Maklum Balas Pada “Dah Faham Agama Ke?”

Assalamualaikum semua. Ini adalah maklum balas pada confession, (https://iiumc.com/dah-faham-agama-ke/).

Mula-mula aku baca tajuk. Reaksi aku, eh??!! Eh??!!.. lepas tu aku try baca semua komen.. eh?!! Memang totally ramai yang macam hentam dia.

Dalam erti kata lain komen-komen yang menunjukkan emoji ‘Marah’.. Jadi, masa tu aku rasa mungkin ada something wrong somewhere pada penulisan confessor tu.

Aku buka dan aku try hard baca and hadam dalam-dalam apa yang cuba confessor ni nak sampaikan. Serius dekat 10 kali aku baca. Lastly, jumpa la aku beberapa kelemahan yang ada pada penulisan confessor ni.

1) Asbab tajuk. Aduhaiii adikku manis, ke tampan sebab aku sendiri pun tak tahu yang menulis ni lelaki ke perempuan. Jangan expect perempuan sebab Boleh jadi lelaki yang menggunakan nama perempuan, haha.

Ok, berbalik pada tajuk. Sepatutnya tajuknya begini, “Kepentingan agama pada lelaki”,atau “Agama sangat penting untuk difahami oleh kaum lelaki” atau bla bla..

Baru la mood orang ok nak baca penulisan kau. Ini dah kenapa tiba2, Dah faham Agama ke? Tajuk dah macam nak cari gaduh, haha.

Tapi Okla aku anggap kau baru 1st time buat luahan dekat media sosial dan kau pun pening nak letak nama tajuk. Tapi tajuk kau memang mengundang, haha.

2) Aku rasa memang apa yang kau nak sampaikan mengenai pentingnya agama pada lelaki selaras dengan niat kau. Niat kau baik. Kau pun tak cakap agama tak penting pada perempuan. Aku Tak nampak kau menangkan perempuan dalam penulisan tu.

Aku nampak kau sedaya upaya merendah diri yang mengatakan perempuan memang perlukan lelaki dalam hidup dan sebolehnya nak lelaki yang dapat bimbing diri wanita dan anak-anak sampai ke jannah.

Kau tak tamak nak masuk syurga tanpa suami. Aku nampak kau try hard nak bagi Orang faham dan dapat input dari penulisan kau.

Tapi bila part kau tulis start dengan perenggan, “Kita tengok dalam aspek rumah tangga” dan terus pada part “Bajet nak suruh isteri dan anak-anak respect dia macam tuan-tuan besar”, kat situ sebenarnya kau dah potong mood Orang yang baca dengan bahasa-bahasa kau.

Lebih-lebih lagi kalau apa kau tulis memang kena batang hidup dia. Memang teruk la kau kena hentam. So kesimpulannya, lain kali kau tulis sebagai contoh.

So, orang faham kau sebenarnya nak buat contoh bukan kau nak kondem mana-mana lelaki. Bila aku baca banyak kali perenggan tu sebenarnya kau nak jadikan contoh bila yang kuat usaha untuk agama dalam rumah tangga adalah isteri apa yang akan Jadi. Gitu.

3) Kalau 2 point dekat atas aku tegur penulis, point ni aku nak bagitahu yang tukang komen pula, haha. Ada yang Komen tak boleh faham ja, kena pratik/ amalkan. Aku rasa di akhir ayat confessor dia ada tulis ayat pratik (Kalau masing2 perasan).

Dia cakap usaha untuk memahami dan kemudian praktikkan ilmu Agama dalam kehidupan. Mungkin sebab ayat tu berada di part yang terakhir. Jadi, ramai yang tak perasan. Bagi aku betul apa dia cuba nak sampaikan.

Sebelum kau nak praktikkan apa2 dalam diri kau, kau mesti kena faham benda tu. Kalau kau tak faham, agak-agak boleh tak kau praktik. Tak perlu tengok benda jauh. Tengok benda depan mata.

Contoh, kalau kau tak faham mak ayah bagitahu makan kena guna tangan kanan, agak-agak kau boleh tak praktik makan guna tangan kanan. Simple.

4) Ada juga yang komen ilmu agama patut mak ayah yang ajar, apa pula suami. Kalau nak tahu, salah satu nafkah yang perlu diberi oleh seorang suami kepada seorang isteri ialah ilmu agama.

Kita dah kahwin ‘lock’ benda tu dekat sini. Soal mak ayah ajar tak ajar Itu lain crita. Fokusnya Kita dah jdik suami dah jadi seorang ayah, apa usaha kita nak bimbing, nak didik isteri dan anak-anak jadi orang yang baik.

Dan sebagai isteri apa bentuk sokongan yang Kita boleh bagi supaya suami kita boleh jadi ayah dan suami yang baik.

5) Memamg kalau nampak dengan mata kasar, kasar juga Bahasa confessor ni. Aku pun ada juga terasa, haha..

Tapi Orang yang kasar ni selalunya hati dia sebaliknya. Wallahualam. Bukan apa, sebab aku selalu jumpa orang yang dia bagi nasihat memang pedas2, kaw2 punya pada kau tapi impak sampai dalam hati.

Memang time dia nasihat kau rasa dia toxic gila sebab bahasa-bahasa dan ayat dia guna. Tapi bila kau dalam keadaan calm down, kau akan nampak kebaikan yang dia cuba beri pada kau. So, cuba selami dengan hati nurani kebaikan yang confessor ni cuba nak berikan pada kita.

Satu lagi, apa yang aku nampak dari hati aku, dia cuba nak bagitahu bahawa lelaki perlu terapkan ilmu agama dalam diri sebab banyak part-part penting kedepan nanti akan melibatkan kekuatan agama seorang lelaki.

Sebagai contoh, Kenapa saat dajjal datang, suami yang diminta untuk ikat isteri dan anak2 ditiang supaya tak terikut dengan tipu daya Dajjal.

Kenapa tak isteri jer yang ikat suami? Dekat sini kau tahu, lelaki yang kuat iman jer akan buat macam tu. So, boleh nampak tak kenapa lelaki ni perlu ada agama yang lebih kuat dari wanita. Tak boleh nak cakap wanita pun kena cari juga ilmu agama takkan nak harap lelaki jer.

Dekat sini cuma nak gariskan bahawa ilmu agama tu penting kepada semua, cuma lelaki sebolehnya level dia kena tinggi sedikit dari kaum wanita, tinggi sedikit plus dengan dia faham dan praktik dengan baik dalam kehidupan seharian. Sebab dia yang akan mendidik isteri dan anak2.

Paling penting yang paling banyak nak kena bersoal-jawab dengan Allah swt nanti adalah lelaki (suami, ayah, abang, Adik).

Takkan Masa malaikat datang tu kau nak cakap, Tanya isteri aku, dia lagi kuat agama dari aku..Bla bla..#Kalau lagi banyak isteri lagi pening kau nak menjawab dengan malaikat.hahaha.

5) Aku sendiri pernah nampak 2 situasi berbeza.

a) Dimana kawan aku sendiri bercerai. Suami dia bukan calang-calang. Ustaz yang setiap hari bagi tazkirah dimasjid. Tapi bercerai kerana keluarga.

Dia ustaz dia tahu hukum-hakam tapi sebab dia tak faham ilmu yang di belajar. Maka, dia tak mampu nak praktikkan. Dia Tak mampu nak bezakan antara kehendak dan hak seorang isteri dengan kehendak dan Hak seorang ibu.

Dia tak faham dan tak tahu nak mainkan peranan dia sebagai anak dan suami. Akhirnya dia memilih untuk bercerai walaupun masa tu kawan aku tengah mengandung asbab dia cakap dia kena taat pada maknya sedangkan kawan aku dengan suami dia ni Tak ada hal pun.

Asbab mak dia Tak boleh nak terima anak lelaki kesayangan dah kahwin. Tak memasal dah aniaya insan yang lain.

b) Ini Jadi pada kakak aku sendiri. Kakak aku kerja kerajaan. Suami dia pula kerja swasta. Bab agama yang lain aku tak nak Komen lebih-lebih sebab itu urusan dia dengan Allah, tapi bab nafkah isteri, nafkah anak.

Tanggungjawab dia dalam aspek keperluan keluarga memang ke laut. Semua atas kepala kakak aku. Sampaikan kakak aku ni terpaksa pula berhutang dengan kitaorg. Dia habiskan Duit gaji dengan Hobi dia.

Bila kakak aku tegur dia, cuba beri nasihat, melenting-lenting tak kira depan siapa. Agama kurang+tak usaha nak tambah+yang sedikit dalam diri tapi tak usaha nak faham dan praktikan. Kakak aku lama-lama aku sendiri tengok dia memang macam hilang hormat pada suami sendiri.

Setakat ni jer yang mampu aku share dengan korang semua. Harap Tak mengguris perasaan sapa-sapa. Pada confessor, asbab kau menulis kalau atas nama kebaikan, aku harap kau akan dapat kebaikan Dunia akhirat.

Komen-komen pada penulisan kau, kau kena ambil dari sudut yang positif. Buat kesalahan Itu biasa tapi aku harap kau tak ulang salah yang sama bila tulis bab lain.Kang koyak plak mental kau..hahahaha.

Apa pun as a lelaki, pesan untuk diri aku pun, aku harap kita lelaki2 sedunia selalu berusaha untuk keluar dari zon selesa.

Nak bawa orang-orang yang berada disekliling maka, ayah, isteri, anak2, Adik, kakak untuk masuk syurga bukan mudah, kau kena struggle jadi lelaki yang gentlemen dalam banyak pekara.

Semoga Kita jadi lelaki idaman semua wanita. Jangan mengalah sebelum mencuba. Terpanjang pula karangan aku dekat sini, haha.

Dari Bukan lelaki kiriman Tuhan, haha.

– Mursyid (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *