Misteri Jodoh

Terima kasih jika sudi siarkan confession saya ni, ini kali pertama saya tulis disini. Maafkan saya kalau tajuk kedengarnya tidak sesuai.

Saya nak menulis tentang jodoh. Saya tertarik dengan confession yang tulis Jodoh Tidak Semestinya Datang Dengan Cara Yang Kita Nak, (https://iiumc.com/jodoh-tak-semestinya-datang-dengan-cara-yang-kita-nak/).

Nama bukan sebenar saya ialah Cahaya. Saya berumur pertengahan 20an. Saya dari Pantai Timur.

Saya rasa saya sependapat dengan dia. Saya adalah seorang yang introvert dalam media sosial berbanding di luar. Saya lebih suka kalau jumpa depan-depan, berkenalan dan berjumpa berbanding dalam media sosial.

Saya adalah dalam kategori yang tak suka mendedahkan diri dalam media sosial. Kalau post pun saya hanya share sahaja post jarang bercerita tentang diri atau keluarga.

Bagi saya jodoh adalah sesuatu yang misteri. Kita tak tahu kita akan jumpa jodoh di mana atau bagaimana.

Ada orang rezeki jumpa jodoh awal dari zaman sekolah dah bercinta. Ada yang tiba-tiba berjumpa balik kawan lama. Ada yang bertemu di tempat kerja. Ada yang di media sosial.

Saya tak tahu lagi macam mana. Saya tahu kena usaha. Saya tahu sekarang ni fasa pkp lagilah masing-masing menghadap gajet atau laptop. Peluang untuk berjumpa mungkin tipis tapi ada peluang mungkin di media sosial.

Tapi macam mana dengan orang yang jenis pemalu. Malu untuk mulakan langkah. Ada tak apps yang tak nampak awkward sangat kita nak berkenalan tiba-tiba?

Saya boleh mesej dengan berlainan jantina tapi saya tak biasa. Saya akan jadi janggal tiba-tiba nak mesej dulu, nak ajak berkenalan tak ke pelik lelaki tu. Apasal nak scam ke? Haha.

Saya tak delah terdesak sangat nak kahwin, tapi saya ni baru nak mula berkawan.. Mana tahu boleh jumpa yang sesuai.

Saya kan selalu dengar nasihat ni..

Pertama : kita kena betulkan niat kita kenapa kita nak bertemu jodoh dan kenapa kita nak berkeluarga?

Kedua: Kalau jodoh kita lambat sekalipun pasti ada hikmahnya,

Allah nak kita bahagiakan kedua ibu bapa kita dulu.

Allah nak bagi kita dapat kerjaya yang stabil dulu.

Allah nak bagi kita bersedia, kenal diri dan boleh memikul tanggungjawab dengan sebaiknya.

Allah tahu apa yang terbaik bagi kita.

Jadi bujang best apa macam sekarang tak de terikat dengan siapa-siapa kecuali keluarga kita. Maksudnya kita bebas nak pergi ke mana (tapi sekarang pkp takboleh bergerak sangat), kita boleh tidur pukul berapa pun, nak buat aktiviti apa. Kita ada masa dan privasi kita.

Tapi untuk jangka masa panjang bekeluarga tu mungkin lagi best, ada keluarga sendiri. Ada pasangan hidup ada anak-anak.

Lagi-lagilah kalau dapat suami yang baik, isteri yang solehah dan dua-dua sedar diri yang kehidupan di dunia ini hanya sementara. Jadi masing-masing nak bagi yang terbaik.

Kakak saya nasihatkan saya masa bujang enjoy dulu kehidupan sebagai bujang (maksud saya dari sudut yang positif) bukanlah buat aktiviti yang tidak baik.

Bila dah kahwin nanti kita ada keutamaan dan tanggungjawab. Jangan bila dah kahwin tak sedar diri rasa diri tu bujang lagi.

Suami isteri kena ada hobi bersama. Buat aktiviti bersama, sebaiknya jumpa yang minat sama dan saling sokong menyokong antara satu sama lain.

Kedengarannya klise kan. Adakah realiti sama seperti teori? Saya angguk kan sahaja.

Bila saya baca confession di IIUM Confession saya berpendapat bujang ujian kahwin pun ujian jugak. Yang bujang ni sibuk nak kahwin tapi bila kahwin ada cabaran yang tertentu. Tapi saya belum berkahwin jadi tak boleh nak sembang la pasal tu.

Jadi mohon doakan saya bertemu jodoh yang baik yang sesuai dengan saya dan berkekalan dengan harmoninya hingga ke akhir hayat.

– Cahaya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *