Melayu dan Inferiority Complex

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Thanks banyak2 kalau sudi publish tulisan aku ya admin iiumc.

Aku terasa nak mengarang sikit selepas aku terbaca sebuah hantaran di FB oleh seorang public figure ni. Beliau popular di twitter dan juga salah seorang speaker di channel ML Studios.

Seorang yang memang berpengetahuan, pandai dan kira idola jugaklah bagi aku yang jahil lagi ni. So aku creditkan some of main points dalam coretan aku ni kepada beliau ye.

Hantaran yang beliau buat tu dah dalam 2-3 minggu sebenarnya mengenai respon segelintir orang kita terhadap penjelasan bumi berputar laju dari sudut sains.

Beliau menyentuh mengenai sikap tipikal bangsa Melayu kita yang banyak sangat rasa inferior dalam macam-macam benda khususnya bidang sains. Sebab rasa inferior? Kurangnya kemajuan atau takde kelebihan dalam bidang tersebut dibandingkan bangsa2 lain.

Kalau ikutkan definisi Google, ciri2 inferiority complex ni antaranya rasa rendah diri, kurang keyakinan diri dan suka menyendiri.

Tapi setelah aku amati, untuk bangsa Melayu kita ni special sebab ada “self-defense mechanism” dia iaitu by “acting more superior than others”. Cara dia adalah dengan memetik butang agama untuk mematikan sesuatu hujah atau menutup kelemahan sendiri.

Dalam bahasa mudah, orang Melayu kita ni tetap NAK JUGAK MENANG dan tunjuk kehandalan diorang kononnya guna dalil agama.

Perlu difahami disini bukannya segala dalil itu tak betul, tapi dalil2 tersebut TIDAK BERCANGGAH dengan segala macam fakta penerangan sains yang ditemui hasil kajian2 yang dijalankan.

Tapi orang Melayu kita, diorang ambil dalil2 tersebur untuk MENENTANG FAKTA SAINS seolah2 menggambarkan Islam dan sains itu bertentangan sesama sendiri. Ramai orang Melayu kita sangat gagal memahami bahawa ISLAM DAN SAINS BERGERAK SEIRING.

Sememangnya Islam tidak memerlukan sains untuk dibuktikan kebenarannya tetapi kajian sains merupakan salah satu cara kita manusia boleh gunakan untuk merungkai kebijaksanaan Allah SWT dan kehebatan ciptaanNya sedikit demi sedikit.

Pada pendapat aku secara peribadi, kita bangsa Melayu tidaklah inferior sangat pun dalam bidang ilmu khususnya sains ni. Jenguklah universiti2 kita berduyun2 pakar dan professor Melayu dalam bidang masing2 yang aktif bergiat dalam kajian2.

Tapi ramai rakyat Malaysia dan orang Melayu sendiri tak tahu dan tak ambil tahu. Sudahnya terjebak tenggelam dalam konspirasi kebodohan tak bertebing.

Berdasarkan pemerhatian aku, terlalu banyak sangat lagi contoh inferiority complex dalam bangsa Melayu.

Kadangkala, penunggangan agama oleh bangsa Melayu kita adalah untuk kepentingan dan keuntungan sendiri. Satu lagi senario yang terlalu kerap kita nampak kat Malaysia ialah penjual2 produk khususnya yang jual produk sunnah.

Tagline simple “ilmu Allah itu luas”, produk2 yang dijual tu bagus sebab sunnah Nabi semata2. Daftar dan jual makanan tapi claim sebagai ubat. Tak perlu kajian clinical trials whatsoever cukup dengan “ilmu Allah luas” saja terus claim mujarab.

Bila ada doktor2 dan pakar2 tegur, dikatanya dengki. Dan inferiority complex mereka diatasi dengan memfitnah ubat2 hospital agen Yahudi konspirasi Dajal etc. Disuruhnya tinggal segala rawatan hospital dan pilih produk sunnah yang dijualnya.

Perkara ni sebenarnya sangat teruk sampai wujudnya terma “perubatan Islam” yang guna kaedah2 tradisional herba etc,

Di mana penggunaan istilah ini seolah2 menggambarkan perubatan moden ubat2an hospital semuanya tak Islamik walhal kebanyakan kakitangan kesihatan itu sendiri orang Islam.

Contoh lain, bab korea kpop etc. Bila dah dengki, macam2 la orang Melayu kita kata dan buat kan? Kalau tak dengki takdenye nak ambil kisah.

Nampak saja orang minat Korea sikit terus petik semua dalil quran hadis yang takde kaitan, transform jadi ustaz jadian ceramah pasal hiburan akhir zaman la.

Tak kurang juga accuse semua artis diorang buat plastic surgery walaupun tak semua. Hakikatnya, orang sebegini dengki dan inferior sebab mereka yang Korea ni lagi ada rupa dan industri hiburan mereka jauh lebih berjaya.

Last contoh daripada aku, inferiority complex ni wujud jugak dalam kalangan generasi berbeza. Nak tunjuk generasi sendiri lebih hebat, kena la burukkan generasi2 yang lebih muda.

So muncul la ayat2 basi “zaman aku dulu lagi susah lagi hebat legend bla bla” + “budak zaman sekarang manja blabla”.

To summarise, bila bangsa kita ni dengki dan rasa inferior, automatik akan tunggang agama guna dalil2 etc utk rasa diri superior dan lebih baik dari mereka yang didengki tu.

Kesimpulannya, kalau kita bangsa Melayu stay dalam inferiority complex dan kedengkian serta keep on tunggang agama, kita tak akan kemana2 pun jauh lagi nak maju kedepan.

Masih awal lagi di tahun 2021 semoga lebih ramai lagi orang Melayu insaf dan berubah. Aku sayang bangsa Melayu aku dan aku nak tengok bangsa Melayu jadi lebih berpendidikan dari sekarang ni. Adios.

– Bukan anti-Melayu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *