Kami suami isteri pernah melalui fasa susah ketika awal perkahwinan. Hidup menumpang rumah mertua, suami pernah menjadi menjadi pemandu grab, guru tusyen dan pelbagai kerja rencam.
Saya yang menanggung keperluan anak-anak, susu, pampers, baju, buku anak, petrol, kereta, segala keperluan dan bayaran kepada pembantu rumah mertua.
Ketika itu saya sering rasa tertekan sementelah pula tinggal dengan mertua, macam-macam cabaran. Ia sangatlah menyesakkan dada.
Ketika itu saya telah berkerja tetap, saya memberi kad bank kepada suami untuk menjaga air muka beliau yang kesempitan.
Baikkan saya. Tetapi suami juga baik, menjaga anak-anak ketika kecil, memasak dan menguruskan rumahtangga ketika saya sibuk, dan berlemah lembut dan menghormati malah menghargai saya.
Suami sangat penyabar, tidak pernah meninggi suara, apatah lagi memukul. Syukur pada Tuhan.
Fast forward, alhamdulillah kami berjaya keluar daripada kesusahan tersebut, suami berjaya mendapat kerja yang baik.
Setelah suami berjaya mendapat kerja yang stabil ini, suami telah menyediakan rumah yang sangat selesa,
Kereta yang sangat baik, keperluan dapur dan rumah yang lebih dari cukup, membayar segala bil, separuh yuran sekolah antarabangsa anak dan lain-lain keperluan kami sekeluarga.
Suami turut memberi nafkah duit kepada saya, di mana kebanyakannya saya bersedekah semula kepada keluarga. Syukur pada Tuhan.
Saya pula mengeluarkan gaji untuk membeli makanan mewah, lobster, udang sotong gred triple A, daging wagyu, durian musang king, makan restoran atau hotel mewah sana-sini dan pelbagai perbelanjaan mewah yang lain untuk keluarga.
Manakala untuk anak-anak saya membiayai separuh perbelanjaan sekolah mereka yang merupakan sekolah antarabangsa.
Saya sering berbelanja untuk bercuti, tinggal di hotel yang mewah dan selesa, bersama keluarga. Semua saya buat dengan rela hati, tanpa paksaan. Dengan niat sedekah pada keluarga. Syukur pada Tuhan.
Jika saya tidak bertahan dan suami tidak bersabar di awal perkahwinan, sudah tentu rumahtangga telah porak peranda dan musnah.
Namun syukur sekali lagi, kami mempunyai ketahanan itu dan kini menikmati hasilnya. Dan ingat ya rumahtangga ini ada pasang surut, ada ketika tenang dan sejuk bahagia, ada kala taufan dan puting beliung.
Saya ada kelebihan dan kelemahan, begitu juga suami. Saya faham bukan semua kaya-raya, saya juga pernah susah di awal perkahwinan dahulu.
Be positive folks. Cuba bertahan selagi mampu, jika itu memberi makna bahagia. Jika tidak, tepuk dada tanya akal masing-masing.
Ok mungkin saya boleh kongsi sedikit pengalaman sepanjang hampir 2 dekad berumahtangga. Enjoy guys.
Tips Ketika Suami Susah
1. Bantu suami selagi mampu sepenuh hati.
2. Simpan duit sebanyak mungkin. Sabar, kalau marah simpan duit, lagi marah lagi banyak simpan, RM1 pun tak mengapa asalkan simpan.
3. Buat tabung/ akaun rahsia.
4. Beli aset (rumah, emas etc) atas nama sendiri.
5. Galakkan dan sokong sepenuh hati untuk peningkatan kerjaya suami.
6. Niat sedekah jika bantu keluarga.
7. Bersabar dan bersyukur walau susah, Allah akan luaskan rezeki.
Tips Ketika Suami Senang
1. Beli dan belanja makanan, percutian, kehendak yang extra untuk diri sendiri dan keluarga.
2. Teruskan simpan duit sebanyak mungkin, rasa bahagia, simpan duit, rasa marah simpan lagi banyak.
3. Teruskan tabung/ akaun rahsia.
4. Teruskan beli aset (rumah, emas etc) nama sendiri.
5. Pastikan semua nafkah suami terhadap keluarga suami jalankan, nak extra mewah isteri top up.
6. Jangan bagi suami miss mana-mana tanggungjawab, jangan manjakan suami dengan menanggung tanggungjawab dia, dia sudah mampukan?
7. Niat bersedekah pada keluarga.
8. Gandakan bersyukur setelah senang, Allah akan luaskan rezeki lagi dan lagi.
Ok guys, all the best.
– Rich & brilliant wife (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit