Untuk part I, (https://iiumc.com/toxic-family-sejauh-manakah-yang-kau-rasa/).
Assalammualaikum sahabat2 IIUM Confession. Bagi yang tak kenal, aku ada share confession sebelum ini berkaitan toxic family. Aku perkenalkan diri aku sekali lagi, Kim (bukan nama sebenar).
First sekali aku nak mohon maaf kalau penulisan aku tidak dapat memuaskan semua orang, aku bukan penulis, aku cuma seorang lelaki yang cuba untuk meluahkan apa yang terpendam.
Terima kasih pada sahabat yang sudi mendoakan, terima kasih atas komen yang positif, terharu, sebak, menangis aku baca setiap komen yang ada. Aku kenang setiap yang mendoakan.
Dan tak lepas jua yang meminta untuk aku kisahkan bahagian 2 tentang perjalanan hidup aku secara lebih terperinci.
Maaf niat aku cuma untuk meluah rasa, tapi tak sangka ada yang tidak berpuas hati, tertanya2, meninggalkan seribu persoalan pada setiap pembaca. Jadi akan aku cuba untuk ceritakan lebih terperinci dan ini mungkin yang terakhir dari aku.
Maaf kalau cerita ini terlalu panjang, aku cuma akan menceritakan ‘highlight’ yang mungkin menarik secara berperingkat dari kecil hingga dewasa kerana takut kalian bosan kerana kisah hidup aku hanyalah sebagai ‘punching bag’ sepanjang 17 tahun aku hidup bersama keluarga.
Kalau masih tidak berpuas hati, aku mohon maaf kepada semua. Ini cerita yang sangat panjang kerana ramai yang ingin details kehidupan aku sebagai anak buangan.
Bismillah, aku mulakan cerita, kejadian sebelum 10 tahun yang lalu. Aku ingat lagi waktu sekolah rendah, segala pakaianku semuanya dari pakaian lama abangku.
Pernah aku minta untuk dibelikan pakaian baru, yang aku dapat hanyalah cacian. Setiap hari tengok kawan2 pergi sekolah berpakaian baru.
Pergi sekolah aku tak dapat duit belanja macam orang lain, yang aku ada cumalah bekal diatas ihsan orang lain, kadang aku meminta pada guru2, tengok kawan makan sedap, siapa tak teringin kan nak makan sedap jugak ?
Saat kawan2 lain bermain, aku dikurung didalam rumah, pernah juga berkali2 aku cuba keluar senyap2, walaupun tahu akibat dari perbuatan aku, aku cuma seorang budak yang ingin bermain dizaman kanak2 aku.
Iya, tiba di rumah aku dirotan di betis berkali2 disertakan cacian “Anak tak guna, menyusahkan aku.” Bagi aku itu hanya perkara biasa, yang aku mahukan hanya keseronokkan bermain diluar, bebas walaupun akhirnya takut2 untuk pulang ke rumah.
Adik beradik ? Aku punyai 12 adik beradik, seperti yang boleh kalian bayangkan, iya aku disisihkan. Kadang tu jadi mangsa pukul abang, kakak. Apakan daya, aku cuma seorang budak mentah.
Disaat aku meningkat remaja, aku mula diperkenalkan dengan sebatang rokok yang akhirnya aku tumpas sehingga sekarang, aku seorang ‘heavy smoker’.
Sehinggalah aku ke tingkatan 3, dimana semuanya bermula. Aku dibuang sekolah akibat rokok. Cikgu panggil ibubapa aku datang ke sekolah, ayah aku datang kesekolah.
Minta maaf, didepan guru disiplin aku ditampar sekuat hati, terduduk aku menangis seorang diri. Ayah pun berlalu pergi balik ke rumah.
Selepas itu, aku habiskan masa sepanjang hari hingga ke lewat malam berjalan seorang diri, mengenangkan nasib yang akan aku lalui bila tiba di rumah. Ketakutan, ketakutan menguasai diri aku.
Aku ingat lagi, tepat pukul 1 pagi, aku tiba dirumah. Sedaya upaya aku cuba untuk balik ke rumah dengan senyap sekali. Semua telah tidur.
Terbit rasa lega buat seketika. Aku mandi, tidur diruang tamu, semuanya secara senyap2 tanpa mengeluarkan sedikit bunyi.
Sangkaanku meleset, yang aku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya ribut di tengah hari. Sedang aku cuba tidur memikirkan apa yang aku bakal lalui esok pagi, secara tiba2 badanku dipijak oleh ayah.
Masih segar dalam ingatan, buat pertama kali aku rasa saat nyawa berada dihujung tanduk, paru2 ku terhentak, aku tidak dapat bernafas, seakan2 nyawa ikan aku cuba mencari kekuatan.
Begitu peritnya, itulah keadaan paling menyakitkan aku pernah hadapi. Selepas aku berjaya mendapatkan udara, perkara pertama yang aku cuba lakukan ialah lari.
Kelakar, tapi itu hakikat yang terjadi, aku cuba lari keluar rumah dengan keadaan yang sangat terkejut. Tapi cubaan aku hanyalah sia2.
Aku dibelasah teruk, dimaki dihina, malam yang menyakitkan tu, tak ada seorang pun yang berani bersuara. Semua terjaga dari lena, hanya diam membisu melihat aku diperlakukan tak ubah seperti binatang.
Aku berniat untuk lari rumah, tapi aku tidak punya lagi kekuatan untuk meninggalkan rumah kelahiran aku. Jadi aku hanya cuba hidup seperi biasa. Aku mula mencari kerja akibat dihari siang aku dihalau keluar tak boleh pulang selagi belum maghrib sehingga aku dapat kerja.
Alhamdulillah, rezeki aku dapat bekerja disebuah restoran, sejak itu aku mula kumpul duit walaupun tiap kali gaji duit aku dipaksa beri pada ayah dan adikberadik lain.
2012, 10 tahun yang lalu, ketika aku berumur 17 tahun. Tahun dimana orang lain didalam dilema tentang khabar angin hari kiamat, aku disini dalam ketakutan mencari jalan bagaimana untuk meneruskan hidup.
Malam itu, aku sedang makan, secara tiba2 sumpah demi Allah aku tak tahu apa sebabnya, pinggan nasi ku dilempar, rambutku ditarik ditampar sehingga belakang kepalaku bertemu dinding, sangat kuat yang membuatkan alam berpusing seketika.
Aku dipukul, dimaki, dihina depan ibu dan adik2ku oleh ayahku sendiri. Beg aku diambil pakaianku hanya 2 helai, dicampak keluar dari rumah, aku ditendang sehingga aku keluar dari rumah. Ayah menjerit,
“Kau keluar dari rumah ni, mulai sekarang kalau aku nampak muka kau lagi dekat sini, mati kau aku kerjakan anak tak guna!”
Dengan sedu tangisan, aku gagahkan berdiri, dikutip satu persatu pakaian dan beg, aku melangkah pergi untuk selamanya tanpa aku toleh lagi kebelakang.
Aku berlari dalam kepekatan malam tanpa arah tuju sehingga aku sampai dipadang taman permainan, demi Allah terbaring menangis, meraung, tersedu2 dalam dakapan sendiri ibarat seorang bayi yang dahagakan susu ibunya sampai ke pagi.
Azan subuh berkumandang, aku masih lagi tersedu, aku bangkit cuba mencari sisa kekuatan. Langkah aku mulakan, aku cuba pergi kerumah satu2nya sahabat dunia akhirat aku.
Aku minta pertolongan darinya. Disebabkan dia masih remaja seusia aku, dia cuma mampu mengadukan pada emaknya tentang aku. Emaknya suruh aku merantau, bawa diri aku jauh dari kampung halaman.
Masih segar lagi nasihat seseorang yang sangat ikhlas dari mulut seorang emak yang aku sangat hargai.
“Kim, makcik tak mampu nak tolong banyak, makcik cuma mampu bagi kamu sedikit duit, dan makcik belikan tiket bas untuk kamu,
Pergilah bawa diri jauh dari sini, mungkin tak ada siapa yang suka kamu dekat sini, makcik percaya akan ada yang terima kamu disana. Jaga diri baik2, Allah adalah sebaik2 pertolongan.”
Terima kasih makcik, berkat nasihat dan pertolongan ikhlas makcik.
Bermulalah kisah aku sebagai seorang musafir. Aku datang sehelai sepinggang, cuba mencari kerja di sebuah restoran di utara tanah air.
Aku kenal dengan 3 orang sahabat, perkenalan ini lah yang menjerumuskan aku dalam taik dadah. Dibutakan dengan janji manis tentang keseronokkan dadah, aku mula menjadi seorang penagih.
Aku tidak pernah beli dadah, semuanya sahabat aku yang belanja asalkan aku beri dia tumpang bilikku untuk menagih. Bilik aku ibarat ‘dapur’ bagi penagih. Sehingga aku menyewa bilik sendiri setelah bertahun duduk di asrama pekerja.
Sejak aku menyewa, aku makin kerap dengan khayalan penangan ‘ice’. Aku mula mabuk, arak, dadah, perempuan itu menjadi permainan aku.
Aku makin lupa, khayal, tenggelam dalam hiburan yang sementara, aku jadi lupa, aku terpesong jauh dari agama.
Aku mula mengukir tatu dibadan, mula dengan tatu kecil di jari sehingga ke tatu yang lebih ganas di dada. Badanku bertatu. Saat ini aku sudah jauh terpesong. Semuanya akibat penangan si kecil cilik ‘ice’ yang merosakkan segalanya.
Semuanya bermula dari khianat seorang sahabat. Kawan yang aku anggap sahabat, yang merosakkan aku terjerumus kedalam najis dadah, mengkhianati aku.
Dia cuba untuk menghantar santau kepadaku tapi entah macam mana tak terkena. Semua ini aku tahu dari kawan yang sama2 menagih.
Sejak itu, permulaan hidup aku yang sebenar, aku diberi hidayah. Aku tekad untuk ubah diri aku, aku berjaya keluar dari perangkap dadah. Alhamdulillah dengan izin Yang Maha Besar, hidup aku berubah total.
Aku mula dekatkan diri dengan Tuhan. Aku masuk ke masjid2, walaupun dipermulaannya aku sering dipandang hina kerana tatu yang terukir, aku tetap teruskan perjuangan aku sehinggalah masyarakat mula menerima aku. Ada yang menjadi kawan sehingga ke hari ini.
Aku bersyukur pada Tuhan yang maha Kuasa, atas redha dan belas kasihan dariNya, aku masih diberi peluang untuk bertaubat dan bina kehidupan yang baru.
Yang bertanya tentang keadaan aku, alhamdulillah aku ada segalanya, walaupun masih banyak kekurangan, kehidupan aku stabil. Cuma aku belum bersedia untuk mencari Ketua bidadari Syurga aku kelak disana.
Sahabat sekalian, kehadiran aku di IIUM Confession bukanlah untuk memburukkan sesiapa. Niat dihati cuma ingin meluahkan, berkongsi cerita yang boleh dijadikan iktibar dan pengajaran buat sahabat2 yang sedang berhadapan dengan ‘toxic family’.
Hidup ini ada pasang surutnya, andai kita rasa ujian yang diberi amat susah untuk kita, ketahuilah sahabat, ada yang lebih susah di luar sana.
Buat sahabat2 di luar sana, berjuanglah sehabis baik untuk dirimu. Jangan berserah mencari kebahagiaan kerana ia akan datang kepadamu sendiri sehinggakan kamu tidak tahu apa itu erti luka.
Buat ibu, aku bukan tidak jumpa jalan pulang, aku bukan tidak rindu. Cuma hati kecil ini masih menunggu jemputan darimu.
Jika ajal yang menjemputku dahulu, izinkanlah darah yang tumpah dari rahim mu itu mengalir bersama redha darimu, kerana sesungguhnya aku tidak pernah layak untuk menerima kebaikanmu membesarkanku walaupun hanya sementara.
Akhir kalam dari aku buat sahabat yang senasib diluar sana, tetaplah berjuang. Jauhilah dadah. Dadah pembunuh dalam diam. Ia mungkin tidak membunuh nyawamu, tapi ia membunuh kehidupanmu.
Maaf kalau kehadiran aku bertatu membuatkan kalian menilai aku tanpa ketahui jalan ceritaku. Sesungguhnya aku manusia yang tak lepas dari kesilapan.
Maaf kalau cerita ini masih belum mampu memuaskan hati semua orang, maaf jika cerita ini terlalu panjang. Percaya atau tidak, ini kisah benar sepanjang hidup aku.
Jika kamu tak pernah merasa kehidupan seperti ini, janganlah kamu menilai kisah hidup orang yang berjuang menghadap ‘toxic family’ kerana sebenarnya ramai lagi yang menghadap kisah yang sama diluar sana. Lain orang lain cara, lain kisah lain kes bicara.
Ini yang terakhir dariku, Kim, Assalammualaikum.
Toxic Family: Ketika hidupku dilanda badai, terus berjuang atau cabut lari ?
– Kim (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit