Assalamualaikum w.b.t. Bantulah saya dengan memberi pendapat tanpa kecaman saudara dan saudari. Saya berasa sangat stress sampai tahap saya rasa nak booking sesi kaunseling bersama pegawai agama.
Saya mulakan cerita seperti di bawah;
Saya Ara (bukan nama sebenar) telah berkahwin lebih kurang 4 bulan bersama suami bernama Ben (bukan nama sebenar).
Saya mulakan cerita tentang ‘background’ saya dan suami terlebih dahulu. Saya berusia 30 tahun dan mempunyai adik serta abang. Ibu dan ayah saya berumur lebih kurang 50an.
Ben berumur 31 tahun serta merupakan anak keempat dari lima orang adik beradik. Abang sulung Ben menetap di Negeri Sembilan dan adik beradik Ben semua tinggal bersama ibu dan bapa Ben.
Kami berasal dari kampung yang sama. Jarak rumah ibu Ben dan ibu saya hanya 10 minit sahaja.
Saya merupakan pensyarah kolej yang bertugas di Johor manakala Ben bekerja sebagai techinian di sebuah kilang di Selangor. Jadi secara teknikalnya, kami merupakan pasangan PJJ.
Pada setiap minggu Ben akan pulang ke rumah ibunya kerana jarak ulang alik hanya sekitar satu jam setengah sahaja. Manakala saya, hanya akan pulang ke kampung apabila tiba cuti sekolah sahaja.
Kenapa saya cerita tentang detail kami? Nanti di bawah pembaca akan nilai masalah saya berdasarkan point di atas.
Kami bercinta 3 tahun sebelum decide untuk berkahwin. Selepas berkahwin saya nampak Ben ini adalah anak harapan keluarganya. Bukan dari segi wang ringgit, tetapi dari segi masa dan tenaga.
Apa-apa sahaja yang berlaku di rumah pasti mereka akan mengharapkan Ben. Ben juga mempunyai seorang abang (Angah) yang duduk di rumah itu, namun yang peliknya ibunya jarang mengharapkan Angah.
Alasan ibu dan Ben, ‘Angah tak boleh diharap, suka melepak dengan kawan je kerjanya’. Membawa ibu pergi berjalan ke rumah saudara mara, membetulkan paip yang rosak, pergi ke pasar semuanya pasti mengharapkan Ben.
Masalah timbul bila setiap hujung minggu saya merasakan saya tidak dapat masa yang cukup untuk berbual dengan Ben.
Setiap hari Sabtu dan Ahad pasti Ben akan terlalu sibuk dengan keluarganya dan menyebabkan tiada masa untuk bertanya khabar dengan saya. Ben hanya akan datang bertemu dengan saya sebulan sekali.
Jika perkhidmatan bas telah dimulakan semula seperti sebelum PKP, Ben akan datang sebulan dua kali.
Apa yang merisaukan saya, Ben bakal bertukar kerja kerana telah mendapat kerja yang lebih baik dari sekarang di Perak. Ya kampung kami berdua terletak di Perak.
Saya selalu memikirkan jika Ben mendapat kerja di Perak sudah pasti dia akan tinggal di rumah ibu bapanya di kampung untuk menjimatkan kos hidup. Makanya masa untuk saya hampir pasti akan tiada.
Ibu Ben walaupun sudah berusia 70an tetapi masih kuat berjalan. Waktu awal-awal kahwin saya dibawa pergi ke rumah ibu saudara Ben.
Rumah ibu Ben dan ibu saudaranya (2 orang) hanya mengambil masa perjalanan sekitar 30 minit sahaja. Dan sungguh saya tak sangka dua buah rumah yang kami pergi, kami duduk hingga 7 jam lamanya.
Jadi apa yang saya dapat simpulkan di sini ialah ibu Ben suka melepak lama-lama dengan adik beradiknya.
Setiap kali giliran kami tidur di rumah ibu Ben pasti ibu Ben akan mengajak Ben untuk membawanya melepak di sana. Kakak, adik dan abang Ben semuanya mempunyai lesen tetapi ibu Ben asyik mengharapkan Ben untuk membawanya.
Saya sudah hampir ke tahap bosan asyik duduk di rumah orang berjam-jam lamanya dengan hanya berborak kosong!
Bila saya tanya Ben, kenapa yang lain tak boleh bawa ibu, alasannya ibu mahu pergi sekiranya ada Ben sahaja. Walhal kakaknya sudah berusia 37 tahun tetapi masih takut drive kereta waktu malam kerana semua orang asyik mengharapkan Ben sahaja!
Saya pernah menyuarakan hal ini kepada Ben. Ben berkata, ‘biasalah awal-awal kahwin kita jalan-jalan ke rumah saudara-mara. Saya sampai membandingkan, tak pernah saya lama-lama waktu bawa Ben ke rumah ibu saudara saya.
Untuk pengetahuan, jika ibu saya ingin melepak di rumah adik beradiknya, ibu akan pergi dengan adik saya menaiki kereta lain.
Sekiranya saya mahu ikut, saya dan Ben akan datang menaiki kereta asing. Kerana saya fikirkan kalau ibu mahu berlama-lama, tak mengapalah. Biar saya dan Ben pulang dahulu.
Tapi tidak pada Ben. Kami mesti pergi satu kereta bersama ibu Ben. Pulang pun mesti bersama ibu Ben. Saya sangat stress memikirkan hal ini.
Kadang-kadang saya sampai tolak pelawaan dia untuk pulang ke rumah ibunya, memikirkan nanti ibunya akan ajak berjalan ke rumah saudara mereka.
Pada saya bertandang ke rumah ibu mertua adalah untuk menghabiskan masa di rumah mertua. Kalau nak bertandang ke rumah saudara dan melepak lama-lama mungkin waktu kenduri atau perayaan.
Jadi disebabkan itu, Ben sentiasa tiada masa untuk saya apabila Ben pulang ke kampung pada hujung minggu kerana sentiasa menghabiskan masa bersama ibu serta adik beradiknya.
Bila saya lihat Ben yang melakukan kesemuanya untuk mereka, ini menyebabkan kakak serta adiknya akan sentiasa takut untuk berdikari dan sentiasa memerlukan Ben untuk setiap perkara pun.
Saya berasa sangat stress sebab saya berasa saya kurang dapat perhatian dari Ben.
Saya dah nasihat Ben supaya tak perlu pulang ke kampung tapi disebabkan rumah sewa di sana hanyalah rumah bujang yang tiada apa-apa maka Ben berasa lebih baik dia pulang setiap hujung minggu ke kampung.
Soalan saya, apa yang saya perlu buat dengan masalah saya ini. Kadang-kadang saya rasa ibarat bersuami tapi macam tak bersuami. Bersuami tetapi terasa dikongsi dengan ibu serta adik-beradiknya.
– Ara Petunia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit