Bila Buntu, Rasa Lebih Baik Mati

Harap-harap ramai ustaz-ustaz alim ulamak boleh bantu dan huraikan. Pertama bersyukurlah kepada meraka dan anda semua yang mempunyai ibu bapa yang baik.

Persoalan ini sensitif sebab melibatkan persoalan ibu bapa, terbaru kita dikejutkan dengan kes kematian seorang budak mati di dalam tong dikatakan lemas.

Di dalam youtube dalam artikel kebanyakan ustaz-ustaz tidak mengulas berkenaan ibu bapa yang zalim ini. Apakah hukumnya, hukumannya, dan sebagainya.

Kebanyakan apabila ditanya hanya mengatakan bersabar dan bersabar, ibu bapa adalah syurga anak, derhaka ibu bapa hidup di dunia akan sengsara.

Sama persoalan seperti suami isteri. Sedangkan Nabi dan rasul juga tidak semua ibu bapa mengikut mereka.

Ada juga sebuah kisah, yang hanya satu kisah ini sahaja saya jumpa berkenaan dengan hak seorang anak, apabila ada seorang ayah mengadu kepada saidina Umar ra berkenaan dengan anaknya yang tidak menunaikan haknya,

Maka saidina umar ra bertanyakan kepada anaknya dan anaknya menjawab ayahnya dahulu yang tidak menunaikan hak beliau sebagai anak,

Maka saidina umar ra mengatakan “engkau terlebih dahulu menderhaka kepada anak mu sebelum beliau menderhaka kepada mu”

Tetapi hanya sampai disitu sahaja cerita dan hurain, dimanakan penyelesaian? Adakah anak akan masuk neraka juga dan sengsara di dunia?

Namun bagaimana pula dengan ibu, langsung tiada kisah dan rujukan, yang didendangkan adalah berbuat kebaikan kepada ibu 3 kali kemudian barulah ayah yang keempat.

Maaflah jikau sedikit panjang muqaddimah sebelum menceritakan persoalan, hal ini kerana saya ingin menggambarkan dengan lebih jelas dan sememangnya saya buntu,

Hendak di tanya terus kepada ustaz kebanyakan menjawab redha Allah redha ibu dan mohon bersabar.

Oleh itu saya membuat keputusan untuk cuba menceritakan dan menggambarkan dengan panjang lebar keadaan kami yang mempunyai ibu bapa yang sentiasa menyajiti anaknya.

Sehingga saya menderita jiwa dan raga, sengsara hidup di dunia dan di akhirat dan tidak menemui penyelesaian.

Kebanyakan ustaz-ustaz lahir di dalam keluarga yang baik, ibu bapa yang baik dan menyebabkan mereka sukar untuk memahami kesengsaraan dan suasana yang saya alami.

Saya sebagai insan biasa, lahir di dalam keluarga yang biasa di pandangan umum. Namun dari kecil ibu sentiasa memarahi saya, memukul dari kecil umur 6 tahun, di paksa melakukan kerja rumah dari kecik.

Jika salah dipukul habis habisan. Dihalau dari rumah di caci, di maki apabila melakukan kesalahan sedangkan ia kesalahan kecik yang kita tidak sengaja dan kita pula masih kecil.

Adakah ada di dalam dunia ini yang tidak pernah melakukan kesalahan? Bahkan setiap hari kita melakukan kesalahan walaupun kita telah dewasa.

Bagaimana rasanya jiwa kalian jikalau seorang ibu mengatakan “aku menyesal lahirkan engkau” sedangkan kita juga tidak boleh memilih ibu.

Kita belajar bersungguh-sungguh, pergi sekolah dengan badan-badan sakit dipukul, dengan kelaparan wang belanja yang tidak cukup, hari-hari memaksa diri dari kecil belajar dengan sengsara,

Sedangkan rakan-rakan kalian bergembira dan tersenyum, sedangkan kita mahu tersenyumpun perlu mengerahkan tenaga dan mencari bahagia dalam hidup kita.

Dengan kepenatan, kekurangan, kesedihan, di maki dan di ejek rakan-rakan di sekolah, demi untuk berjaya di dunia dan diakhirat.

Tetapi apabila balik dirumah ibu mengatakan “engkau anak bodoh dan tidak akan berjaya dunia akhirat”.

Sedangkan kita dia ajar di sekolah kata-kata ibu adalah doa kepada anak. Jikalau begitu buat apa aku belajar dan bersekolah sampai penat, lebih baik tidak bersekolah sahaja. Seolah sekolah dan belajar itu sia-sia sahaja.

Itulah tekanan jiwa, sengsara dan dilema yang saya hadapi dari kecil.

Dan begitulah hal-hal yang lain, jiwa saya penat, segala usaha saya di maki dan dicemuh, di doakan kegagalan oleh ibu.

Dan setiap kali kita gagal dan tidak berjaya, dan hendak melalukan sesuatu untuk mencapai kejayaan, mengambil peluang. Hati aku akan terderik dan terfikir akan gagal dan gagal.

Sehingga kadang-kadang berfikir tiadakah harapan kejayaan untukku di dunia ini?

Adakah aku di tadirkan untuk hidup sengsara di dunia ini dan masuk neraka. Gara-gara aku mempunyai ibu yang selalu memaki dan mencemuh aku.

Untuk memuaskan hati ibu adalah mustahil, mahukan harta dunia dari kita sedangkan kita di doakan kegagalan sehingga kita sentiasa gagal.

Bila kita berdoa kepada Allah, ibu mengatakan “doalan sampai menangis air mata darah, sembahyanglah sampai bengkak kaki tanpa redha ibu doa tidak akan makbul!”

Jikalau begitu buat apa aku sembahyang dan berdoa? Di mana tuhan? Di mana Allah? Mengapa aku dilahirkan jika inilah hidupku?

Saya berharap pembaca memahami sedikit sebanyak situasi saya. Mustahil bagi saya memuaskan hati ibu saya, mana mungkin tiada kesalahan yang akan saya lakukan.

Dan setiap kali kesalahan setiap kali itulah dimaki dan caci dan di doakan segala keburukan di dunia.

Hati kecil saya ini lebih baik ibu bunuh saja saya. Mungkin itulah yang difikirkan adik itu juga.

Persoalanya saya, tiadakah keadilan untuk saya di dunia ini? Salahkah jika saya keluar dari rumah dan lari dari ibu saya? Salahkah saya?

Adakah Tuhan akan hukum saya? Sedangkan saya tidak meminta ibu yang sedemikian? Atau lebih baik saya sahaja.

Mohon orang-orang yang alim, ustaz ustazah, bantulah saya, berikanlah penyelesaian untuk saya? Supaya hati ini tenang dan berjaya di dunia akhirat serta mengecapi sedikit bahagia.

Yang benar,

Aku yang menderita sehingga umurku 29 tahun. Semiga ada sinar di tahun tahun hadapan.

– Chip (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *