Kesilapan Sebelum dan Awal Perkahwinan II

Untuk pat I, (https://iiumc.com/kesilapan-sebelum-dan-awal-perkahwinan/).

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hye semua! Thanks atas feedback hari tu. Like I said before, aku baru je kahwin. Nak bagi nasihat perkahwinan belum layak. So nasihat aku lebih pada fasa sebelum dan di awal perkahwinan, benda yang aku dah lalui 4 tahun lepas.

Benda ni agak penting sebab semua benda di awal perkahwinan akan membentuk pattern yang akan mencorakkan rumah tangga tu di masa akan datang.

Aku menulis sebab ada kesilapan tu yang aku dah pernah buat. Nak membetulkan balik bukan senang, makan air mata juga. So kalau boleh janganlah diulang oleh orang lain.

3. Isteri tak perlu jadi superwoman.

Lelaki adalah ketua dalam rumahtangga. Secara fitrahnya mereka ada sifat melindungi, suka feeling2 superhero, suka rasa diperlukan, rasa dihormati dan dipandang tinggi oleh isteri. Sebab tu orang perempuan, awal-awal kahwin jangan tunjuk semua tahu, semua boleh, semua larat.

Jangan sibuk nak ambil alih tugas suami walaupun atas dasar ‘tolong.’ Biar suami buat dulu. Kalau memang dah tak boleh, baru kita masuk campur. Tu pun bukan dengan cara yang boleh merendahkan suami

Benda ni terpakai dalam banyak benda termasuk nafkah dan kerja rumah. Bab nafkah aku dah sentuh sebelum ni. Ni aku masuk bab kerja rumah pula.

Kerja rumah tanggungjawab siapa?

Bagi aku polemik kerja rumah tanggungjawab siapa ni tak perlu wujud. Benda dah habis bahas dah pun.

JUMHUR ULAMA berpendapat TIDAK WAJIB ke atas isteri berkhidmat kepada suami dan melakukan kerja-kerja rumah. Dalam keempat-empat mazhab pun tak pernah menyebut secara mutlak yang kerja rumah adalah tanggungjawab isteri.

So tanggungjawab suami ke?

Tak. Sabar dulu.

Nabi Muhammad s.a.w sebut secara jelas nafkah tu tanggungjawab suami (sebab tu isteri jangan ambil alih tugas ni tanpa sebab) Tanggungjawab isteri memenuhi keperluan batin suami serta wajib taat pada suami (sebab tu dosa besar bila isteri tolak ajakan suami tanpa sebab)

Tapi bab kerja rumah ni, Nabi kita tak pernah sebut secara spesifik, kerja rumah kewajiban suami atau isteri.

Kenapa nabi tak pernah sebut ya?

Kerana Islam adalah agama yang sesuai dengan semua orang, sepanjang zaman. Rumah tangga kita tak sama dengan rumah tangga orang lain. Rumah tangga orang zaman dulu pun berbeza dengan orang zaman sekarang.

Jika suami keluar bekerja manakala isteri suri rumah, tak kan isteri hanya duduk sesaja di rumah dengan alasan kerja rumah bukan kewajipan isteri.

Jika isteri pulak bekerja syif yang panjang dalam kerjaya yang dianggap fardhu kifayah, suami bekerja sendiri dari rumah, tak kan suami bertegas menuntut isteri juga menyelesaikan kerja rumah dengan alasan ini kewajiban isteri. Harap jelas di situ.

Bab kerja rumah, awal-awal kahwin biasanya usia isteri muda lagi, anak belum ada. Kerja rumah pun tak banyak.

Biasanya memang tak ada masalah besar untuk isteri buat kerja rumah. Malas masak boleh makan luar berdua. Tapi seiring masa, usia bertambah, anak bertambah, kerja rumah pun bertambah.

Nak makan luar kena ambil kira kos dan perangai anak-anak yang sukar dikawal. Jika awal-awal isteri tak pernah ajak suami untuk sama-sama buat kerja rumah, waktu ni la banyak isteri dah mula depress.

Kawan aku pernah cerita yang suami dia merajuk tak bercakap dengan dia. Puncanya sebab dia tak sempat sambut suami dia balik kerja.

Nampak remeh kan? Tapi kata kawan aku, sebelum dapat anak, memang dia layan laki dia macam raja walaupun dia sendiri bekerja (dorang lambat dapat anak pertama) Balik bersambut, baju bergosok, rumah sentiasa bersih, makan minum lengkap tea time semua.

Kira laki dia tak perlu tolong buat kerja rumah semua. Sekarang dia dah anak 4, kecil lagi, rapat-rapat. Dia still bekerja dan buat part time dropship. Dan suami masih demand semuanya macam dulu.

Beza dengan kawan aku sorang lagi, dia tahu laki dia memang jenis tak pernah buat kerja rumah sebab mertua jenis layan anak lelaki macam raja. So awal-awal kahwin lagi dia dah biasakan laki dia dengan kerja rumah.

Walaupun dia jenis lepas masak terus kemas dan basuh pinggan, tapi dia sengaja tinggalkan kuali, periuk belanga dan minta tolong suami dia basuh. Macam tu juga benda-benda lain. Sekarang tak perlu cakap, laki dia dah biasa untuk sama-sama buat kerja rumah.

So isteri, nak jadi solehah pun kena beringat juga. Jika suami nampak kita semua boleh buat, takut diorang cari perempuan lain yang buat diorang rasa diperlukan.

Tak dinafikan memang ada suami jenis tak guna, semua tak boleh dan tak nak buat. Dia lagi suka kalau isteri buat semua. Agaknya niat kahwin tu memang untuk memudahkan diri sendiri je.

Dapat yang macam ni memang kena banyak sabar. Walaupun isteri fikir kalau buat sendiri lagi senang daripada mengharapkan suami, tapi tetap kena cekalkan hati guide suami untuk tunaikan tanggungjawab dia, bukan ambil alih terus.

Kalau jenis tak makan ajar, dah libatkan orang luar pun tak jalan, silalah keluar daripada kehiduan toxic tu.

Kita kahwin untuk disara, dijaga, disayangi, bukan untuk jadi pengasuh anak lelaki orang lain.

Saya jenis perempuan yang tahu jugalah bertukang serba sikit. Rumah saya cat sendiri, lampu rosak tukar sendiri sebelum kahwin dulu.

Tapi sejak dah kahwin, semua kerja-kerja maintenance rumah dan kereta dah pass kat suami. Ayat suami, walaupun dia tak boleh sedia banyak bab duit, dia cuba tolong menyenangkan bab lain.

So bila dia dah tolong buat apa-apa, saya akan pujilah melambung-lambung, contoh, ‘untung dapat suami pandai kerja tangan, jimat duit dari panggil orang.’

Lepas tu saja cakap dengan anak depan dia, ‘tengok tu papa pandai buat bla bla.’ Saja nak bagi ego dia membunga-bunga sikit haha.

4. Isteri harus sedia untuk hidup dengan gaya hidup suami, bukan sebaliknya.

Kawan saya (yang lain) sebelum dia kahwin dulu pernah cerita yang bakal suami dia dah sediakan rumah. Tapi perabot belum lagi.

So laki dia kata awal-awal kahwin ni tidur alas toto dulu. Saya ingat lagi ayat kawan saya, ‘mak bapak kita pun bagi kita tidur atas katil, takkan nak tidur toto je.’

Itu salah ya, wahai si isteri dan bakal isteri sekalian. Bila kita pilih dia, maknanya kita kena sedia untuk hidup mengikut kemampuan dia, bukan menuntut gaya hidup sama macam dengan keluarga kita dulu.

Mak bapak kita dulu pun mungkin tidur atas tikar mengkuang je awal-awal kahwin dulu.

Bila ada kita baru diorang beli tilam, nak bagi anak tidur selesa sikit. Alih-alih kita pula baru kahwin nak demand kehiduan macam mak pak kita yang dah kahwin berpuluh tahun. Tak kan la.

Tapi jangan terbalik pula, suami yang hidup ikut kemampuan isteri. Sebelum kahwin mampu pakai kancil, tapi lepas kahwin mampu pakai Honda tapi guna loan isteri kerja kerajaan. Bila sangkut bulan-bulan bini pulak yang kena bayar. Hmmmmm.

Semoleknya pilihlah yang sekufu. Kalau isteri anak orang berada, nak hidup dengan suami yang kais pagi makan pagi bukan senang. Boleh, tapi tak mudah. Perlu mujahadah yang tinggi.

Katakan si suami mampu sediakan rumah flat bayar bulan-bulan RM500. Isteri pula dah biasa duduk banglo, tak kan nak duduk rumah flat.

So dia downgrade nak duduk rumah semi-D RM2000 sebulan. Walau pada mula-mula isteri redha bantu suami sebab tahu suami tak mampu, tapi percayalah yang bisikan syaitan itu benar. Akan datang rasa tak puas hati, aku bayar 3 kali ganda lebih dari suami.

Mungkin akan terdetik di hati, kalau suami tak kahwin dengan aku, tak merasalah dia duduk rumah besar macam ni.

Sebab tu idealnya biarlah sekufu suami isteri atau suami lebih sedikit daripada isteri. Sekufu dari bab keturunan, harta, ilmu dan pendidikan.

Sekufu dari harta supaya isteri tu rasa disara suami. Sekufu dari bab pendidikan supaya sama wavelength bila berkomunikasi. Sekufu atau lebih daripada bab ilmu supaya suami dapat mendidik isteri, bukan sebaliknya.

Semua ni supaya senang untuk isteri menundukkan ego mereka dan taat pada suami. Sebab tu ada isteri yang bila suami dah berkemampuan, mereka berhenti kerja. Selain untuk jaga anak, mereka nak jaga hati supaya tak ego dan rasa lebih daripada suami. Apa pun terpulang masing-masing.

Saya sendiri struggle nak taat ni. Sebelum kahwin dulu selalu doa supaya ditemukan jodoh dengan suami yang memudahkan ketaatan kita padanya. Sekarang ni walaupun dah dapat suami yang baik, tapi ada masa, ada je benda tak kena di mata.

Kadang kala senang je mulut nak minta cerai walaupun atas sebab-sebab yang remeh (remeh pada saya sekarang, tapi masa kita celaru dulu benda tu rasa besar sangat)

Sebab tu waktu marah tahanlah mulut daripada berkata-kata. Tak cium bau syurga isteri yang meminta cerai daripada suami bukan kerana sebab yang dibenarkan syarak.

Nabi dah bersabda, isteri senang nak masuk syurga. Solat, puasa, jaga harga diri dan taat pada suami. Tapi percayalah, taat tu tak mudah. Dengan Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Adil pun kita susah nak taat.

Kadang kala ada sangka buruk pada Allah. Inikan pula nak taat pada manusia yang tak sempurna, banyak kekurangannya.

Cinta dan kasih sayang saja tak cukup ya adik-adik. Di sinlah mujahadah kita teruji. Apa tujuan utama kahwin dulu. Nak bawa rumah tangga ke syurga kan. Tapi percayalah yang syurga itu tak murah.

Jadi untuk adik-adik yang masih memilih, pilihlah baik-baik ya. Pilihlah secara realistik. Jangan tuntut kesempurnaan. Kita tak kan dapat semua yang kita nak sebab ni dunia, bukan syurga. Kita pun tak sempurna mana. Once dah pilih, terimalah pilihan kita tu seadanya.

Memetik sedikit soalan, apa yang patut ditanya masa taaruf dengan bakal suami? Kalau saya dulu, soalan ‘anak nak hantar sekolah mana’ pun saya tanya.

Memang la jauh lagi, tapi kalau matlamat nak hidup bersama hingga ke anak cucu dan akhirnya ke syurga, maka kena lah pastikan yang matlamat dan cara tu tak bertentangan.

Selain tanya serba sedikit tentang latar belakang diri dan keluarga, latar belakang agama, matlamat hidup dan nak bawa keluarga ke mana, soalan yang perlu ditanya adalah bab kewangan, termasuk harta, hutang dan kemampuan nafkah.

Kalau perempuan soal lelaki bab-bab ni, tu bukan materialistik ya. Tapi kalau lelaki awal-awal dah tanya saya bab gaji, harta, memang saya krik krik la.

Boleh juga tanya tentang vaksin (antivaksin kahwin dengan provaksin, boleh perang dunia ke-3 nanti), family planning, parenting, pandangan tentang isu-isu tertentu yang releven untuk tahu jenis pemikiran dia dan paling penting, bumi tu bulat ke leper, haha.

Rasanya cukup 4 kot. Kalau ada yang salah boleh tolong betulkan. Kalau nak tambah boleh tulis di komen dan jika rasa tak bermanfaat, sorry, skip je la.

Sekian, terima kasih.

– Fyda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *