Assalamualaikum semua. Terima kasih admin jika post confession saya ni. Sebelum saya menulis, saya berdoa agar luahan saya ni jadi pedoman dan bukan niat saya untuk memalukan sesiapa.
Saya sudah berkahwin, dan selalu berkunjung ke rumah mertua untuk ziarah keluarga mertua yang dah uzur. Keluarga saya dan mertua bukanlah kuat agama. Tapi asas ibadah iaitu solat keluarga saya dah didik dan tekankan dari kecil.
Pasangan saya Alhamdulillah, walaupun mungkin dulunya lalai tapi selepas berkahwin masing2 saling mengingatkan. Saya pun tak terlepas melakukan dosa, bab solat ni kadang2 ada juga terleka. Tapi ni bukan alasan untuk saya kata perkara ni biasa dan tak salah.
Kisah saya ni tentang ipar duai saya. Awal2 perkahwinan saya perasan mereka ni macam tak solat jika berkumpul ramai2. Sebab kami ni kalau berkumpul, kongsi bilik nak solat. Tapi mereka ni santai je berborak dari mula sampai rumah mertua hingga la nak pulang nanti.
Saya mula2 tak nak masuk campur tentang ipar duai. Sebab saya tahu adatnya, kalau terlalu menyibuk nanti bermasam muka.
Mertua saya ni bukan lah tegas orangnya, pada waktu2 dah uzur ni rasanya dah tak perlu mereka nak bertegas lagi kan bab solat? Tapi saya agak pelik sebab mertua saya ni selalu pesan pada saya dan pasangan supaya solat dahulu sebelum keluar rumah.
Sentiasa ingatkan kami tentang solat, tapi tidak pada mereka. Saya pun tak pasti kalau mertua saya dah cukup berusaha dari awal tapi tidak berjaya. Saya ahli baru keluarga, jadi saya lihat apa yang ada depan mata je, tak perlu saya nak siasat atau ambil tahu lebih2.
Lama kelamaan saya rasa sedih tengok keadaan ni. Lalai tu bukan tak sengaja, tapi disengajakan. Dan keadaan ni boleh berlaku dalam rumah. Luar rumah tak usah kata la. Sampai saya cakap pada pasangan saya, tak apa lah mereka tak solat janji kita selesai tanggungjawab.
Keadaan ni buat kami rasa segan tau nak menyinggah rumah ipar duai. Kami pula yang takut orang fikir kami ni nak menunjuk alim. Datang rumah siap nak tumpang solat. Jadi kami akan mengelak dengan cara solat lah di mana2 dulu sebelum sampai ke rumah mereka ni.
Benarlah baris lirik nasyid tu kan, iman tak dapat diwarisi. Sebaik mana pun ibu dan bapa, belum tentu anak2 turut sifat yang sama.
Saya tak menyalahkan kedua mertua saya, kerana saya percaya tanggungjawab mendidik tu sudah terlunas sebab mereka pun dah dewasa dan berkeluarga.
Apa yang saya mampu lakukan sekarang cuma cegah dengan hati je lah. Saya tak mampu lagi untuk menegur kerana tak mahu bermasam muka sesama sendiri. Sebalik rasa sedih tu, saya kesian pada anak2 mereka. Anak2 buah saya dihantar untuk mengaji dan belajar solat.
Tapi bila mereka nak solat, atau ikut saya solat mereka diperli pula. Saya bayangkan macam mana anak2 nak mempraktikkan sesuatu kalau ibu bapanya tak menjadi contoh.
Saya takut sebenarnya waktu menulis ni. Takut saya ni berlagak pula. Tapi percayalah, tujuan saya ni cuma harap agar mereka ni terbuka hati untuk solat.
Dan semoga segala didikan dan kebaikan mertua saya dalam mendidik anak2 mereka sewaktu kecil sehingga sekarang diberkati Allah. Jangan lah kerana kelalaian mereka, segala kebaikan dan amalan mertua di dunia ni ditolak oleh Allah.
Saya selalu teringat kata2 seorang tour guide sewaktu saya ke Indonesia. Semua maklum di sana bukan semua beragam Islam, dan mereka sangat terbuka mengamalkan agama masing2 walaupun bersebelahan masjid dan gereja.
Apa yang tour guide saya tu kata “Mereka ni (yang bukan Islam), walaupun kena keluar wang untuk ibadah (beli barang2 pemujaan) mereka tetap buat, tapi kita ni yang tak perlu bersusah payah pun tidak solat”. Makan dalam ayat tu dan penuh makna.
Moga kita semua dijauhkan dari nikmat dunia yang terus melalaikan, dan terus diberi nikmat dalam keadaan Allah murka. Kerana nikmat itu ada dua makna. Sebagai tanda kasihNya atau sebagai tanda Allah menjauhkan diri kita dariNya.
Doakan saya sabar dan keluarga kami sentiasa dalam redha Allah. InsyaAllah.
Wasalam.
– Anonymous (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit