Realiti Jodoh Sekufu

Assalamu’alaikum wbt, komuniti IIUMC. Observation saya, sejak akhir-akhir ini sering timbul tentang jodoh sekufu. So saya nak ajak pembaca menjawab (dalam hati atau di ruangan komen) persoalan berikut:

1. Jika anda sedang mencari, adakah mudah bertemu calon sekufu?

2. Jika anda sedang dalam proses berkenalan, atau dah bertunang, adakah pasangan anda benar-benar sekufu?

3. Jika anda telah mendirikan rumahtangga, adakah suami/isteri serba serbi sekufu dengan anda?

4. Jika jawapan di atas semuanya ‘tidak’, cuba fikir sejenak adakah anda mengenali sesiapa yang dpt jodoh perfectly sekufu dengannya?

5. Jika anda jawab ‘Ya’, berapa ramaikah pasangan betul-betul sekufu yang anda pernah temui?

Sebelum bincang lanjut, saya perkenal diri. Dulu ketika sangat muda, saya rasa orang umur 40an ni dah tua, tapi bila saya cecah 4 series, saya rasa tak tua, tak muda & frasa life begins at 40 itu saya rasa benar, at least bagi saya.

Berpengalaman dalam training (yang kadang kala libatkan kaunseling & motivasi), saya ada ramai kenalan dari usia 20an sampai 60an.

Jadi saya bahasakan diri Angah sesuai dengan umur saya yang umpana ‘anak tengah dalam masyarakat’. Ok sebelum Angah share kisah peribadi & perspektif Angah mengenai sekufu, kita lihat dulu dari sudut agama:

Rasulullah bersabda:

تَخَيَّرُوْا لِنُطَفِكُمْ وَأَنْكِحُوْا الأَكْفَاءَ وَأَنْكِحُوْا إِلَيْهِمْ

Maksudnya: Pilihlah tempat yang baik untuk meneruskan keturunanmu dan kahwinkanlah mereka yang sekufu dan kahwinkanlah mereka. Riwayat al-Hakim (2/163).

Angah petik Hadith tersebut daripada Portal Mufti Wilayah Persekutuan. Angah syorkan bacalah kupasan bertajuk ‘Al-Kafi #1153: Maksud Sekufu Dalam Perkahwinan’ melalui link,

https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3201-al-kafi-1153-maksud-sekufu-dalam-perkahwinan.

Angah bercinta dari 1st year sampai final year. Kiranya abang senior tackle freshie masa minggu orientasi.

Masa nak nikah, dia dah stabil, tapi latar belakang sosio-ekonomi keluarga yang jauh berbeza membuatkan hubungan kami ditentang beberapa pihak terutama Mama Angah & Ayah dia.

Mama takut Angah tak boleh adapt dengan orang kampung yang susah. Ayah dia takut anak dia nanti lupa tanggungjawab kpada keluarga di kampung bila kahwin orang bandar.

Kiranya, kami ni tak sekufulah. Tapi pada Angah masa tu, yang pentingnya bakal suami ada kualiti tersendiri – seorang jejaka beriman, leader yang tall dark and handsome serta bekerja di MNC.

Angah pula student cemerlang, sweet & small, orang senang, tapi bukannya ada package macam Miss Universe yang lembut berbicara, gigi tersusun, kulit flawless, modern bersosial & tinggi halus. Jadi macam takde harapan nak tunggu anak VIP atau kerabat diraja masuk meminang.

Pada kami, biarlah apa orang nak kata, perkahwinan antara 2 darjat ke, tak sepadan ke, kami minta juga disatukan.

Tanpa tempuh alam pertunangan (mereka request 1 majlis kerana isu logistics memandangkan mereka tiada kenderaan & tinggal di pedalaman), kami terus diijabkabulkan selepas akhirnya berlaku gencatan isu sekufu. Alhamdulillah berjodoh jua & kini dah banyak tahun anniversary.

Angah percaya semua orang ada liku-liku berumahtangga. untuk kami, mula2 tempoh penyesuaian, isu budaya family berbeza memang sgt mencabar untuk cari titik tengah.

Masa ni pun kuat rasa nak berpisah tetapi jodoh dalam ilmu Allah, berjaya juga kami meredah.

Then dapat anak sulung, kena tolerasi yang tinggi kerana anak ada masalah kesihatan & banyak ulang alik hospital. Anak seterusnya syukur takde isu begitu tapi maid pulak dah susah dapat yang bagus.

Lepas tu boleh dikatakan agak lancar, namun lepas 10thn, suami VSS. Kami dilanda badai lagi & kali ni dengan isu Kewangan pula. Kemudian kami recover walau hampir berantakan.

Bukan tak sanggup berkorban semasa susah tetapi penat bila orang tak nak dengar nasihat. Sekarang kami dalam fasa stabil & bertahan.

Nak bising kat siapa kalau tak suka, dulu bercinta sakan & bukan orang tak nasihat kan? Jadi kami pun berusaha sedaya upaya harung bahtera ini dalam tenggelam timbul.

Sepanjang dilema rumahtangga sendiri & kerjaya Angah berurusan dengan masalah orang, Angah telah perhati & analisis isu sekufu yang kerap dibangkitkan.

Dalam detik kesukaran teramat, Angah tertanya2 adakah kami banyak cabaran kerana masalah kurang sekufu. Angah selami dari sudut Islam, pengalaman orang, dsb.

Angah fikir Baginda Rasulullah saw & Khadijah RA pun jika dilihat dari umur & status, ada perbezaan ketara seperti dalam sirah.

Begitu juga Nabi Ibrahim AS & Hajar AS. Persamaan mereka ialah asas iman yang teguh, percaya & bergantung kepada Allah swt semata-mata. Bukankan itu contoh terbaik.

Angah dah jumpa berapa ramai yang bercerai tapi bila diselidik atau perhalusi, jarang isu sekufu penyebab utama walau digembar gembur begitu. Nafkah, Dadah, Curang dan banyak sebab lain yang mendorong mereka tamatkan perkahwinan.

Walau sekufu kedudukan & pendidikan, ada juga yang bila berkahwin, tetap berpisah dengan alasan tidak bersefahaman.

Ada yang Angah jumpa & kenal, elok je walau tak sekufu. Apa jadi dalam rumah mereka Angah tak tahu tapi nampak eloklah. yang isteri Pengarah, suami pemandu. yang isteri Pensyarah, suami kerani.

yang isteri Ustazah, suami surarumah. yang isteri Cikgu, suami kerja kampung. Kalau sebut orang kenamaan, celebrity atau Royalty dalam & luar negara, ramai je kita nampak sama padan sama kaya, tapi tak juga semua kekal bersama.

Ada pula lepas bercerai, rujuk semula atau nikah semula walhal sebelum tu mcm puting beliung. Bila saya tanya kenapa, ada kes yang suami cakap isteri dia tu dah tahu baik buruknya, orang lain belum tentu boleh terima.

Di pihak isteri, ada pula beri jawapan, apa pun dia lah bapa kepada anak2 saya, jadi lebih baik kahwin dengan dia semula. Garu kepala kita dibuatnya.

Tak sekufu sebelum kahwin boleh diatasi kalau ada shared values selepas kahwin, lain latar belakang sebelum kahwin boleh diindahkan dengan saling melengkapi each other selepas berkeluarga.

Both parties kena usaha, kena kerjasama. Tidak sekufu bukan penoktah, kita sendiri yang meletakkan noktah dengan sikap tak nak berubah. Kalau ketepikan ego, Angah yakin dan percaya masalah tak sekufu boleh diatasi dengan bantuan Allah.

Jika ada krisis dalam rumahtangga, kenalpasti isu & cari penyelesaian kalau serius nak selamatkan.

Kadang2 satu pihak nampak bukan benda besar tetapi ia sangat makan dalam atas berbagai sebab kepada pihak lagi satu, mungkin kerana trauma masa lampau contohnya. Memang kena berjuang kalau nak tegakkan institusi perkahwinan.

Cara menzahirkan cinta atau cara kita care spouse jugak berbeza untuk setiap orang. Ada suami perlu prihatin kesihatan isteri kerana dia low immune system, ada isteri yang kena berhenti kerja kerana suami tak izin.

Banyak tolak ansur & pengorbanan yang perlu dibuat kalau kita tak nak ‘undo’ the marriage. Tapi kalau isu besar seperti tak beri nafkah, pukul, dll, itu masuk kategori lain.

Ini yang Angah cerita bila mereka sebut tak bahagia, tak serasi, kerana tak sekufu. Atau yang nak juga cari sekufu, macamlah hukumnya wajib pula.

Benar juga restu & faktor sekitar mempengaruhi kerukunan rumahtangga tapi akhirnya berbalik kepada pasangan itu, bagaimana mereka mengemudi.

Make it or break it serta yang pastinya untuk orang Islam, kita juga percaya Qada’ & Qadar ketentuanNya. Kita buat yang terbaik namun kita pasti takdir Allah adalah yang lebih baik.

banyak cara untuk tenangkan diri dalam rumahtangga tapi memang bukan mudah. Kena ada ilmu. Angah memang suka belajar itu ini sampai nak peringkat PhD.

Teori dalam tangan, tapi hakikatnya, perlu kesabaran, syukur dan redho yang tinggi untuk dipraktikkan. Kita kena paham konsep utama hidup ini sementara, bagaimana kita menghadapinya di dunia yang akan menentukan bagaimana keadaan kita di akhirat.

Sesuatu yang berjaya ‘melegakan’ Angah ialah nasihat seorang ahli Agama yang menceritakan Rasulullah saw tidak galakkan ucapan kepada pasangan yang bernikah, ‘moga kekal bahagia hingga anak cucu’,

Sebaliknya Hadith sahih merakamkan Nabi kita Muhammad saw mendoakan keberkatan jodoh & agar suami isteri itu disatukan dalam kebaikan.

Apa yang Angah buat sejak belajar tu, ialah setiap hari untuk beberapa tahun ini Angah doakan rumahtangga yang berkat. Tidak lagi doakan jodoh ni bertahan ke akhir hayat.

Angah serah sepenuhnya kpada Allah, ada hari yang amat perit, Angah doa lebih sikit. Kalau benar dia baik untuk ku, dia akan membawa aku ke Jannah, permudahkanlah.

Jika tidak, pisahkanlah kami tanpa mudarat. Angah rasa lega kerana Angah tahu Allah dengar rintihan Angah, maka apabila kami terus bersama, itu kehendakNya dan jika satu hari nanti jodoh kami tak panjang, itulah juga rezeki daripadaNya. Angah tak harap pada manusia.

Akhir sekali pasal sekufu ni Angah selalu teringat 2 lagi perkara. Angah ada 2 kawan yang berketurunan hidung mancung, in both cases, keluarga bertegas mereka kena kahwin group yang sama untuk pastikan sekufu & orang tua yang carikan.

Seorang dah bercerai pada usia mid 30s dengan anak 4 kerana suami banyak scandal, seorang lagi sampai kini membujang, dah masuk 5 series orangnya, cantik genit tapi tiada jodoh lagi.

Penting sekufu tapi ingat, bukan wajib, oleh itu jgn sampai merosakkan perasaan anak. Walau tahu soal jodoh adalah kerja Allah, tapi sebab ibu bapa begitu, mereka akan terasa keadaan mereka berpunca daripada orang tua.

Mungkin prinsip sekufu disalah erti atau tak dibaca bersekali dengan panduan (Al Qur’an & Hadith) yang lain. Wallahu’alam bissawab.

Perkara terakhir buat Angah kuat, ialah Angah pernah terbaca satu poster yang bertulis:

‘If destiny was presented to man, he would choose the one that Allah has already chosen for him’ – Imam Ahmed Ibn Hanbal

Tepat sekali, the words are just full of wisdom. Allah beri kita pahit manis, suka duka yang sesuai dengan kita, yang mampu kita tanggung.

Kita tak mungkin mahukan kehidupan orang lain jika kita tahu their full pakej yang semestinya tak terlepas dengan ujian sebagaimana Allah telah berfirman dalam Surah & ayat berikut:

Al-Baqarah (155)

Al-An-kabut (2 & 3)

Muhammad (31)

Akhir sekali, Angah mohon maaf jika ada yang terasa terdapat paparan dalam nukilan Angah mirip kehidupan anda, InshaaAllah tak mengaibkan kerana tiada nama. Anggaplah kita sama-sama kongsi ilmu yang bermanfaat di hari Jumaat.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah Al-Azim yang satu dah yang tak molek tu daripada kekurangan Angah sebagai insan yang tidak sempurna.

Jazakumullahu Khairan kpada yang sudi siar & sudi baca. Semoga kita sentiasa dalam RahmatNya. Aamiin.

Wassalam.

– Bakal Doktor Hati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *