redha dan maafkan. Betapa berjuangnya saya melawan perasaan supaya redha dan maaf.

Dulu saya pernah mengurung diri dalam bilik, lama sebab tak nak berjumpa sesiapa. Saya depress dengan kata2 orang pada keluarga saya. Kadang zaman sekolah tinggal di asrama tak nak balik rumah sebab stress.

Pernah tumpang tido di rumah kawan. Tak mampu nak hadap keluarga sendiri sebab kalau balik mesti ada saje isu yang menyakitkan hati. Rasa terhina, rasa sedih hanya Allah yang tahu.

Saya seorang perempuan dan jiwa perempuan ni dia nakkan kasih sayang bukan penghinaan. Tapi saya cuba positive dan fikir mungkin mereka kurang ilmu.

Apabila saya intern dulu alhamdulillah saya dapat jejak ayah saya melalui seorang kawan. Masa tu saya nak cari wali. Memang yakin jela pada Allah akhirnya dapat jugak phone number ayah. Syukur alhamdulillah.

Saya takkan lupa jasa kawan saya tu. Tapi akhirnya saya putus. Saya tak jadi berkahwin sebab masa tu dia kembali semula pada ex nya secara tiba2 tapi saya redha sajelah masa tu.

First time patah hati dan pada msa yang sama diuji jugak dengan ujian berat di tempat kerja. Saya terduduk dan menangis.

Syukur saya dikurniakan sahabat yang baik di rumah sewa. Dia ajak saya untuk tahajjud. Saya syukur sebab ada housemate yang tak tinggal tahajjud. Melalui dia saya banyak luah dan minta nasihat juga.

Begitulah di setiap ujian ada sahaja kebaikan Allah pada kita. Allah kurniakan sahabat yang baik. Saya jugak alihkan perhatian dengan sibukkan diri dengan kerja kebajikan.

Kemudian, saya terus contact ayah sampai sekarang tetapi tidak berpeluang lagi jumpa atas faktor tertentu. Sekarang alhamdulillah berjaya jugak satukan kembali mak dan ayah yang sudah lama berpisah dulu.

Syukur mereka decide untuk berkahwin. Saya cuma nak tengok mak bahagia. Mak tidak pernah berkahwin dengan sesiapa lepas cerai sebab fikir nak besarkan anak.

Saya dapat merasai penyesalan ayah saya dan saya tahu je ayah saya jugak sayangkan anak. Cuma malu nak balik atas sebab kesilapan lampau dan malu juga dengzn orang kampung.

Ayah saya pernah cakap kalau anak2 tanak ambil tahu pasal dia pon dia tidak kisah, dan kalau nak letak di rumah orang tua pon tidak kisah.

Tapi saya tidak pernah ada niat nak buat macam tu. Selagi mana saya hidup selagi tulah berusaha untuk berbakti. Lupakan kisah lama, maafkan dan berbahagia dengan kehidupan sekarang.

Selama 27 tahun, saya tidak pernah merasai kasih sayang seorang ayah. Apatah lagi adik bongsu saya langsung tidak mengenali.

Kadangkala saya cemburu juga tengok keluarga orang lain yang lengkap serba serbi. Time raya tidak rasa happy. Mampu doa je untuk merawat duka. Apabila remaja lagila beremosi.

Namun sekarang, saya bersayaukur Allah masih berikan saya peluang untuk berjumpa. Jujur saya tidak pernah menyangka akn berjumpa sebab saya tiada apa2 info mengenai ayah sendiri melainkan nombor kad pengenalan lama.

Tapi apabila Allah berkehendak, pasti berlaku. Apa yang saya nampak perjalanan hidup kita ni Allah sudah tetapkan. Segala yang berlaku pasti ada hikmahNya.

Doa saya termakbul setelah 2+ tahun hadapi pelbagai rintangan dan dugaan yang tidak mampu saya tulis di sini. Ingatlah kalau kita redha apa jua yang Allah tentukan, Allah akan tambah nikmatnya pada kita.

Adik bradik saya sudah berubah walaupun tidak sepenuhnya tapi saya nampak diaorang berubah. Alhamdulillah. Sedikit demi sedikit Allah angkat ujian berat yang Allah beri.

Kuasa doa tu jangan pandang remeh. Banyakkan bersyukur, sentiasa bertaubat atas salah silap. Sentiasa maafkan orang kalau nak hati kita tenang. Semua orang ada salah dan silap kerana kita tidak sempurna.

Tidak salah memberi maaf malah Allah cukupkan lagi rezeki kita dengan asbab maafkan orang. Berusahalah maafkan, tambah ilmu dan amal, perbaiki diri kita sebab diri kita pon tidak sempurna serba serbi.

Sekarang saya diuji lagi dalam perhubungn. Pasangan saya diuji dengan santau dan sihir. Mohon doa daripada semua semoga Allah berikan kesembuhan padanya. Sentiasalah redha dengan apa jua yang datang dalam hdup kita. Bersangka baik dengan takdir Allah sebab sgala takdirNya baik belaka.

Tulisan saya untuk mengingatkn yang Allah Maha Berkuasa atas Kita. Kita hanyalah hamba. Allah boleh angkat balik semuanya sekelip mata kalau Allah berkehendak. Tenangkan hati dengan zikrullah.

Ini antara amalan yang saya nak share untuk menguatkan hati kita supaya tenang dan redha. Amalkan di pagi hari. Setiap orang lain amalannya. Antara amalan yang sering saya amalkan dan memang ternyata jiwa memang akan jadi tenang insyaaAllah.

1. Selawat 1000 kali sehari.

2. Istighfar 1000 kali sehari.

3. Mathurat, Al Quran.

4. Dengar majlis ilmu. Pagi2 banyakkan dengar ceramah. saya suka 7am club sebab daripada situ saya dapat banyak tips untuk tenang. Setiap jam 7am saya akan ikuti perkongsian bersama Prof Muhaya.

5. Youtube- banyakkan mendengar perkara yang baik dan bermanfaat dan kurangkan tengok gosip.

Saya doakan sahabat di luar sana sentiasa tenang dan kuat saat diuji. Sedih tu normal tapi sentiasalah berpaut pada Allah supaya kita sentiasa redha dan kuat. Sentiasa dengar majlis ilmu yang mengingatkan tentang akhirat.

Setiap orang lain ujiannya tapi Allah takkan sesekali menguji kita di luar kemampuan. Allah sayang Kita.

Yakin dengan janji Allah yang Maha Penyayang. Redha dan sabar Allah pasti bantu. Allah memberikan kita ujian dan Allah jugalah yamg akan menyelesaikan selagi kita redha. Sekiranya bukan di dunia Allah simpan di akhirat. Yakinlah.

InsyaaAllah.

Unconditional Love,

– Ayu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *