Mencari Bakal Suami Bertanggungjawab

Assalamualaikum, terpanggil untuk berkongsi pandangan bagaimana mencari bakal suami bertanggungjawab.

Asal penulisan ini tajuk yang tepat adalah ‘Tanggungjawab Suami’. Jarang sekali ada yang berkongsi info bergini, kerana kebanyakkan lelaki kurang minat untuk membaca.

Pada pendapat lelaki perkara-perkara tanggungjawab dah ada dalam minda mereka. Hehehe.

Lelaki dengan minda ‘tenang’ hanya akan fokus masalah bila masalah itu timbul. Selagi dalam kawalan, ianya bukan masalah bagi lelaki.

Berbeza dengan wanita dimana mereka akan fokus masalah yang complex dalam isu tanggungjawab (lebih kepada situasi overthinking dan kehidupan masa depan).

Oleh itu tajuk diubah kepada ‘Mencari Bakal Suami’ target kepada pembaca wanita-wanita diluar.

Terlebih dahulu, bagi mereka yang kurang setuju dan tidak sependapat boleh nyatakan pendapat anda melalui komen.

Pandangan yang dikongsikan adalah santai dan mempunyai point-point yang sedikit sebanyak membantu dalam mencari bakal suami yang bertanggungjawab.

Pandangan ini juga dituju kepada lelaki, supaya lelaki lebih mudah fahami tanggungjawab apabila nak mendirikan rumahtangga.

Sekiranya penulisan ini baik pada pandangan anda ? boleh berkongsi kepada bakal pasangan anda.

1. Sebelum mendirikan rumahtangga bersama pasangan, Pastikan telah meletak tujuan dalam hubungan suami isteri dan matlamat yang nak dicapai.  Niat masing-masing perlu jelas dan mudah difahami.

Ini tugas bakal suami bertanggungjawab. Bakal Suami terlebih dahulu berkongsi tujuan mereka mendirikan rumahtangga.

Contoh 1 : Tujuan mendirikan rumahtangga adalah untuk mencapai Sakinah, Rahmah dan Mawadah.

Contoh 2 : Tujuan mendirikan rumahtangga adalah mendapatkan zuriat. Meramaikan Umat Nabi. Sunnah.

Contoh 3 : Tujuan mendirikan rumahtangga memelihara diri daripada perkara yang haram.

Antara ketiga-tiga contoh, bagi yang terperangkap dengan ‘percintaan sebelum bernikah’. Masing-masing lebih cenderung dengan tujuan memelihara diri daripada perkara yang haram.

Masih dikira bakal suami bertanggungjawab sekiranya tujuan memilihara diri daripada perkara yang haram.

Adapun bercinta itu boleh mendorong kepada berlakunya zina dan perkara yang haram, namun lelaki bertanggungjawab akan menjaga ikhtilat sebaik mungkin.

Dari pandangan 1 ini, kita sebenarnya sudah boleh menilai apakah bakal suami seorang yang bertanggungjawab.

Dengan adanya tujuan, kita boleh menambahbaik halatuju dalam kehidupan berumahtangga kelak.

2. Sebelum mendirikan rumahtangga bersama pasangan, bakal suami memahami ‘Amanah Kekeluargaan’. Ada 2 perkara sahaja. Iaitu Suami mendidik, isteri mentaati.

Kedua-dua perkara ini berlaku seiring, bakal suami yang bertanggungjawab mempunyai ciri-ciri mendidik bakal isteri. Ini perkara penting bakal isteri perlu teliti dalam mencari bakal suami bertanggungjawab.

Kelak, ujian hidup berumahtangga akan melalui onak dan duri, hanya suami yang mendidik dan isteri yang mentaati akan berjaya harungi ujian tersebut dengan hikmah dan bijaksana.

Contoh 1 : Suami memahami Ilmu Hukum yang Wajib, Sunat, Harus, Makruh, Haram. Isteri mentaati.

Contoh 2 : Suami memahami Ilmu Adab dan Akhlak. Isteri mentaati.

3. Sebelum mendirikan rumahtangga bersama pasangan, bakal suami faham tentang nafkah yang wajib disediakan kepada isteri.

Bermula dengan mengusahakan/ mencari sumber pendapatan yang halal, bagi menampung keperluan bakal isteri,

Terutama tempat tinggal yang sesuai, makan minum yang baik, pakaian salinan lengkap, dan lain-lain perkara yang menyenangkan bakal isteri mengikut kemampuanya.

Disini turut disentuh tentang bakal suami kurang mampu terikat dengan kemampuanya sahaja. Boleh kita fahami, rezeki itu ada yang disempit dan diluaskan.

Dalam merungkai tentang nafkah zahir terhadap isteri, ada isu tambahan tentang perkongsian nafkah bersama apabila isteri turut keluar bekerja. Sedia maklum keluarnya isteri bekerja itu dengan izin suami.

Contoh 1 : Suami Isteri bekerja, nafkah wajib masih terletak sepenuhnya dibawah tanggungjawab suami mengikut kemampuan suami. Isteri Setuju.

Contoh 2 : Isteri keluar bekerja kerana sudi membantu, menampung keperluan kehidupan bersama suami. Nafkah wajib berubah setelah isteri sudi membantu bersama.

Perihal nafkah ini sebenarnya memperlihatkan kolaborasi suami mendidik isteri mentaati.

Jika ada kelapangan masa akan ditulis kolaborasi ini dengan huraian terperinci. Semuanya bergantung kepada kaedah suami isteri mencapai tujuan mendirikan rumahtangga.

4. Sebelum mendirikan rumahtangga bersama pasangan, Bakal Suami yang bertanggungjawab bukan sekadar kelihatan mampu dari segi memenuhi keperluan kehidupan di dunia, tetapi turut mampu membimbing tentang kehidupan akhirat kelak.

Perihal membimbing bakal isteri tentang kehidupan akhirat wajib diterap dan difahami bersama sebelum mendirikan rumahtangga.

Jarang sekali kita lihat huraian berkaitan membimbing isteri tentang kehidupan akhirat. Pendapat ini dibuat bertepatan dengan tagline “Semoga Berbahagia Till Jannah” “Rumahku Syurgaku”.

Contoh 1 : Mendoakan zuriat yang baik, Generasi anak soleh-solehah yang mendoakan.

Contoh 2 : Amal Jariah, Sedekah,Infak jalan mendidik keluarga ke syurga.

Contoh 3 : Redha Suami terhadap Isteri.

Ada banyak lagi, tapi cukup 4 pendapat diatas dalam merungkai apakah “Bakal suami seorang bertanggungjawab ?”.

Sebagai penutup, kita semua dambakan kehidupan rumahtangga yang bahagia, tetapi hakikatnya tidak ramai merasakannya, kerana gagal merancang tujuan dalam mendirikan rumahtangga.

Kehidupan kita tidak lama di muka bumi, sebaik mungkin dirancang untuk mencari kehidupan yang kekal abadi.

– Tanpa Muka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *