Perspektif Tuan Rumah

Assalamualaikum dan hai semua. Aku tengok dekat facebook sekarang ramai yang komplen mengenai sewa rumah.

Bila tuan rumah kena kan sewa dikatakan mahal, tak bagi diskaun atau minta2 bayar sewa, ramai yang kutuk2 tuan rumah. So harini aku nak ceritakan dari side tuan rumah pula.

Yela, ramai ingat tuan rumah saja jahat, kejam, tak berperikemanusiaan, fikir untung dan sebagainya.

Pernah tak berada dalam kasut tuan rumah sebelum nak label-label macam tu? Ni pengalaman aku pulak sebagai tuan rumah yang jumpa pelbagai ragam penyewa.

Untuk makluman, aku ada sebuah rumah bersaiz apartment 3 bilik yang disewakan di pinggiran KL. Waktu penyewa lama keluar rumah tu sebab tak bayar sewa hampir setahun, mmg condition terukla.

Aku kena spend banyak duit untuk renovate dan baiki macam2 kerosakan rumah tu. Rumah pun dah puluh tahun. Tau-tau jela nak baiki toilet, pasang tiles semua tu bukan murah.

Asalnya lantai simen sahaja. Puluh2 ribu jugak aku habis untuk renovate. Dengan suiz-suiz pun byk rosak. Toilet aku renovate dari cangkung kepada duduk, bilik mandi,

Tiles semua tukar termasuk table top, lampu semua LED aku tukar, pasang kipas semua ruang, cat, pam air semua aku upgrade smpai jadi cantik.

Then, aku pon berdoalah dapat ‘penyewa dari syurga’. Sebab aku ada banyak masalah lain lagi nak fikir dan aku sayang rumah ni sebab dah cantik bila renovate.

Tapi ujian Allah kan.. walaupun aku dah cuba tapis sebaik mungkin tenant baru dan penat dok tunjuk rumah dekat ramai orang tapi susah juga nak jumpa yang betul2 confirm, adalah 1 family ni nak sewa.

Janji dia manis, nak jaga macam rumah sendiri, bayar sewa ‘on time’ semua tu. Tapi bab bayaran pulak problem.

Bulan pertama oklah sebab bayar sekali dengan deposit. Masuk saja bulan kedua, aku dah kena kejar. Memang dia jenis bayar lewat.

Pastu aku whatsapp dia bagi bluetick saja. Tak reply. Aku dah nervous dah. Ni peel apa pulak liat nak bayar sewa on time.

Tapi alhamdullilah la dia bayar gak tapi lambat. Tapi sebagai penyewa, dia kena faham gak. Loan pun aku kena bayar ontime. So patutnya sewa pun dia bayarla ontime.

Dahla tetiap bulan aku kena kejar tanya bila nak bayar sewa. Penat tau kalau jenis penyewa yang asyik tuan rumah kena remind bayar sewa. Patutnya sendiri ingatla komitmen tu.

Then, beberapa bulan lepas tu dia mintak kurang pulak sewa bulanan. Dia ingat aku kaya sangat ke. Dahla rumah sewa tu aku ada 1 tu saja.

Aku pun banyak komitmen nak kena bayar, kos renovate haritu pun tak pulang modal lagi. Semua orang terkesan dengan covid ni. Aku pun sekali. Bukan dia saja.

Aku rasa, kisah sedih aku lagi panjang berjela dari dia kalau aku listkan. Tuan rumah pun manusia nak hidup ada banyak masalah. Lagipun harga sewa tu memang dah kategori murah area situ.

Dia komplain apa2 ke, laju saja aku panggil tukang baiki. Aku plak tu yang bayar kos tukang baiki tu. Tu pun dia masalah nak bayar sewa.

Awal2 masuk pun macam2 dah dia komplain benda2 remeh. Sedangkan rumah tu aku dah renovate cantik2 dah. Sampai aku rasa nak saja duduk situ. Sebab dah cantik dan banyak kos aku spend.

Tapi sebab aku kerja negeri lain, tak dapat la aku duduk situ lagi buat masa sekarang.

Aku harap korang bagilah cadangan apa aku nak buat dengan penyewa yang memeningkan kepala ni. Atau korang boleh share experience korang handle benda ni.

Doakan lah aku dapat ‘penyewa dari syurga’ yang tak bermasalah dan baik. Kotla yang sekarang ni nak keluar ke lepas ni. Harap2 dia keluarla dengan baik dan terhormat bukan lari macam sesetengah penyewa tu.

Pape pun, sama ada kita penyewa atau tuan rumah, jadilah insan yang bertanggungjawab dan jujur supaya tak menyusahkan orang lain. Betul tak kawan-kawan?

– Tuan rumah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *