Hai.. Assalamua’laikum.. Ada yang triggered dengan tajuk ni? Untuk pengetahuan semua, tajuk ni bukan kiasan. Aku memang nak kita semua bersikap buruk. Jom baca dulu tips aku nak bagi ni.
So, apa sikap buruk yang boleh kita amalkan ni? Okay yang pertama sekali ialah,
1) Sikap buruk sangka dengan orang. Kita ni, suka sangat kan bersangka buruk dengan orang sekeliling kita?
So apa kata kali ni, ‘orang’ yang kita nak sangka buruk tu kita tak tujukan untuk orang sekeliling, tapi ‘orang’ itu adalah diri sendiri. Senang cerita, pandang cermin nampak muka sendiri.
Masa kita nak cakap pasal orang tu, cuba kita andaikan yang kita nak ckp tu adalah pasal kita. Mesti kita tak jadi cakap kan?
Okay contohnya, kalau diberi satu kertas, disuruh tulis kebaikan diri, tak boleh ada sikap rendah diri dan kebaikan itu mesti ditulis dengan jujur, mesti tak tersenarai betul tak? Banyak sangat nak kena tulis.
Dan diberi lagi satu kertas untuk tulis buruk orang, ambik contoh jiran sendiri.. lagilah banyak kertas yang diguna.
Sekarang ni cuba tukar. Kertas yang kita tulis buruk orang tu kita letak “ini perangai aku” dan kertas yang kita tulis baik kita, kita letak “ini perangai jiran aku”.
Baca dan fahami kertas tu, betul tak itu sikap buruk dia?
Atau itu hanya perangai dia yang kita reka sebab sakit hati, sebab dendam, sebab cemburu, macam² sebab lagi lah dan kita tulis macam tu sebab hati ni dah rosak berkarat. Tanya lagi pada hati, aku atau dia yang buruk sebenarnya?
2) Yang kedua, kembar D iaitu Dengki dan Dendam. Dengki dengan orang berjaya, kita mesti nak berjaya jugak macam dia.
Kalau dia boleh kenapa aku tak boleh! Dengan syarat jangan mengapa-apakan orang yang kita dengki tu. Banyak benda kita boleh buat dengan dengki dan dendam ni.
Ni pengalaman aku sendiri. Pasal cikgu yang suka pandang rendah dekat aku.
Pasal cikgu yang memalukan aku. Pasal cikgu yang tak pandang aku dan tak beri semangat pada aku atau erti kata lain sangat pilih kasih sebab dalam kelas dia sayang sorang je.
Ni memang negative lah sebab aku cemburu betul waktu tu. Haha. Rasa dianaktirikan.
So aku dengki dengan budak tu kan, aku belajar betul-betul sampai grade aku lagi tinggi dari dia.
Sebenarnya aku nak cakap dekat cikgu tu, sebab dia pilih kasih tu dah memalukan diri dia sendiri. Ingat orang lain tak boleh berjaya ke tanpa bantuan dia.
Tapi dah berjaya jangan riak. Ingat semua kejayaan tu bukan dari kita sendiri, tapi sebab Allah mengizinkan kita berusaha.
3) Next ialah marah.
Adik tak tolong ambik remote, marah. Mak masak lauk favourite kakak, marah (sebab kita tak suka makan). Kawan bahan, marah (padahal sendiri suka bahan orang). Salah tulis, marah. Tv takde cite best, marah. Itu je lah kerjanya. Marah marah marah.
Marah ni best kan? Mana tak best nya, dah syaitan pun suka. Tapi ni marah yabg negative, dan jangan buat!
So macam mana nak amalkan sifat marah ini? Kita boleh cuba untuk marah kepada benda yang berdosa, untuk kita elak benda itu daripada mendosakan kita.
Contoh macam, “hhhh aku ni asyik biar je mak buat kerja. Cuba lah tolong-tolong sikit mak dekat dapur tu…” Contoh lah, marah diri sendiri.
Kalau nak marah dgn benda yang betul-betul buat kita tak puas hati, marah esok. Tangguh. Hari ni simpan dulu, esok je marah. Tangguh ni boleh aplikasikan untuk nafsu. Ni adalah point yang ke 4.
4) Tangguh. Macam yang aku cakap, benda ni boleh diaplikasikan untuk nafsu.
Pertama, nafsu syahwat. Kadang-kadang ada manusia yang sangat ketagih dengan ona*i, dia cari benda yang boleh buat dia puas. So cuba tangguh esok je buat benda tu.
Bila dah esoknya, cuba tangguh esok lagi. Bila dah esok, tangguh lagi esok. Dan begitulah seterusnya sampai Abang Jamil pulang ke rahmatullah.
Atau boleh juga guna benda yang sama kalau nak sangat beli benda yang kalau difikir-fikir balik tak ada faedah untuk kita sangat pun.
Contoh, meja makan untuk 8 orang. Padahal keluarga kecik, kawan pun tak ada, keluarga pun tak peduli. Tak payah beli. Beli ikut kemampuan. (Tapi asal macam sedih sangat contoh aku bagi tu? Haha)
5) Seterusnya, pemalas. Malas lah nak buat benda jahat hari ni. Malas nak benci orang. Semalam dah benci dah lah. Hari ni sampai bila-bila tak payah benci lagi.
Malas lah nak solat lambat. Asyik solat lambat je. Hari ni dan sampai forever pun cuba solat awal. Malas nak mengumpat, mulai hari ni aku nak cuba doakan dia pulak.
Malas nak mengeluh, mulai hari ni aku nak belajar bersyukur. Apa lagi yang nak dimalaskan? Haa silakan malas.
Banyak lagi sebenarnya sifat buruk yang korang boleh amalkan dalam kehidupan seharian. Aku ada banyak point tapi kalau senaraikan semua takut jemu pulak korang nak baca. Hihi.
Ada lagi idea nak tambah sifat buruk apa yang korang nak amalkan?
Silakan tambah and sorry pada confession yang mengajak korang amalkan sifat-sifat ni.. Hihi. Bai…
– Dam (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit